UR 59

918 110 6
                                    

Penyangkut baju kembali pada tempat asal, sudah lima pasang baju diambil dan diletak semula. Langsung tiada yang Khalea berkenan.

Jantina anak mereka sudah dikenal pasti.

Tinggi debaran Khalea tinggi lagi senyuman Hakeem.

Sekali lagi, baju berwarna merah jambu itu dicapai. Dibelek skirt dan tshirt, hanya muncungan yang timbul di wajah cantik Khalea. Dia tidak berpuas hati.

"Sweetheart, yang ni comelkan?" soal Hakeem teruja. Bodysuits bayi berwarna biru cair itu diangkat bersama senyuman yang tidak tertingal.

Khalea hanya mengangguk gembira mengiyakan persoalan suaminya yang kelihatan teruja.

Sudah berbagi, Hakeem pilih baju untuk anak lelaki mereka, Khalea pula akan pilih untuk bayi perempuan mereka.

Mini Khalea dan Mini Hakeem in on the way!

"Mana baju baby girl kita?" kerut dahi Hakeem memandang langsung tiada satu pakaian yang dipegang isterinya.

"Entah, satu pun sayang tak minat" keluh Khalea bersama bibir yang senyum bundar.

Bahu isterinya dirangkul lembut sebelum diusap perlahan. Mata bertentang dan senyuman dihantar. Kepala Khalea ditarik dan disandarkan pada dada bidangnya seakan memujuk. Biasalah emosi ibu hamil.

"Jom, kita cari kedai lain" usai memujuk, lengan Khalea ditarik perlahan mengikut langkahnya untuk membuat bayaran.

Hakeem sibuk akan barangan bayi namun isterinya lebih peka akan perkara lain. Dari luar, Khalea berhenti dan merenung barangan di dalam kedai barangan sukan tersebut.

Hakeem kian pelik akan isterinya yang langsung tidak bergerak malah berdiri tegak dihadapan kedai itu.

"Sayang" tegur Hakeem lembut.

Tidak diendahkan panggilan suaminya, Khalea melangkah masuk kedalam kedai dan mulakan sesi mencari. Hakeem hanya akur membuntuti isterinya.

"Sayang abang cari apa?" sekali lagi Hakeem mencuba. Tidak membalas namun langkah terhenti dihadapan sejenis permainan.

Khalea langsung memandang suaminya dan mata sedikit dibesarkan seakan memohon untuk dibelikan permainan itu. Tercengang Hakeem dibuatnya. Naik turun anak mata Hakeem memandang keadaan isteri dia sekarang

Dengan kandungan yang hampir mencecah tujuh bulan, dan keadaan perut yang lebih besar kerana ada dua bayi mereka hidup bersama didalam kandungan itu.

"Nak ni boleh" bibir dimuncungkan, lengan baju Hakeem ditarik tarik.

"Nak buat apa?" soal Hakeem kembali. Dia bukan tidak mahu membeli, dia cuma risau akan kandungan isterinya.

"Saja, baring - baring tengok langit" alasan Khalea beri dalam penipuan. Trampolin mestilah untuk melompat. Apalah suaminya ini.

"Baring? Katil kita tak selesa ke sayang?" Hakeem menyoal kembali, tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan Khalea.

"Selesa, tapi kalau ada ni boleh baring dekat luar sambil pandang langit" lagi Khalea memcuba. Dia tidak kira, dia akan pastikan mereka keluar dari kedai ini bersama trampolin ini.

"Alright" tidak mahu mendengar alasan lain, Hakeem terus mencapai trampolin itu. Dia akan pastikan Khalea bersamanya setiap kali isterinya cuba mendekati trampolin ini.
Itu sahaja cara untuk pastikan isteri dia tidak melakukan perkara yang pelik pelik.

"Nak apa-apa lagi tak?" sempat Hakeem bertanya. Bersama senyuman yang tidak luntur dari tadi, gengaman tangan Hakeem juga sempat Khalea labuhkan ciuman kononya sangat berterima kasih lah itu.

Sepanjang perjalanan balik kotak trampolin itu dipeluk Khalea, senyuman langsung tidak lekang dari bibir. Gembira tidak terkata.

Tiba sahaja dirumah, kotak itu dihulur pada suaminya untuk dipasang lekas. Baju anak mereka yang baru dibeli langsung tidak dihiraukan dan ditinggal terbiar didalam kereta.

Melihat Khalea yang teruja, Hakeem tidak menolak dan berbahas lain. Risau silap kata dia yang tidur diluar malam ini. Haih tak sanggup Hakeem.

Siap sahaja trampolin itu berdiri megah dihalaman rumah mereka pantas Khalea masuk dan bersila diatasnya. Khalea tahu suaminya memerhati dari jauh setiap tingkah dia. Jadi, Khalea perlu berhati-hati jika tidak mahu kantoi akan niat sebenar dia.

"Abang" panggil Khalea perlahan.

Hakeem yang berdiri tegak melirik gerak geri isterinya dari hanya mengumam sebagai tanda jawap. Sejujurnya tidak gemar dia dengan Khalea duduk diluar walaupun sudah petang namun matahari masih tegak dikepala.

Cuaca tidak sesuai untuk bumil ( ibu hamil ). Risau jika cinta hati dia pening atau sakit kepala kelak.

"Nak air" pinta Khalea.

"Air apa? Susu boleh?" soal Hakeem kembali.

"Boleh! Nak sejuk tau!" balas Khalea pantas.

"Tunggu sekejap abang ambil, sayang jangan yang bukan-bukan. Kalau tak trampolin ni abang buang dekat sungai depan tu" sinis Hakeem. Bukan boleh percaya sangat isteri dia ini, macam-macam perangai sebenar Khalea terbuka sejak mereka berkahwin.

Yang pelik pelik saja.

Hilang saja Hakeem dari radar mata, senyuman mula timbul di garisan pipi.

Dia kuatkan badan untuk bangun sambil sebelah tangan menahan bawah perutnya yang kian membesar manakala satu lagi tangan naik keatas untuk mula melompat.

"Satu....duaa...tigaaa" Khalea mengira sebelum badan dihayunkan dan mula terapung di awangan sendiri.

Seronoknya dia.

Badan dia terasa ringan dan bebas.

Puas melompat tanpa melihat kiri kanan, terdengar suara pintu dari dapur berbunyi menghilangkan fokus Khalea menyebabkan hanya sebelah kaki memijak trampolin membuatkan badan tidak stabil lantas dia terjatuh dan tersangkut pada tali yang mengikat trampolin itu bersama.

"Aaaaaaaaaa ABANGGGGGGG" jerit Khalea kuat apabila kaki dia yang tersangkut mula berasa sakit.

Hakeem yang mendengar jeritan Khalea langsung berlari keluar hanya untuk menelaah isterinya yang sarat mengandung anak kembar mereka tersangkut diantara tali pengikat trampolin itu.

Sesak nafas Hakeem melihatnya, pantas dia mendapatkan isterinya dan mendukung Khalea keluar sebelum dibawa masuk kedalam rumah.

Dibaringkan isteri dia diatas sofa, tanpa berkata apa kaki Khalea dia sentuh dan diraba perlahan mencari apa jua luka atau bengkak yang mungkin timbul.

Khalea langsung tidak berkutik, tahu akan silapnya.

Nafas Hakeem yang dari tadi hanya satu baru dilepaskan keluar. Cemasnya dia mendengar Khalea menjerit kesakitan sebentar tadi.

Mata mencerlung mencari anak mata isterinya yang sudah menunduk. Dia lepaskan nafas sekali lagi seakan mengeluh, tahu pasti ada sesuatu yang tidak kena dari tadi.

"Nak bagitahu abang apa-apa?" mata tidak lepas dari merenung wajah isterinya yang kelihatan bersalah.

"Sorry" satu patah Khalea menjawap.

Dahi bersih Khalea dibelai lembut lantas dia jatuhkan cium lebut disitu. Asalkan isteri dia baik-baik dia sudah bersyukur sejujurnya.




17 May 2024

100 liked saya post last chapter

To be continue...

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now