UR 10

5.3K 239 6
                                    

Lamunan Khalea berakhir apabila Hakeem membuka pintu di bahagian driver. Khalea dipandang sejenak sebelum sejambak bunga tulips bertukar tangan.

Mata hanya meneliti reaksi Khalea. Takut jikalau dia salah anggap tentang bunga yang disukai gadis ini.

Sejujurnya semua account social media Khalea telah di stalk Hakeem bagi mencari maklumat tentang Khalea. Dari instagram sehingga tiktok.

Banyak juga info yang dia peroleh antaranya Khalea suka makanan korea dan dia juga pencinta bunga tulip merah. Itu yang dia terus mencari flower shop yang ada jual tulips merah.

Bibir mula mengukir senyuman sesaat Khalea mula menghirup haruman bunga. Hampir tidak kelihatan anak mata Hakeem dek kerana tersenyum.

"Terima kasih" kata Khalea perlahan. Khalea membalas senyuman.

Khalea sudah boleh agak sebenarnya tapi ini kali pertama dia terima bunga kegemarannya.

Tulip merah. Ungkapan perasaan cinta.

Lama Khalea tersenyum ke arah bunga sambil mengambil bau. Dia menoleh kepada Hakeem yang setia merenung dirinya.

Senyuman paling manis terukir.

Macam patung. Hakeem terkaku. Entah kenapa dia tersentak dari senyuman ikhlas Khalea.

"My pleasure, sweetheart" seperti pasangan yang hangat bercinta mereka tengelam dalam lamunan hati.

PONNN PONNN

Bunyi hon kereta menyedarkan lamunan mereka. Malu. Ya kedua-duanya. Habis merah muka macam baru balik jogging 7 kilometres.

Sesudah Khalea dihantar pulang dengan selamat. Terus Hakeem bergegas masuk pejabat semula, ada meeting penting yang harus dia ketuai.

Apa lagi bapanya, Tan Sri Hamdi turut serta kali ini. Hampir lima bulan Tan Sri Hamdi tidak mengatur taktik dalam hal syarikat.

Dia mahu Hakeem yang atur dan dia hanya mentafsir dan menilik hasil kerja anaknya. Hakeem sangat dikenali sebagai hard working and peka dalam setiap perkara ditanggungjawapkan.

Dalam lima bulan terakhir ini juga banyak perkembangan di jayakan oleh Hakeem. Kali ini satu lagi idea dan program yang terinspirasi dari kanak-kanak kurang upaya.

Jadi bagi menjayakan program tersebut. Meeting ini penting bagi menarik minat investor dan merialisasikan impian kanak-kanak OKU.

Slide yang sudah bersedia untuk dibentang namun pembentang masih tidak nampak batang hidung. Hakeem lambat. Bukan lima ataupun sepuluh minit tetapi hampir setengah jam.

Salah siapa?

Tan Sri Hamdi dan beberapa investor lain setia menunggu di dalam bilik meeting kerana mereka tahu akan keupayaan Hakeem. Tidak pernah anak lelaki Tan Sri Hamdi berpaling arah dari kerja.

Bagi Hakeem kerja adalah next priority selepas family.

Beberapa orang berpangkat Tan Sri dalam bilik meeting sedang asyik berbincang hal lain yang masih related dengan kerja. Percampuran bahasa english, chinese dan malay sangat menarik perhatian beberapa orang pekerja yang turut serta.

Pintu yang dikuak kuat melirik perhatian. Melihat semua masih setia duduk di tempat masing-masing Hakeem menghembus nafas lega.

Dia masuk dengan senyuman yang tidak lepas. Berdiri di hadapan dengan yakin. Badan tegapnya kuatkan lagi keyakinan dalam diri dia. Terus berdiri di sisi slide presentation.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now