UR 22

3.7K 220 24
                                    

Suasana langsung bertukar kelam. Khalea malas mahu layan. Dia masih tetap pada pendirian untuk mengenali lelaki itu terlebih dahulu.

Hanya mengunakan jari dia memberi arahan untuk Hakeem kembali pada katilnya. Lelaki itu langsung berganjak.

"I have always been serious about you, love" kata Hakeem lagi sesaat punggung dilabuhkan.

Nafas ditarik panjang dan dihembuskan laju. Banyak perkara yang perlu dibincangkan dan perlu Hakeem tahu. Jika tidak dia akan rasa terbeban dengan lamaran lelaki ini.

"Tuan, saya ni kaki tiktok tau" Khalea mulakan kata.

"For you page saya banyak lelaki yang tak guna lalu lalang" sambungnya lagi. Mata masih memandang tepat wajah Hakeem dengan badan yang tersandar pada sofa.

"Kes curang, kes penyondol, kes acah bini kasi kahwin dua, kes kahwin lain sebab takde zuriat, kes social experiment" satu-satu keluar dari hati kecil Khalea. Dia mahu Hakeem faham tentang rasa hati dia sekarang.

"Takkan lah semudah abc saya nak terima lamaran tuan kan?" tanya Khalea.

"Betul tak Tuan?" didesak lelaki itu.

"Atau tuan sama je macam lelaki dalam tiktok tu? Nak kahwin banyak" tercenggang Hakeem sejurus dikenakan tuduhan tidak berasas.

"LOVE!" dipanggil cinta hatinya dengan suara yang sedikit tegas. Muka berubah dingin. Tidak suka dituduh begitu.

"Oh pandai cakap lepastu diam" tegur Hakeem bila wajah cinta hatinya mula berubah kuyu. Takutlah tu kena marah. Masa cakap tidak fikir dulu. Itu lah masalah seorang Khalea Nur.

"You nak i bangun atau you pandang i sekarang" tegas Hakeem bersuara.

"Khalea Nur" nama panjang gadis itu disua bersama suara yang tersisi ketegasan. Baru sahaja Hakeem mahu bangun Khalea terus menoleh.

"I faham about your concern and I'm sorry sebab keep pushing you okay?"

Kepala gadis itu diangguk angguk beberapa kali.

"Tapi saya taknak love ada tangapan megatif tentang saya, saya bukan jenis yang berhuha dengan perempuan. Dalam hati saya sudah ditatu nama awak, Khalea" terang Hakeem.

"I only love one and thats you sweetheart"

Khalea masih lagi mengangguk faham dan terhenti apabila terdengar perkataan love. Senyuman disembunyikan. Betul ke Hakeem cintakan dia? Atau hanya suka padanya.

Cinta dan suka, dua perkara yang berbeza. Jauh.

Tuk tuk tuk

Bunyi pintu bilik di ketuk memutarkan kepala Khalea dan Hakeem serentak pada Puan Sri Amina dan Tan Sri Hamdi yang sedang melangkah masuk ke dalam ward membawa makanan untuk dinner bersama.

"Khalea dah solat?" soal Puan Sri Amina.

Telefon ditarik untuk melihat waktu sekarang. 7:50 malam. Sudah lewat.

"Belum umi. Khalea minta diri dulu ya" laju sahaja langkah Khalea untuk keluar dari bilik itu. Awkward juga dia untuk bercampur dengan keluarga itu. Dihulurkan tangannya untuk salam dan berlalu pergi.

"Eh kejap. umi teman" tangan Khalea disambut lalu ditarik lewat kedua lelaki yang tidak lepas memandang kelakuan mereka.

Sepanjang perjalan ke surau tangan Khalea dipimpin Puan Sri Amina. "Khalea ingat nak balik terus umi" nyata Khalea sedang mereka menuju ke surau.

"Dinner sekali dulu lah sayang. Umi masak banyak untuk Khalea" balas Puan Sri Amina memujuk. Sudah kalau alasan itu yang digunakan Khalea menyerah kalah.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now