UR 34

3.5K 187 9
                                    

Mata dihiasi sebuah kereta yang cukup Hakeem kenal. Kereta yang sering kembali setiap kali duit penuh dek akal fikiran. Perasaan marah mula timbul makin cepat kereta berhenti lantas pintu rumah ditolak kasar.

Mata kematian Hakeem tajam menatap umi dan ibubapa Airil yang sedang berbalah mulut. Bertemankan Afrin adik kepada lelaki yang baru sahaja dibuang kerja. Kenapa? Ini mesti kes tidak puas hati bekalan duit akan berkurang di masa kemudia.

Setapak demi setapak sehinga mulut Makcik Anim mula berhenti melontar kata apabila sosok badan Hakeem menjadi hadaman mata. Liur diteguk gerun. Kata mula ngeri untuk keluar dari badan tua itu.

"Kenapa ni umi?" bahu umi dia sentuh perlahan konon soalan ditanya.

"You buang Airil dari syarikat ke?" Balas Puan Sri Amina selamba. Tidak kecoh mahupun terkejut kerana dia kenal anak lelaki dia. Hakeem tidak pernah buat keputusan deras tanpa sebab. Pasti ada sesuatu yang berlaku.

"Haah" anggukan dihantar.

"KAU TENGOK! KAU DAH PERCAYA SEKARANG? AKU DAH KATA BUDAK NI YANG PECAT AIRIL!! KAU FIKIR KAU SIAPA SESUKA HATI BUANG PEKERJA?? PERANGAI KAU JANGAN MELAMPAU SANGAT!" tiba-tiba gegendang telinga mereka diganggu hilaian Makcik Anim. Suaminya langsung tidak membelas malah hanya berdiri tegak dibelakang badan isteri dia yang menjerit tak ingat dunia.

Timbul sengihan sinis Hakeem. Mahu gelak pun ada.

"Lah bila masa pula aku tak percaya?" Laju sahaja jawapan Puan Sri Amina. Ada suara gelak dari dapur mungkin orang gaji milik keluarga Hakeem yang terkedu dengan jawapan majikan mereka.

"Memang patutpun anak aku pecat anak kau!" Puan Sri Amina mula bergerak selangkah mendekati makcik yang dikira biras dia.

"Anak aku buat apa?! Sampai perlu pecat dia? Kau tahukan hidup kami macam mana? Perbuatan kotor anak kau ni boleh buat kami sekeluarga jatuh miskin!" Jejari naik baru ingin menyentuh dahi Puan Sri Amina.

"Kalau kau rasa nak pakai lagi tangan buruk kau ni.." tangan tua itu laju Hakeem capai. Digenggam kuat pergelangan itu sehingga mengeluarkan bunyi-bunyi pelik yang tahu erti keperitan.

"Jangan berani nak sentuh hak milik aku" terkejut dan kaki mula melangkah kebelakang sesaat lengannya di hempas kuat oleh lelaki muda itu.

Kesan biru dari gengaman kuat Hakeem dielus lembut. Debaran mula mengeletar. "Abang!" Dada Hakeem ditolak kuat. Afrin terkejut melihat kejadian tadi. Dia mendapatkan mama dia lantas bergerak kembali kearah Hakeem.

Berlagak berani.

"Abang jangan melampau! yang abang sakitkan tadi tu mama Afrin tau! Kenapa abang jadi macam ni? Apa abang Airil dah buat sampai kami perlu hadap semua benda ni?!" Marah sungguh Afrin jejari kecil itu dicucuk-cucuk pada dada bidang Hakeem tetapi lelaki itu langsung tidak memberi apa-apa reaksi.

"Siapa abang kau?" Sesudah gadis itu bercakap Hakeem menundukkan pandangan mencari anak mata Afrin yang mula membiru.

"Geli je aku dengar...wekk..wekkk" entah dari mana suara Megat Zimr muncul. Semua menoleh kearah pintu. Tengku Nadim sudah kononnya muntah di dinding rumah. Mereka bertiga tiba sekali bersama Tan Sri Hamdi.

"Kenapa kecoh-kecoh ni?" Soal Tan Sri Hamdi mendekati isterinya.

"Airil kena buang dari Raolie" finally suara Pakcik Hanaf adik lelaki Tan Sri Hamdi berbunyi.

"what happened fei?" kepala menoleh kearah Hakeem yang terlihat dingin. Kerutan mula menimbul di dahi tua itu.

"He touch Khalea"

"SERIOUSLY???" Jerit Puan Sri Amina

"Airil sentuh menantu umi??" Desak Puan Sri Amina. Tangan Hakeem ditolak tolak meminta jawapan.

Makcik Anim masih tidak mahu kalah. Bagi dia perkara terlalu kecil dan apa yang Hakeem buat lebih teruk.

"Itu saja? Sebab perempuan tu you sampai nak pecah belahkan keluarga ni?" Hambur Makcik Anim.

"Perempuan yang kau maksudkan tu bakal menantu kesayangan aku!" Kepala Makcik Anim ditonyoh berkali kali. Puan Sri Amina sudah tidak mampu bersabar dengan perangai keluarga ini.

"Lagi umi lagi tonyoh lagi kepala biul tu" bisik suara Megat Zimr jauh di sebalik dinding.

"GO UMI GO!" sama dengan Tengku Nadim yang sibuk menjuntai telinga mendengar drama keluarga itu.

Melihat papa dia langsung tidak membantu mamanya Afrin maju menahan tangan Puan Sri Amina dari terus menjatuhkan maruah mama dia.

"And kecil kau kata...kalau budak ni kena rogol...kau akan biar je ke?" Bahu Afrin di cengkam kuat lantas ditolak rapat kearah mamanya.

"Anak aku tak sentuh perempuan macam tu!"

"Kalau kau nak tahu anak kau tu dah berpuluh perempuan dia rosakkan dengan hasil makan gaji di syarikat aku" kaki mula bergerak.

"Kira baik aku fikirkan lagi hidup mengemis keluarga kau dan biarkan dia kerja selama ni" tepat dihadapan wajah Makcik Anim, Hakeem berhenti.

"But this time he laid a hand on my girl, being silence isn't an option"

Terbeliak mata Makcik Anim mendengar tutur kata Hakeem. Susah untuk dia hadam. Selama ini dia percaya setiap kata anak lelaki dia seorang yang baik dan menjaga batas dengan perempuan. Semuanya hanya kepuraan.

"Tapi kita keluarga!! Tak boleh ke kamu guna cara lain untuk ajar Airil?" lengan baju Hakeem di capai. Dia mula merayu, sudah dahulu hidup susah dan mereka satu keluarga merana kerana itu. Dia tidak mahu berpatah balik ke zaman itu. Mimpi ngeri buat dia.

"Takkan sebab girlfriend, kamu sanggup tengok kami merana. Ikatan darah tidak akan pernah putus" Makcik Anim mula merembeskan air mata. Entah betul ataupun tipu! Lakonan tah pape.

Hakeem beranjak kebelakang tidak mahu disentuh wanita tua itu. Dia tersenyum sinis. "She is not my girlfriend" gelak tawa keluar senafas. Mata Makcik Anim laju menoleh kearah Hakeem, angan lelaki itu akan membela dia.

"She is my other half. She is my life" ujar Hakeem membetulkan kata wanita itu sebentar tadi.

"and for your information" dia berganjak ke arah Pakcik Hanaf yang langsung kaku dari tadi.

"Suami kau ni tak sedar untung. Diri tu menumpang harta adik sendiri tapi boleh pula menceroboh orang dalam Raolie untuk jatuhkan empayar adik sendiri"

Mata helang Hakeem menikam wajah Pakcik Hanaf yang sudah seperti cacing kepanasan. Makcik Anim sudah ketar lutut dan akhirnya dia jatuh melutut.

"Allahuakbar" mengucap Tan Sri Hamdi sebaik sahaja habis Hakeem berkata. Pantas Puan Sri Amina datang mengusap dada suaminya memberi kekuatan. Sekali lagi mereka terkejut dengan keluarga yang selama ini mereka bantu dari semua segi.

"Am I right? Pakcik.." desak Hakeem.

"Kau fikir dengan otak bodoh kau tu kau boleh berjaya?"

Tanpa aba ada yang datang bergayut di kaki Hakeem. "Maafkan abang Airil dengan papa. Jangan buang keluarga kami" esak Afrin meminta simpati.

"Keluar" tegas Hakeem. Kaki menolak kuat tangan yang tidak mahu melepaskan.

"KELUAR DARI RUMAH AKU!" marah Tan Sri Hamdi suara kian menjerit.

Bergegas tiga beranak itu berjalan keluar. Tidak mahu perkara lagi teruk mungkin terjadi.

"Entah kitorang punya ikatan lagi kuatlah dari darah kau tu! Cenggini" jari kelingking mengikat satu sama lain.

"Diamlah!!" Jerit Afrin geram.

"Welkkk" lidah dijelirkan serentak kearah gadis itu.

Makin kuat raungan Afrin. Dia mengalah, semakin laju kaki berjalan keluar rumah. Sekarang dia harus mencari abang lelakinya. Dia mahukan penjelasan dan pembalasan.

_______________________________________________

26 September 2023

Rindu Hakeem tak?

To be Continue...

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now