UR 38

3.4K 193 8
                                    

RINGGGGGGGG

Bunyi alarm pagi mengejutkan seluruh tubuh Aileen, badan dibangunkan tegak langsung dia berlari anak kebilik Khalea. Hari ini Khalea ajak dia keluar dengan Mr Crush.

Hari di mana Khalea dikeji teruk dari Makcik Anim juga merupakan hari di mana Aileen turut dilanda kemurungan bersamanya. Nasib baik esok cuti jadi tiada alasan untuk Hakeem cari Khalea jika gadis itu tiba-tiba hilang dari pejabat.

Seperti biasa alasan yang diberi Khalea, sabtu, hari bersama rakan-rakan dan jauh dari segala kerja mahupun lelaki. Kerana sepanjang hari itu Khalea dan Aileen bagaikan direntap tsunami hati yang menyakitkan.

Tangisan kuat Khalea membuat hati kasar Aileen terguris kuat tidak pernah Aileen melihat keadaan Khalea seteruk itu. Hati baran Aileen asyik tegur Khalea untuk terus report pada sang buah hati tetapi setiap kali itu juga Khalea menolak.

Mereka itu keluarga Hakeem.

Benar apa yang Makcik Anim itu kata dia punca keluarga mereka berbalah.

Sudah dengan segala kesakitan Khalea mahu berhenti sedih, dia mahu berjumpa Hakeem bagi menenangkan hati gusar dia dengan setiap kata manis yang dijanjikan lelaki itu kepada dia.

So, today is the day.

Tidak mahu seronok seorang diri Khalea meminta Hakeem untuk turut membawa Aaez Daniel bersama. Pada mulanya dia saja mahu membuat kejutan buat Aileen tetapi gadis itu pula mendesak untuk turut ikut bersama dengan akal bahwa Daniel akan turut ada.

Khalea terlalu excited sehinggakan surprise itu terbongkar sendiri.

"BANGUNNNNN!!!!!" pintu disorong laju. Mata membuntang melihat Khalea yang masih keras melayan mimpi.

"KHALEA NUR BANGUN CEPAT!!" katil bergegar gegar dek kerana gadis itu melompat-lompat bagi membangunkan Khalea.

"Ishhhhh aku bangun lah ni!" betis Aileen dipukul berkali-kali agar gadis itu berhenti dan turun dari katil dia. Orang tengah mimpi Hakeem ni! Sibuk je kacau.

"Ha! Pergi mandi sekarangg" lengan Khalea pula dia tarik. Ini kalau tak angkat masuk toilet memang dia akan tidur semula.

Dia duduk di birai katil menunggu aksi Khalea seterusnya. Kaki seakan berlari menuai rasa hati sekarang betapa gembiranya Aileen.

"Kita nak pergi mana dulu?? Kau jalan dengan Hakeem aku jalan dengan Daniel. AAAAAAAAAAAAAAAA finally! My dreams come true!!!!" Mata dikecilkan dia merenung Aileen yang sedang memgeletis. Tapi itu lah punca dia sebenarnya. Untuk bahagiakan Aileen.

Naik turun suara Aileen tidak Khalea endahkan dia langsung bergerak untuk mandi. Dia tergelak kecil.

---

"Hi Aileen" tegur Aaez. Mahu tegur Khalea sekali risau kena pelangkung dengan abang sendiri. Sejak dari rumah Hakeem sudah warning untuk langsung tidak mendekati mahupun berborak dengan Khalea.

Ini pun permintaan Khalea sahaja if not tidak ada makna dia mahu bawa Aaez bersama. Entah apa yang difikirkan Khalea pun Hakeem tidak tahu. Dia hanya mahu luangkan masa bersama Khalea tanpa gangguan.

"Hi Daniel" cuba berlagak biasa walaupun hati sudah menjerit gembira.

"Kau nak apa?" tegur Hakeem keras. Dua-dua mahu membuka pintu di bahagian hadapan penumpang.

"Belakang" arah Hakeem bersama jelingan sayang.

"Love" panggil Hakeem lembut. Tangan diraih terkuil-kuil supaya Khalea mendekat. Gadis itu sudah membuat muka geram. Depan orang ni berlakon lah sikit.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now