UR 28

3.8K 207 9
                                    

Tersedar dari tidur yang tidak kurang hampir lima jam. Mata digosok perlahan menghilangkan sisa kantuk. Dia dimana ? Itu soalan pertama yang terlintas di akal fikirannya.

Katil siapa pula yang dia tidur ni. Bangun dari baringan terasa dahinya seakan sejuk. Dibelek seketika lantas kool fever yang tertampal dicabut. Makin ragu dia dibuatnya. Sekarang ini langsung dia tidak tahu apa yang terjadi.

Benda terakhir yang masih bermain difikirannya adalah semasa dia menangis teresak-esak dihadapan Hakeem dan waktu itu dia masih dirumah sewanya.

Mata dikecilkan sedikit untuk melihat jam yang tertampal didinding. Sudah hampir magrib. Dia perlu pulang jika tidak risau teman rumahnya nanti. Masalah sekarang telefon dia pun tiada. Hanya tuala yang dia pakai sejak dari rumah masih terletak elok dikepalanya.

Kedengaran pintu dipulas laju tangan membetulkan kedudukan tuala. "Khalea dah bangun sayang?" manis sahaja senyuman yang diberi Puan Sri Amina menuju kearahnya.

Hanya senyuman dibalas, Khalea mengganggukkan kepala. Lega sikit bila melihat wajah Puan Sri Amina bermaksud dia tidak berduaan bersama Hakeem.

Dahi Khalea diraba-raba menghitung suhu. "Pening tak?" soal Puan Sri Amina menatap anak mata Khalea yang masih kelihatan sembab.

"Khalea okay umi" dia tersengih.

"Boleh bangun?" diusap-usap tangan Khalea.

"Boleh"

"Jom solat sama-sama" ajak Puan Sri Amina. Selalunya setiap kali keluarga besar mereka berkumpul mereka akan solat bersama-sama di bilik solat lagi -lagi waktu magrib dan isyak.

"Khalea pergi basuh badan dengan ambil wuduk nanti umi tinggal baju atas katil ya" kata Puan Sri Amina sebelum dia berdiri untuk bergerak keluar.

"Baik umi. Terima Kasih, maaf Khalea dah menyusahkan umi" tangan Puan Sri Amina pula dicapai sebelum dicium lama.

"Umi, Khalea nak pinjam phone umi kejap boleh? Nak telefon kawan rumah" tanya Khalea.

"Boleh sayang" phone bertukar tangan. Puan Sri Amina langsung kelur dari bilik untuk mencari baju yang sesuai dipakai Khalea.

Number Aileen di dail, nasib baik dia jenis mudah ingat number orang.

"Siapa ni?" Soal Aileen.

"Aku ni"

"Kau kat mana ha? Bila masa kau keluar?!!" Marah Aileen melihat jam sudah magrib.

"Aku dekat rumah Hakeem ni" jawap Khalea perlahan. Terkedu Aileen mendengar jawapan Khalea. Tidak terkeluar apa-apa soalan yang sepatutnya dia tanya.

"Nanti aku cerita semua..apa-apa kau call number ni and pepandai lah kau buat cerita. Aku end dulu bye I love you muahhh" terus call itu ditutup.

Diletakkan telefon atas katil lantas Khalea bergerak ke arah toilet. Tahu dia ini bilik Hakeem Rafei kerana baju lelaki itu tersusun elok di bahagian alamarinya.

Selesai membersihkan badan tuala baru yang masih berlipat diambil dan badan dia balut dari paras dada hingga ke lutut. Kaki terinjit-injit untuk mengintai orang diluar. Dia hanya mahu mengambil baju yang telah disediakan Puan Sri Amina di atas katil.

Line clear.

Laju dia cabut berlari kearah katil. Sesaat dia mencapai pakaiannya. "Bang-" pintu bilik Hakeem Rafei ditolak keras.

"ARGHHHHHHHHHH"

"ARGHHHHHHHHHHH"

Kedua-dua mereka menjerit. Khalea apa lagi pecut semula kedalam bilik air.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now