UR 43

3.2K 220 11
                                    

Hampir pukul satu setengah malam mereka tiba di perumahan keluarga Hakeem. Tidaklah semegah di Kuala Lumpur tetapi masih kelihatan mewah.

Disini hanya keluarga belah Puan Sri Amina jadi Aira turut disitu, tenang sediki hati gusar Khalea kerana dia tidak kenal sesiapa melainkan keluarga kecil Hakeem dan Nek Mun. Syukur tak terhingga apabila Nek Mun melayan dia seperti cucu sendiri, tiba mereka semalam hanya beberapa orang sepupu Hakeem yang masih berjaga.

Aaez pula sudah awal-awal beritahu bahawa dia akan tiba saat majlis itu berlangsung kerana ada kerja yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Aira juga masih berjaga maklumlah pernikahan abang sulungnya akan berlangsung awal pagi keesokkan harinya. Maka, dia menjadi orang kuat dalam acara kali ini.

Lelah sepanjang jalan, Khalea meminta diri sekali gus Aira menunjuk arah kebilik dia. Mereka berkongsi bilik pada malam itu. Hakeem masih tidak lepas dari mengikuti langkah gadis itu sehingga dihadapan pintu.

"Nak masuk sekali ke?" sindir Aira. Mata menjeling anak mata lelaki tinggi lampai disamping dia. Hakeem hanya mendengus perlahan tidak mengendahkan sosok pendek dengan rambut yang berjurai disisi pintu.

Mata memberi arahan untuk Aira bergerak dari situ namun gadis itu masih tercongok tanpa kata. Dia hanya meneliti gerak geri Hakeem.

"Saya masuk dulu ye" pinta Khalea bersama kepala bergerak silih berganti antara Aira dan Hakeem. Suasana tegang antara dua manusia di dekat dia menimbulkan senyuman diwajah.

"Sa-" pintu digesa perlahan sepantas itu Khalea hilang dari retina mata Hakeem. Pintu kembali ditutup, dia beralih arah memandang Aira yang sudah terkekeh-kekeh ketawakan diri dia. Sambil berjalan menuruni tangga gadis itu masih tidak sembunyi tawa.

Hakeem menahan sabar, geram saja dia dengan perangai Aira yang sering menimbulkan sakit hati dalam diri. Tidak tenang tidur Hakeem malam ini tanpa mengucapkan selamat malam buat Khalea. Masuk didalam bilik, baju ditukar kepada tshirt plain berwarna putih dan kain pelikat. Hakeem kembali keluar untuk membantu apa yang patut.

"Tak semengahnya" perli Aira.

"Depan Khalea bukan main bersiap lagi kau..." sambung lagi sindiran buat lelaki itu. Tangan tidak lekang dari menyemak segala jenis hantaran dan goodies untuk persandingan besok.

"Aku ingat siapalah tadi sampai bukan main segak rupanya Hakeem Rafei yang selalunya balik kampung dengan baju putih seluar jogging" tambah Anaqi mula berbalas salam. Dia menepuk belakang badan Hakeem perlahan.

Sudah lama mereka tidak berjumpa, akhir sekali tiga tahun lepas semasa sambutan meraikan Anaqi dapat tawaran bekerja di Dubai sebagai doktor disana. Tiba-tiba balik bawa bakal isteri, kerana dua-dua anak melayu mereka pulang ke tanah air untuk melangsungkan perkahwinan.

"Kau bila?" soal Anaqi sesaat mereka mengambil tempat diatas sofa.

"Bila apa?" Hakeem terkelu, dia tahu kemana soalan ini akan pergi tetapi dia juga tidak mempunyai jawapan untuk soalan itu.

"Nikah" dengar soalan itu sahaja boleh membuatkan Hakeem tersenyum bahagia apalagi sekiranya perkara itu menjadi kenyataan.

"When she's ready" jawab Hakeem mudah.

"Kau kenalah bertegas sikit...perempuan ni dia nak tapi dia malu. Jadi, kau sebagai lelaki push je sampai dapat" terang Anaqi. Setiap kata Anaqi Hakeem terima tidak sepenuhnya. Dia tidak mahu memaksa gadis itu sekiranya Khalea masih belum bersedia namun ada juga benar dari kata-kata Anaqi.

"Aku pun setuju dengan abang...kami sebagai perempuan nak proposal paling sweet untuk terima lamaran korang. Kalau aku tengok Khalea tu aku yakin dia pun cintakan kau" Aira memberi pendapat.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now