UR 20

4K 247 14
                                    

Bubur panas dimasukkan dalam thermos bagi mengekalkan kepanasan untuk dibawa ke hospital. Hampir seminggu Hakeem masih terlantar dihospital. Tiap pagi Puan Sri Amina akan masak dan melawat anak sulungnya walaupun Hakeem masih belum sedarkan diri.

Makanan yang dibawa menjadi santapan dia dan Tan Sri Hamdi yang setia menemani anak lelakinya terbaring bersama wayar berbelit dibadan.

Sering sarapan berdua terkadang bertiga bersama anak kedua mereka yang tinggal sedikit jauh dan sibuk dengan pelajarannya.

Malam hari ke lima setelah kejadian malang menimpa Hakeem, Puan Sri Amina melelapkan mata terpaksa kerana hatinya tidak tenang memikirkan Hakeem kesorangan di Hospital.

Jam menunjukkan pukul 3:30 pagi Puan Sri Amina tersentak dari tidur. Mimpi buruk melanda diri. Mengucap beberapa kali lantas dia bangun untuk menunaikan solat bagi membuangkan segala fikiran buruk yang baru saja menggangu tidurnya.

Tan Sri Hamdi yang lena tidur ditenung sebentar lalu dia menunaikan solat sunat hajat teruntuk anak lelaki dia. Selesai solat telekung dilipat, kepala berpusing pantas. Tangan mengusap dada sendiri sesaat phonenya berdering kuat. Tersentak lagi-lagi pada tengah malam yang sunyi.

Phone dislide pantas melihat caller adalah dari hospital yang menempatkan anaknya. Katil ditepuk kuat membangunkan suami. Jejari terketar-ketar menunggu kata dari pihak hospital.

"Hakeem is awake" itu sahaja perkataan yang menyapa gegendang telinga Puan Sri Amina. Walaupun berderet kata yang dikeluarkan staff hospital itu.

"Thank you....thank you so much" telefon dimatikan. Mata yang dari tadi merenung suaminya yang masih mamai mengeluarkan air mata.

"Sayang kenapa ni what's wrong? Siapa call?" Cemas Tan Sri Hamdi melihat keadaan isterinya yang sudah teresak esak menangis.

Tan Sri Hamdi turun dari katil bagi mengapai isterinya lalu dipeluk kuat wanita yang sedang terhinjut-hinjut itu.

"Hakeem is aw..awake ab..abang. Aa..anak ki-ta dah sedar" pelukan ditolak mata mencari sepasang mata suaminya walaupun kabur dipenuhi air mata yang tidak berhenti mengalir.

"Syukur ya allah" ditolak perlahan badan kecil isterinya laju dia bangun ke arah sejadah yang masih dilantai dan melalukan sujud syukur.

Air mata yang mengalir dikesat sebelum Puan Sri Amina memakai semula telekung dan melakukan perkara yang sama seperti suaminya.

Malam itu juga mereka bergerak ke hospital.

Kelam sahaja wajah kacak Hakeem nyenyak tidur. Kata staff nurse lelaki itu baru saja melelapkan mata. Malam itu dua orang tua Hakeem menetap di hospital menjaga anak mereka.

Azan subuh dari phone menyedarkan Puan Sri Amina lantas Tan Sri Hamdi di kejut untuk solat subuh bersama.

Selesai solat Puan Sri menjenguk anak lelakinya yang masih tidur. Diusap kepala Hakeem berkali-kali sangat lembut. Sudah tiada wayar terpasang pada badan anaknya. Syukur.

Mungkin rasa dirinya disentuh mata dicelikkan berhati-hati. Wajah manis ibundanya menjadi santapan. Dikuatkan diri untuk menghadiahkan senyuman.

"Hai anak umi" perlahan suara Puan Sri Amina berkata tepat ditelinga Hakeem apabila anak lelakinya itu dipeluk lembut.

"Umi jangan menangis" perasan Hakeem apabila badan uminya mula bergetar kuat.

"Anak um..mi" wajah Hakeem ditekap dengan dua belah tangannya sebelum dicium seluruh wajah itu. Habis muka Hakeem terkena basahan air matanya.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now