UR 15

4.2K 179 8
                                    

Riuh suara dipejabat sejenak masa bergerak tepat pada pukul enam petang. Masing-masing tidak melihat kiri kanan sibuk mengemas barang untuk keluar dari pejabat dan pulang.

Khalea bagai digam dimejanya untuk menyiapkan sedikit lagi pekerjaan tidak mahu dia tangguh kerja. Awal mungkin nampak sedikit nanti lama-lama mulalah semua terbengkalai.

Nampak sahaja kelibat Hakeem yang keluar dari biliknya bersama beberapa client,  pantas Khalea menunduk. Malulah jika Hakeem tahu dia sedang mengintai lelaki itu.

Khalea harus menjaga air mukanya..

Agaknya Hakeem perlu menghantar client itu keluar sekaligus terus keluar dari office. Komputer dihadap semula melihat hanya beberapa amaun lagi sebelum siap semua kerjanya.

Tanpa aba pantas tangan mengemas segala yang perlu dia mahu pulang juga badan sudah melekit dari kerja seharian.

Baru sahaja dia hendak bangun dari dudukan badan terjatuh kembali. Mata berbungkam luas melihat dua tangan yang memerangkap badan kecilnya dari belakang. Dia sangat kenal bauan ini.

Menguncup badan kecil Khalea cuba membesarkan jarak antara dia dan Hakeem Rafei. Anggap Khalea lelaki itu sudah pulang bersama client sebentar tadi.

"Tu..Tu..Tuan" tergagap-gagap Khalea apabila Hakeem makin merapatkan tubuh mereka.

Paling hujung sudah ini badan Khalea dengan meja dia, habis terasa hingga ke rangkanya. "Yes, love?" tepat di telinga Khalea. Di tiup semu, dapat dirasakan tubuh kecil itu mengeletar dini dia bingkas menukar posisi dirinya.

"I'm sorry, pumpkin" terjungkit bibirnya. Bukannya dia rasa bersalah sangat sekarang lebih kepada sengaja mengacau Khalea.

Handbag Khalea diambil lalu dia bergerak keluar. Tiada jalan lain Khalea hanya mampu mengekori Hakeem dari belakang. Sudahlah tinggi jalan laju pula susah tahu Khalea mahu mengejar.

"Kita pergi dinner boleh?" hanya anggukan dibalas Khalea.

"Saya nak dengar suara awak, love. Please...talk to me hm?" badan dibongkokkan sedikit bagi menyamakan paras mereka lalu dipandang Khalea dengan senyuman manis yang terukir.

Bauan maskulin milik Hakeem mengalpakan dirinya dalam fikiran sendiri tanpa dia sedar bibir mengukir senyuman.

"Hey senyum apa ni" tergelak tipis Hakeem melihat Khalea sekarang.

Dagu Khalea diraut dan wajah didekatkan semakin menghampiri hidung mancung gadis itu. Hembusan nafas Khalea terasa bahang diwajahnya. Mata seumpama menghalang dari terus menilik wajah cantik milik Khalea.

Hakeem tengelam dalam mata bundar Khalea yang juga merenung dirinya. Perasaan menolak kiriman hati dari memeluk gadis ini.

Khalea yang dari tadi jatuh dalam lamunan mata bersama jantung yang semakin mencair dek kerana aura seorang Hakeem Rafei.

Kepala ditoleh sebelum tangan Hakeem ditolak menjauh dari wajahnya. Khalea mulai takut bukan kerna Hakeem tetapi dirinya sendiri.

Ragu akan kemampuan untuk dia menolak lelaki ini.

"I'm sorry"

"Its okay" tahu bukan salah Hakeem seorang tadi dia juga mengambil kesempatan atas keadaan.

Sudah lama Khalea teringin untuk memiliki sosok lelaki disampingnya namun banyak kekangan yang menjadi penghalang.

Tiada yang pernah beri effort untuk menarik perhatian Khalea sepenuhnya, biasalah beria pada mulanya bila Khalea tidak layan terus menyerah.


Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now