UR 12

4.7K 246 19
                                    

Lama Khalea termenung memikirkan perkara tadi. Dia sudah terlalu gelabah itu yang dia terus matikan call. Tersangkut dalam anggapan diri sendiri.

Baru terfikir sekarang, Aileen dipanggil untuk menjadi pengadil dalam masalahnya sekarang.

"AILEEEEEEEN" dijerit nama rakan itu. Malas dia mahu bangun untuk kebilik Aileen.

Telefon diambil lalu nama Aileen sebelum phone diangkat dan diletakkan ditelinga. Belum sampai dua saat Aileen menjawap.

"Kau nak apa?"

"Sini jap ada coffee"

Jari mematikan panggilan, sepantas kilat kepala berpusing menikam pada bunyi pintu bilik Aileen kedengaran ditutup dari luar sebelum pintu biliknya pula di tolak.

"Bab coffee laju je kau" perli Khalea melihat Aileen dengan kening ternaik sedikit.

"Pahal? Hakeem lah tu" tanya Aileen. Dia sudah boleh agak. Tiada coffee terbaru sejak dua menjak ini selain nama Hakeem Rafei.

"Iyoler" terus setiap butir diceritakan pada Khalea. Mahu pendapat rakannya itu. Manalah tahu membantu.

"Kau rasa?" sambung Khalea apa yang patut dia buat sekarang. Dia sudah buntu.

"Pergi jelah esok saja kan?" balas Aileen memberi cadangan. Mungkin sehari sahaja tidak apa fikir Aileen polos.

Tidak mungkin lah sehari saja. Mulanya sehari kalau hari-hari macam mana?

"Ye eh?" Khalea tahu Aileen hanya ingin memudahkan keadaan tetapi dia pun ragu-ragu.

"Esok teman aku pergi beli barang" cantas Aileen tiba-tiba.

Baru sahaja Khalea ingin membalas terus disampuk Aileen menerangkan permintaan "Lepas balik kerja" sambung Aileen.

"Manoi?" saja panjangkan borak tahu tiada lain lagi mesti nak pergi giant.

"Cem biasa" balas Aileen.

Bangun dari katil sebelum kaki menapak untuk keluar.

"Okay baby" tangan dikucup pantas sebelum dilontarkan pada Aileen.

Euwww. Jijik sungguh raut wajah Aileen sekarang menunjukkan reaksi.

"Hanya Daniel yang boleh panggil aku baby" terang Aileen. Mata dinaikkan keatas sebelum dia keluar dari bilik Khalea.

Hanya jelingan yang dibalas Khalea. Gedik sangat kawan baik sorang yang ini.

Applikasi whatsapp ditekan dan Khalea hanya menghantar 'ok' pada Hakeem tanda dia setuju untuk diambil keesokkan harinya.

Tepat pukul 7:30 pagi Hakeem sudah tercegat dihadapan rumah Khalea. Sekarang ini pejabat buka pada pukul 9 pagi.

Selalunya Khalea yang naik LRT pun kerluar rumah pukul 8 suku.

Kalau diikutkan Khalea tidak tahu kewujudan Hakeem diluar sehingga Talia yang menegur.

Sudah dari hanya Aileen yang tahu tentang ini dia perlu terangkan pula pada yang lain. Cerita apa pula kali ini perlu dia reka untuk menutup keadaan sebenar.

Tidak langsung lelaki itu call mahupun whatsapp dia beritahu dia sudah sampai. Pelik sungguhlah seorang Hakeem Rafei ni...

Nasib baiklah Khalea jenis yang cepat bersiap. Dapat saja tahu Hakeem sudah diluar, cepat-cepat dia settlekan semua benda dan keluar.

Paling tidak dia dapat lari dari dari segala jenis soalan yang dia terima dari housematenya.

Pintu rumah dibuka terus mata tegak memandang anak mata Hakeem yang bersandar helok pada kereta. Badan tinggi lampai Hakeem membuatkan pandangan mata Khalea menyinar gembira.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now