UR 37

3.3K 187 8
                                    

Tengku Fai menolak pintu bilik Hakeem kasar dan hilang dari pandangan mata Khalea. Lima minit seterusnya Megat Zimr pula tiba, dan akhir sekali Tengku Nadim. Perbincangan apa yang sedang berjalan agaknya.

Hilang fokus Khalea pada kerja, dari tadi kepala menjenguk ke arah bilik lelaki itu. Namun, hanya kegelapan yang dia terima. Tak lama bunyi pintu dikuak kuat, empat sekawan itu bergegas keluar langsung tidak melihat kiri dan kanan. Tekanan pada wajah masing-masing mengerutkan dahi bersih Khalea.

Dek hari, makin barai Khalea dengan kerja pejabat makin memenatkan lagi-lagi ada saja kerja yang dihempas dikepala dia. Khalea langsung tidak kisah sejujurnya paling tidak mereka rasa dia berguna dari segi kerja dan percaya pada hasil dia.

"MANA PELACUR TU??!!!" suara jeritan dari luar menghenyak seluruh badan Khalea. Kepala menoleh pantas. Dada naik turun menandakan jantung mula bekerja kuat. Hati dipukul debaran besar.

Seorang wanita separuh abad yang pernah dia lihat sebelum ini tapi mata masih menidakkan. Mungkin atau tidak seperti apa yang minda fikirkan dia pun tidak pasti.

Yang dia pasti sekarang wanita itu sedang bergerak ke arahnya dengan segala jenis jeritan dan carutan yang dia yakin merupakan untuk dia. Disebabkan terlalu takut, minda berada diawangan langsung tidak Khalea endah pada suara yang berbalah di dalam pejabat itu sekarang.

Semakin lama semakin dekat menghampiri dia

"ARGHHHHHHHHHHH" laungan nyaring sendiri yang membuatkan dia kembali pada dunia nyata. Tudung dia ditarik kasar oleh wanita tua itu sehingga pin didagu tercabut dan sedikit mencalarkan kulit putih Khalea.

Tapak tangan mengelus perlahan dagu sendiri melihat sekirannya dia terluka. Benar ada darah yang mula menitik.

Tudung yang sudah kebelakang dia betulkan semula. Dia tarik nafas sedalam mungkin sebelum menaikkan wajah menentang mata wanita tua dihadapanya.

"Puan siapa ya? Kenapa buat saya macam ni? Apa salah saya?" bertubi tubi soalan Khalea menghentak mata masih tajam membalas mata bundar wanita itu.

"APA YANG KAU DAH SIHIR HAKEEM SAMPAI DIA IKUT CAKAP KAU?" balas wanita itu dalam jeritan kuat. Satu pejabat pun boleh dengar.

"Puan, mari kita bincang dekat lain. Tak elok orang tengok" pujuk Khalea. Dia perlu jaga tiga maruah disini. Dirinya, Hakeem dan juga wanita tua ini.

Pergelangan tangan berkedut itu disentuh dan ditarik perlahan. Namun, tidak sempat Khalea mahu bergerak melangkah tangannya ditepis kuat.

"AKU TAK ADA MASA NAK LAYAN DRAMA SUCI KAU" satu demi satu perkataan keluar. Tangan Khalea dicapai dan dia menolak kuat badan kecil Khalea.

Dek kerana tidak seimbang Khalea jatuh menghentak lantai. Ingin bangun malangnya wanita itu mula menunduk dan menarik kuat tudung Khalea hingga tercabut sepenuhnya.

"Pu..puan jangan ma..ma.macam ni" Khalea mula teresak esak sesaat auratnya menjadi pemandangan ramai.

"Disebabkan kau anak aku kena buang dari syarikat ni" kepala Khalea sudah melentok kearah meja. "Arggg sa..sakit puan" aduh Khalea apabila tangan wanita itu laju menampar kepalanya membuatkan dia terhentak kuat pada meja kerja.

"Dan disebabkan kau....aku miskin" wanita itu berbisik di telinga Khalea sebelum menarik rambut gadis itu dan dilemparkan pada lantai.

"Saya..min..minta maaf puan" esak Khalea tangan dinaikkan menahan segala pukulan dari wanita itu.

Fail diatas meja Khalea juga dicapai dan dilibas pada seluruh badan gadis itu. "Sa..sa..sakit..pua..puan" tidak berhenti esakan tangis Khalea dicampur dengan perasaan sakit melihat staff disitu langsung tidak mengendahkan dirinya yang dipukul teruk. Kenapa masa ini juga Kak Ralita dan Hakeem tidak di pejabat.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now