UR 33

3.8K 207 8
                                    

Langkah mengejar satu sama lain, Airil berlari keluar dari bangunan megah itu dengan fikiran yang kusut. Baru sahaja dia mahu melintas ada yang menahan bahunya dari meneruskan langkah.

Dengan hati baran laju penumbuk naik untuk menghentam sang penegur. Sempat ditepis dan dia terkejut melihat gerangan dihadapanya sekarang. Ingatan samar-samar tapi masih ada.

"Kau nak position dan aku nak Khalea" kata lelaki itu langsung membuka mata Airil. Dia tahu lelaki ini sama sepertinya mahu menjatuhkan seorang Hakeem Rafei.

"We got thing to discuss" Airil seperti ditawan begitu sahaja dia memgikut langkah lelaki asing ini.

---

Derapan kaki tidak henti berbunyi. Kaki kecil Khalea mundar mandir di dalam pantry kosong. Hati tidak senang memikirkan Hakeem yang hilang tanpa kata sejak tengah hari. Lepas saja pergaduhan mereka lelaki itu keluar dah terus tidak masuk pejabat semula.

Satu saja cara adalah dengan pulang bersama lelaki itu tapi mahukah Hakeem menghantar dia pulang dan apa yang perlu dia cakap. Khalea tidak reti memujuk.

"Ah takpelah kita cuba je! Kalau Hakeem tak nak hantar kita merajuk dengan dia balik!" Bisik hati Khalea cuba bertenang.

Phone dicapai dan applikasi whatsapp ditekan. Nama Hakeem dicari terus dia menaip tanpa fikir balasnya kelak.

Khalea
Assalamualaikum tuan

Itu sahaja! Khalea campak phone atas meja gerun menunggu jawapan Hakeem.

Seminit..

Dua minit...

Lima minit...

Masih tiada apa-apa notifikasi dari telefon dia. Laju dia membelek. Hakeem selalunya fast replier! Sampai hati Hakeem. Sedih Khalea dibuatnya....

Jam hampir masuk pukul 6, Khalea harus pulang.Baru sahaja dia mahu mengemas barang untuk pulang ringtone telefon berbunyi kuat.

Tertera nama Hakeem Rafei di screen phone. Khalea terkaku. "Aaaaaaaa nak buat apa niii" terjerit hati dia. Khalea mula panik.

Perasaan takut selubung diri sehinga hilang ringtone dari awangan bunyi. Nafas dihela perlahan.

Ting ting ting

Satu lepas satu bunyi notifikasi masuk. Pantas tangan mencapai dan melihat punca telefon dia yang berdering.

Semua dari Hakeem, hanya dari pesanan boleh ditafsir lelaki itu sedang marah.

Hakeem
Kenapa tak angkat call?
Dekat mana sekarang?

Tidak sempat habis bacaan pesanan tersebut, sekali lagi nama lelaki itu tertera di screen phone. Tanpa berfikir telefon diangkat ketelinga.

"Dekat mana?" suara yang menahan marah. Hakeem cuba sebaik mungkin meninggalkan egonya.

"Office" balas Khalea sepatah.

"Stay there" bunyi call dimatikan. Kenapa Hakeem begitu dingin dengan dirinya? Apa salah dia?

---

Diparkir, kereta berhenti tepat disisi Khalea yang setia menunggu. Setapak Khalea bergerak mendekat, kaki diam memandang Hakeem keluar dari perut kereta.

Dia melangkah sederap kebelakang. Takut. Pertama kali Khalea disapa dengan wajah beku Hakeem. Pintu bahagian Khalea dibuka dan dia tinggal begitu sahaja terus masuk ke kereta semula. Langsung tidak memandang Khalea yang tercegat diluar.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now