UR 55

3.1K 215 16
                                    


Selesai sahaja majlis harini, Khalea dahulu masuk kedalam hotel yang telah mereka tempah. Hakeem masih sibuk bersama rakan-rakan dia berborak entah tentabg apa. Khalea yang berdebar sejak diijab kabul tadi, sudah dahulu berlari dari kenyataan. Malam ini, mereka akan tidur bersama. Khalea kalut! Dia tak pernah tidur dengan lelaki macam mana ni!

Bersama hati yang masih berdebar, Khalea basuh badan sendiri dan bersiap untuk terus tidur. Tidak mahu menunggu Hakeem.

Pintu ditolak perlahan, mata mencerlung kearah gadis miliknya yang terbaring lena di atas katil. Hakeem tersenyum sinis. Dia ada idea bernas untuk bangunkan gadis itu dari tidur. Hakeem boleh agak jika Khalea hanya pura-pura tidur.

Hakeem duduk dibirai katil menghadap kearah Khalea. Wajah gadis itu ditilik lama, jemari mula menyentuh bibir kemudian berlari ke bulu mata Khalea yang melentik elok.

Berkerut wajah Khalea menahan debaran. Ya Allah dia main sentuh- sentuh pula! Nak buka mata ke tidak. Its okay, kejap lagi mesti Hakeem berhenti.

Sepanjang itu, bibir Hakeem tidak berhenti membaca sebaris dua ayat Al Quran yang Khalea sendiri tidak pasti maksudnya.

"Why are you so gorgeous Khalea?" Hakeem berbicara sendiri. Khalea menahan diri dari tersenyum.

Hampir lima minit, Hakeem masih bermain dengan wajahnya. Kesabaran Khalea semakin menipis, geli tahu! Hidung, rambut, kening, bibir, telinga, habis semua Hakeem sentuh.

"Oh god, i love you so much" lepas Hakeem lagi. Hati dia kian berdebar melihat Khalea bersama rambut yang berselerak dipipi mulus itu. Hakeem mahu memeluk Khalea sepuasnya.

Baru sahaja gunung berapi dia hampir meletus, dahi Khalea terasa kehangatan dari ulas bibir Hakeem yang jatuh mencium dahi bersih Khalea lama. Hati yang tadi geram sekelip mata berubah tenang.

"Sleep tight, sayang abang. Dream me" pesan Hakeem selaras melepaskan ciuman.

Terasa katil bergerak memberi tanda Hakeem sudah hilang dari radar Khalea. Dia cuba melepaskan seliput mata untuk melihat keadaan sekeliling.

Mata dibuka perlahan-lahan, pantas dikatup semula mata dia apabila sepasang mata masih setia merenung dirinya.

Hakeem usap pinggang Khalea yang berlapikkan selimut, dia ketawa sinis dan melangkah ke bilik air.

"Nak mandi lagi sekali tak?" Hakeem kuatkan suara dari dalam bilik air, sengaja mahu mengusik cinta hati yang sudah sepenuhnya menjadi miliknya.

Khalea tarik selimut menutup seluruh badannya, muka ditutup dengan tangan menahan wajah yang sudah membahang kepanasan.

Badan berputar ke sana sini mencuba posisi paling selesa untuk tidur. Namun, semuanya tidak menjadi, Khalea masih segar. Hakeem mahu selesai mandi sudah tu!

Klak

Bunyi tombol pintu terbuka luas, selimut kembali memakan badan kecil Khalea kedalam. Langsung tidak berkutik sehinggakan Hakeem mengambil tempat dan baring disebelah dia yang membelakangi Hakeem.

Lampu meja ditutup lantas lengan Hakeem menyelusuri bawah badan gadis itu dan dia peluk Khalea dari belakang.

"Awak" tegur Khalea.

Dia ubah posisi menghadap Hakeem dan larikan badan sedikit mengundur. Lengan Hakeem ditolak lembut. Terangkat kening Hakeem melihat perlakuan Khalea.

"Kenapa ni?" Hakeem tegur dengan perasaan yang kian memberat. Sejujurnya, dia terasa.

"Sa...saya" tergagap-gagap Khalea cuba berkata.

Hakeem tenung anak mata Khalea yang cuba untuk larikan diri dengan tajam. Lengan Hakeem bergerak untuk mencapai lengan halus Khalea dan mendekatkan jarak mereka.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now