UR 56 (NEW)

2.5K 147 10
                                    

Segala barangan Khalea sudah dipindahkan kerumah baru. Rumah yang dibeli Hakeem buat mereka berdua. Mula saat ini, mereka berdua milik satu sama lain. Khalea akan pastikan Hakeem akan kembali berjalan seperti biasa semasa majlis persandingan mereka kelak.

Rumah yang sudah dipenuhi dengan perabut dan kelengkapan penuh memudahkan langkah masuk mereka. Mungkin lelaki itu sejak awal sudah memikirkan tentang dekorasi didalam rumah, mengikut cita rasa Khalea. Taman yang dipenuhi perbagai jenis bunga yang sudah menjadi kegilaan Khalea sejak awal.

"Awak" panggil Khalea. Melihat Hakeem terhinjut-hinjut berjalan untuk mengemas di dalam walk in closet mereka. Hakeem tidak menyaut malah menghiraukan Khalea. Sebenarnya lelaki itu sedang merajuk.

Kenapa? kerana Khalea masih berawak saya dengannya.

"Awak duduk jelah" Khalea bangun mendekati Hakeem dan memeluk erat pergelangan tangan Hakeem. Hakeem tarik nafas panjang sebelum dia menoleh merenung anak mata Khalea disisinya.

"Abang" satu patah perkataan Hakeem lontar.

"Tapi awak bukan abang saya" bahas Khalea tidak mahu kalah. Ish! dia tak sukalah panggilan abang! Hakeem itu suaminya bukan abang dia.

"Ye, tapi abangkan suami sayang" balas Hakeem selembut suara.

"Tell me kenapa sayang taknak panggil abang" uraian rambut paras bahu Khalea, Hakeem elus lembut. Dia sangkut beberapa helain rambut dibelakang telinga Khalea. Jemari pula nai mengusap kepala Khalea berkali.

Khalea mendongak untuk memandang Hakeem dengan puppy eyes meminta simpati. Sejujurnya, dia tiada alasan. Khalea cuma tidak suka dengan pangilan abang. Jeda hati Khalea yang tidak benarkan, cringe!

Memandang raut wajah Khalea yang diam membisu, Hakeem membongkokkan badan lantas ulas bibir merah Khalea dia tindih dengan ulas bibirnya. Budak nakal ini perlu diajar!

Terkejut dengan tingkah Hakeem, badan suaminya di tolak lembut. Malangnya Hakeem lebih bersedia. Lengan Khalea ditarik dalam dakapan sebelum badan kecil itu diangkat secara bridal style.

"Awak turunkan saya! Kaki awak tu...ish! Turunkan saya!" bentak Khalea berkali-kali.

Hakeem langsung tidak endahkan suara Khalea yang kedengaran merdu baginya. Tiba dihadapan katil milik mereka, Hakeem lepaskan badan Khalea dengan penuh kasih sayang lantas dia naik menindih Khalea yang sudah terbuntang mata melihat kelakuan suaminya.

Kedua belah tangan Hakeem ditahan disisi kepala Khalea, tidak mahu jatuh dan menghempap isteri dia yang comel ini.

"After this, sayang sebut perkataan saya atau awak lagi dengan abang...you will received this as a punishment" sekali lagi bibir dia dilepaskan diseluruh wajah bersih Khalea. Hakeem tersenyum disebalik perbuatan sendiri. Khalea tiada kata mahupun balas, andal benar, dia juga suka.

Masa berlalu pantas tanpa mereka sedar, azan magrib sudah berkumandang. Pipi gebu Khalea dicubit perlahan untuk bangunkan isteri dia dari lena tidur.

"Sayang abang, bangun. Solat magrib jom" kelopak mata Khalea mula bergerak seakan terbuka. Hakeem lemparkan senyuman manis. Khalea masih liat kerana kantuk yang tersisa. Dia bergolek kiri dan kanan melanggar apa jua menjadi penghalang termasuk badan sasa Hakeem.

Khalea tidak peduli akan mata yang memandang, dia sambung bergolek sehingga badan sendiri naik keatas badan Hakeem. Terbuntang mata Hakeem melihat perilaku Khalea yang tidak pernah dia lihat sebelum ini.

Habis bergolek sehingga ke hujung katil, kedua belah kaki jatuh, badan bangun dan dia duduk seperti biasa. Bersama rambut yang sedikit serabai dan muka tidak berapa manis dipandang, Khalea langsung bangun tanpa menoleh menuju ke bilik air.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now