UR 58 (New)

2K 123 16
                                    

Berbulan hari bahagia mereka berlangsung gembira. Tiada sekali pun mereka berbalah.

Tipu

Pastinya ada

Namapun perkahwinan

Tiada yang sempurna

Namun, Hakeem terlalu banyak beralah akan perangai tidak matang Khalea.

Suasana di meja makan di restauran mewah di mall besar tengah bandar agak janggal buat mereka berdua. Sekali lagi, Khalea membantah kata Hakeem.

Sebelum ini, Hakeem tidak membenarkan Khalea untuk pergi hiking dan glamping di luar bandar. Tidak jika bukan bersama dia.

Khalea puas memujuk namun jawapan Hakeem tetap sama. Dia tidak benarkan Khalea untuk pergi tanpa dia. Biarkan isteri dia bermalam di dalam hutan? Itu akan menjadi mimpi ngeri buat Hakeem.

Kali ini, wanita itu meminta izin untuk pergi berjalan bersama rakan-rakannya ke luar negara. Hakeem tidaklah mahu mengongkong, cuma dia sendiri belum bersedia untuk berpisah dengan pengarang jantung dia bagi jangka masa yang panjang.

Tidak jumpa dua hari saja sudah buat seorang Hakeem Rafei hilang akal. Inikan pula dua minggu. Mengarut.

Mata langsung tidak lepas dari merenung wajah Khalea yang sibuk mengunyah tanpa menghiraukan diri dia. Sejak hari dia menidakkan permohonan isterinya, Khalea kerap menghiraukan dirinya. Balasan kata juga semakin berkurang.

"Saya nak pegi toilet" tiba-tiba suara Khalea berkata.

Tidak sempat hakeem membalas kata, Khalea langsung bangun dari tempat duduk dan bergerak keluar dari restoran mewah itu.

Perasaan sangsi mengawal diri, Hakeem menyelit beberapa keping notes bernilai lima puluh ringgit di bawah pinggan lalu dia mengorak langkah mencari kelibat Khalea yang sudah hilang dari lensa mata.

Pantas langkah Hakem mencari toilet berdekatan, hati gusar menidakkan keberadaan Khalea di situ namum Hakeem masih berfikiran positif.

Hampir sepuluh minit masih tidak nampak bayang Khalea, dia cuba menghubungi isteri dia untuk kepastian. Tidak diangkat namun ditolak.

Jantung mula berdetak kencang, dimana isteri dia. Keringat mula membasahi dahi akibat perasaan mula mengawal diri. Risau, gusar dan amarah mula mengusai diri.

Telefon langsung tidak berhenti berdering membuat pangilan pada Khalea walaupun sudah ditolak berkali-kali.

Ting! ting! ting!

Bunyi notifikasi masuk berterusan. Pantas dicapai terus dibuka pesanan yang baru dihantar dari isteri dia sendiri.

My Nyawa ❤️

Saya nak bersendirian untuk beberapa hari, maafkan saya kerana selalu sakitkan hati abang tapi saya juga mahu buat keputusan dalam hidup saya.

Hakeem hiraukan pesanan yang baru dia terima, sekali lagi Hakeem cuba menghubungi isterinya. Namun, masih sama ditolak. Hakeem pasrah, keluhan dilepas kuat.

Jangan buat abang macam ini sayang...

Cuba Hakeem menutur ayat bagi membalas pesanan isterinya sebentar tadi, telefon dia tersambung pada panggilan dari Tengku Nadim Ares. Tanpa aba, Hakeem langsung menerima pangilan tersebut.

"Kau kat mana sekarang?"

"The mall" mudah Hakeem membalas kata, tidak mahu memanjangkan perbualan. Ada perkara yang lebih penting untuk Hakeem selesaikan.

"Oh"

"Aku nampak isteri kau dekat Urban Dream" tanpa beralah, panggilan itu dimatikan. Kaki diangkat pantas untuk mencari jejak langkah isterinya.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now