UR 3

5.7K 279 15
                                    

Alis mata bergerak mengikut kerutan diwajah, dada mula disambar debaran kuat. Dia tahu akan nama itu.

'Oh sweet! Tuan!' makin gelabah Khalea dibuatnya.

Kepala berpusing 180 darjah untuk meneliti wajah dihadapannya sekarang. "Ya allah hensemnya" sempat Khalea memuji keindahan ciptaan tuhan.

Tunjuk muka tidak bersalah bersama senyuman sumbing terus dia menundukkan pandangan. Pandang lama-lama boleh jatuh zina!

"Sa..saya minta maaf tuan, saya tak cam muka tuan. Saya minta maaf sangat-sangat sebab tinggikan suara" perlahan sahaja suara yang keluar dari bibir Khalea mungucap maaf.

Masih menundukkan pandangannya kerana takut dan berdebar akan situasi sekarang. Fikiran dan hatinya mula meracau memikir apa yang perlu dia buat.

"You memang kalau bercakap memang tak pandang orang ke?" tegur Hakeem dalam nada mula sakit hati dengan perlakuan Khalea yang dari tadi tidak memandangnya.

"Maaf tuan tapi saya tak biasa berbual dengan lelaki" tangannya mula bergerak untuk mengemas meja dan menutup komputer.

Terangkat kening Hakeem melihat Khalea yang cepat-cepat menyimpan semua barangnya kedalam totebag.

"You are going home now?" soalnya kerana report itu macam belum siap lagi.

"Haah, kalau lewat sangat LRT kosong nanti" tubuh terus berdiri tegak untuk keluar dari pejabat.

Spontan Khalea melihat jam yang tertera diphonenya. 10 minit sebelum pukul 10. Masih sempat lagi ni.

Khalea terhenti seketika melihat Hakeem yang masih tercegat di meja miliknya. "Ah lantak lah, baik aku balik dulu" kata hatinya lantas menyambung langkah.

"Let me take you home" ajak Hakeem bersama wajah yang berbekalkan senyuman manis.

Manis itu manis tetapi Khalea sudah ketar lutut, entah kenapa statement itu kedengaran menakutkan.

Melihat tiada balasan yang diberikan, tangan Khalea ditarik lembut supaya wanita itu menurut untuk dihantar pulang olehnya.

Tersentak Khalea apabila terasa ada tangan yang menyentuh pergelangan tangan dia, tangan itu dihempas keras lalu badan Hakeem yang berada dekat denganya ditolak kuat.

Bila Khalea kata dia menjaga batasnya, Ya dia maksudkan setiap butir perkataan itu. Jangan sesuka hati sentuh anak dara orang.

Melihat reaksi Khalea yang seakan marah akan dirinya, Hakeem tersenyum sinis.

"Saya boleh balik sendiri" sampuk Khalea dalam keadaan marah. Wajahnya memerah akibat malu dan geram dengan kelakuan boss dia. Tidak tahu hukum hakam.

Pantas mengorak langkah ke elevator, sekali lagi lengan dia di capai dari belakang. Makin benggang Khalea. Hampir tak bernafas dia dalam situasi itu.

Tingg

Tepat pada masa yang sama, pintu elevator terbuka. Khalea ditarik masuk tanpa kerelaan diri. Tombol 5 ditekan menunjukkan bahagian parking kereta. Itu bukan tingkat yang Khalea nak tuju!

Beberapa kali percubaan untuk melepaskan tangannya dari genggaman Hakeem. "Tuan tolong lepaskan saya, saya taknak balik dengan tuan!" sambil mengoncangkan lengan dia dengan harapan akan terpisah.

Macam-macam cara dilakukan oleh Khalea supaya Hakeem melepaskan lengan dia. Malang, lelaki ini terlalu kuat. Oleh kerana tangan Hakeem yang jauh lebih besar dari dia, gengaman itu menyebabkan pergelangan Khalea berubah warna.

"Tuan tolonglah, saya mohon lepaskan saya, sakit tahu tak?" suara yang kembali meninggi bersama mata yang tidak lama lagi mengeluarkan bekalan air ditahan. Puas Khalea menolak lengan Hakeem sekuat hati. Ya allah dugaan apa ni.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now