UR 14

4.2K 212 9
                                    

Suasana tenang terus berubah ribut dalam masa singkat membuang diksi Hakeem yang sedang fokus pada kerjanya.

Melihat seorang malapetaka sudah tiba tercegat bersandar dipintu bilik pejabanya,  langsung keluar hembusan kesabaran.

Macam-macam gaya model yang dibuat seorang Megat Zimr Danish sebagai entrance.

"Zoom in Zoom out Zoom In Zoom out" suara Zimr selaras dengan gaya berjalan untuk sampai ke meja Hakeem.

Tangan diatas kepala berdiri tegak, tangan bercekak ke pinggang dan kedua tangan mengengam coat. Mata tidak lari dari merenung Hakeem.

Sudah biasa dengan perangai kawan baiknya seorang ini.

Meja Hakeem diketuk beberapa kali bagi mendapatkan perhatian rakannya namun tidak berjaya sebelum tangan menuju kearah rambut Hakeem dan diserabaikan lantas dia lari kearah sofa dan berbaring.

"Eh sibodo kau nak apa" terus Hakeem bangun dari kerusi kearah sofa dan ditarik rambut Megat Zimr kuat.

"Arghhhhh arghhhhhh lepaslah monyet ma.... AFFFF SUD.....SU...DAHHH aku surrender" ditolak-tolak tangan Hakeem sekuat hati.

Habis tercabut rambut kacak dia nanti. Rambut itu mahkota lelaki tahu tak?

Tangan dilepaskan dari rambut Zimr terus punggung dilabuhkan pada sofa disebelah.

"Aku rindu kau je" kata Megat Zimr perlahan.

Bantal kecil diambil terus dibaling tepat pada muka Megat Zimr. Mengaduh jugalah sedikit sebelum dia perbetulkan kedudukan dan duduk dengan lebih sopan.

"Eh tadi tu siapa?  Wah kecantikan dia menusuk ke kalbuku. Pandang lama macam bakal bini aku pun ada" kepala sedikit tertoleh keluar bilik Hakeem untuk melihat sekiranya gadis itu masih ada.

"Siapa?" balas Hakeem tidak semengah.

"First time aku nampak kat office kau budak baru maybe" terangkat sedikit kepala Hakeem dengar sahaja perkataan budak baru.

Hanya memandang Megat Zimr tanpa kata dalam fikirannya tentang Khalea. Cuma Khalea dan Tareq budak baru dalam pejabat ini. Tidak mungkin Tareq yang dimaksudkan Zimr.

Mata dijeling menghadap Zimr memikirkan lelaki lain walaupun rakan baik sendiri berbicara tentang gadis miliknya.

Fikiran dan hati berbangkang antara satu sama lain. Hati mentafsir ianya salah Khalea kerana bergaya indah lalu menarik pandangan berlainan jantina.

Fikiran pula berceloteh sebaliknya. Namun jika benar yang dimaksudkan Zimr itu Khalea dia akan pastikan Zimr tahu akan perasaannya terhadap Khalea.

Dia juga tidak mahu berbalah demi seorang gadis dengan orang penting dalam hidupnya. Megat Zimr Danish sahabat karibnya sejak kecil. Beza umur hampir lima tahun menyatakan Hakeem akan perangai kebudakan Megat Zimr.

Kepala digelengkan kejap. "Kau nak apa" tanya Hakeem teringat kembali akan ketibaan Megat Zimr tidak diundang.

"Lunch sekali" terus Zimr bangun melihat Hakeem telah mengiyakan katanya.

Berdiri di hadapan lift menunggu masa. Perkara biasa yang diborak antara keduanya kerja dan hobby mereka.

"Bila next race" hentak Hakeem tiba-tiba.

"This week ada" balas Zimr santai.

"You should prepare better for next week" sambung Zimr lagi.

"Aku dengar ada professional racer turun" kepala didongak kan sedikit bagi memandang anak mata Hakeem.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now