UR 11

4.6K 227 11
                                    

Sejak tadi komputer riba ditatap lama. Beberapa helaian kertas berselerak di atas meja. Tidak pelik untuk seorang workaholic macam Hakeem. Sudah sibuk di pejabat, dirumah pun busy itu dibawa sekali pulang.

Seketika keyboard ditekan laju berselang tangan laju menulis di kertas. Mukanya berkerut ketat melihat laptop dihadapan. Ini kalau ribut melanda mungkin dia tidak bergerak.

Suasana hening di dalam bilik bacaan itu berubah sejenak Puan Sri Amina tiba bersama secawan susu panas.

"Busynya anak umi" perli Puan Sri Amina. Kaki bergerak laju menuju kearah anak bujangnya.

Dengar derapan kaki Puan Sri Amina terus laptop ditutup. Berkerut wajah cantik ibundanya.

Sorok apa tu?

"Kenapa mi?" muka tertoleh kearah Puan Sri Amina yang berdiri tegak disisinya. Bibir bergerak-gerak seperti orang bersalah.

"You buat apa? Laju tutup laptop. You jangan macam-macam Hakeem Rafei" keras tuturan Puan Sri Amina melihat anak bujangnya seperti menyorokkan sesuatu daripada dia.

Mendengar nama penuh sendiri disebut semakin gelabah Hakeem dibuatnya. Kertas diatas meja berselerak cuba dikemas menutup bukti.

Tergopoh-gapah tangan mengapai setiap kertas diatas meja. Apa yang dia cuba sorokkan sangat ni?

Geram Puan Sri Amina melihat anaknya sekarang. Terus ditarik laju salah satu kertas dari peganggan Hakeem sebelum dibaca kuat.

"Date with Khalea Idea...Dinner date everyweek...Sip and Paint experience...Visit a themed exhibition" langsung berubah riak wajah Puan Sri Amina sesaat dia mula membaca apa yang tertulis.

Kertas diletak perlahan semula di tempat asal. Meja ditepuk perlahan setelah itu sambil wajah terkumat kamit menahan geli hati.

Hanya senyuman gembira dilontarkan sebelum dia keluar terinjit-injit dari bilik itu. Tahu anaknya sedang malu teruk.

Terkekeh-kekeh dia ketawa setelah tiba di tingkat bawah. Sudah dia terbayang sekiranya Khalea menjadi menantu dia. Dia suka.

ARGHHHH mukanya ditekup dengan bantal. Malunya dia. Habis semua plan dia umi sudah tahu!

Bilik tidur dituju sebelum wuduk diambil bagi menunaikan solat isyak. Sesudah semua perkara penting badan direbahkan diatas katil.

Telefon bimbit dibelek-belek terlebih dahulu sebelum contact name "cinta hati" ditekan dan telefon itu ditekap ke telinga.

Khalea akan angkatkan call dia..

Lama phone berdering tanpa jawapan. Sesekali dilihat phone sekiranya Khalea menolak panggilannya.

Hampir berkerut dahinya sebelum suara Khalea kedengaran dan reaksi wajahnya terus berubah.

Bukan Khalea nampak pun tapi Hakeem sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Assalamualaikum" salam sahaja membuatkan Hakeem tersenyum bahagia.

Kaki ditepuk-tepuk laju di atas katil menunjukkan betapa terujanya dia.

Ehem ehem. Suara dibetulkan sebelum menjawap salam.

"Waalaikumusalam" balasnya.

"Kenapa tuan?"

Hm nak bagi jawapan jujur atau cover sikit. Kalau jujur mesti lah sebab rindu nak dengar suara Khalea!

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now