UR 9

4.7K 253 16
                                    

Fokus pada rezeki dihadapan. Dua-dua tidak bercakap. Senyap. Hanya terkadang bunyi sudu dan garfu bertemu.

Yang peliknya tiada istilah kekok antara mereka. Seperti sudah lama kenal. Khalea yang duduk santai tanpa menghiraukan pangkat lelaki dihadapan dia.

Makan tenghari kali ini tiada punca. Hanya Hakeem ingin berjumpa sang pemilik hati.

Beberapa seketika meja mula dikemaskan sedikit bagi memudahkan pekerja restaurant.

"Can we talk?" tegur Hakeem mendadak.

"Hm" balas Khalea. Hati mula gelisah. Reaksi wajah dikawal sebaik mungkin.

"Firstly, I minta maaf for what i did to you yesterday. Please don't ever cry infront of me anymore. It hurts me so damn bad Khalea" nafas dihembus kasar.

"I will do my best not to ulang salah i. So, please I'm begging you to trust me" mata fokus pada Khalea suara seakan merayu.

"Yes, I gila. Betul cakap you, i gila. We only met yesterday yet I ask you to marry me" sambung Hakeem dengan suara yang sedikit berat.

"But I sincerely mean it." nafas yang dari tadi terasa beban dihembus kuat.

Khalea terkaku.

Beku buat seketika. Tiada yang pernah meminta maaf dengan dia seikhlas itu.

Dia tersentuh, dan terkejut dengan pengakuan Hakeem tentang dirinya.

Nafas ditarik dalam sebelum dia cuba untuk membalas kata dari fikirannya.

"Saya terima maaf tuan" luah Khalea. Satu perkara selesai.

"Tapi saya minta maaf, saya tidak boleh terima lamaran tuan." sambung Khalea. Sebaik-baik kata dipilih supaya tidak di salah anggap.

"Why?" hancur hati lelakinya menerima jawapan yang tiada dalam akal fikiran dia.

Hakeem boleh bagi masa jika Khalea minta untuk memikirkan tentang lamarannya. Kenapa perlu secepat ini Khalea membuat keputusan...

Ego dalam diri memuncak. Dalam fikiran hanya dapat mentafsir untuk memaksa gadis ini menjadi milik dia. No matter what.

Mata mula kabur. Baran memuncak melihat Khalea yang masih menunduk dan diam dari tadi.

Apa yang susah sangat beri jawapan sekiranya keputusan dibuat sepantas itu?

Berderau darah. Penumbuk dikepal kuat. "Sabar- sabar kau baru lepas minta maaf. Don't make the same mistake" bisik hati Hakeem cuba menenangkan diri.

Hakeem bukan seorang yang penyabar tetapi lebih kepada tegas dari semua aspect termasuk personal life dia.

Berdehem seketika. Nafas ditarik dan dihembus beberapa kali. Bincang. That's the best answer.

"Can i know why, Khalea?" suara dikawal lembut sebaik mungkin cuba memujuk hati kecil gadis dambaan dia.

Masih dalam keadaan menunduk dari tadi. Khalea takut, dia sendiri tiada jawapan untuk soalan yang diberi. Dia tidak pernah menolak orang secara berdepan seperti ini.

Hampir meletup jantung dia. Sungguh dia berdebar dengan situasi sekarang.

Sejujurnya, Hakeem memenuhi criteria dalam mencari suami. Badan tinggi lampai, tegap dan wajah kacak menjadi idaman setiap wanita.

Tipu kalau ada yang kata Hakeem itu biasa kerana dia tidak. Sekilas pandang pastu jatuh cinta dengan penampilan seorang Hakeem Rafei.

Tapi dia masih takut akan lelaki di hadapan dia sekarang.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now