UR 6

5.6K 348 10
                                    

Khalea menapak membuka jarak antara diri dia dan Hakeem. Ruang terlebih luas, sibuk mahu menghimpit orang.

Setapak Khalea bergerak. Dua tapak Hakeem mendekatinya. Mujur pintu lift terbuka tepat pada masanya.

Masuk kedalam lift terus bahagian penjuru dituju. Bersandar. Tanpa fikirkan apa. Khalea termenung.

Tersentak kuat dia apabila dia sudah berada ni dalam kepungan Hakeem sekali lagi. Lelaki ini memang kerap mengempan laju jantung dia. Tangan Hakeem mengepung badan kecil dia yang sedang bersandar persis situasi sebelum ini.

Mata Hakeem merenung tajam gadis kecil dihadapannya. Sedaya upaya menahan diri daripada menyentuh gadis itu.

"Tuan jauh sikit boleh tak? Panaslah dekat macam ni" tegur Khalea dengan tangan membuat aksi ingin menolak badan sasa lelaki dihadapannya.

Masih dalam keadaan sama. Kepala disengetkan sedikit dan Hakeem merapatkan lagi jurang antara wajahnya dan wajah bersih Khalea.

"Eh eh enough is enough. Tepi tepi" kuat dia menolak badan Hakeem ketepi. Entah kuasa dari mana muncul, tenaga kecil Khalea mampu mengerakkan tubuh tinggi Hakeem.

Mengalah dan hanya tersenyum. Hakeem suka. Semua yang dilakukan Khalea dia suka. Pelik akan perasaan sendiri. Langsung tiada rasa ragu tentang gadis ini. Hakeem cuma jatuh cinta tanpa rasa yang menghalang.

Pintu lift terbuka menandakan sudah tiba di tingkat rumah Hakeem. Terus Khalea keluar tanpa menoleh kebelakang.

Langkah laju itu dikejar perlahan oleh Hakeem. Tiga langkah Khalea bersamaan satu langkah Hakeem.

Hanya ada dua buah rumah pada tingkat itu. Pemandangan kelihatan cukup indah membuat Khalea teruja.

"Come, this is my house" ajak Hakeem. Tangannya di angkat memangil Khalea mendekati.

Pintu yang mengunakan smart lock hanya cap jari diperlukan untuk buka. Pintu terbuka kecil.

Tanpa punca Khalea bersuara. "Saya tunggu luar"

Again..

Hakeem mula benggang dengan perangai degil Khalea. Tak boleh ke sekali sahaja Khalea mengikut arahannya.

"Masuk" suara Hakeem kian membeku. Wajah juga mula beriak dingin.

"I will not. Fullstop. Tak tahu dosa pahala ke?" kasar suara Khalea melontar setiap kata. Khalea juga tahu bengang. Boss tak boss belakang cerita.

"Sweetheart please I don't want to make you cry again. Bahaya for you to stay outside alone" masih berbalas kata di depan pintu rumah. Terangkat alis Khalea mendengar pangilan manis itu.

Khalea mengeluh sesaat. Dia takut akan dua situasi yang dia bakal hadap. Berdiri seorang diluar sekurangnya lebih selamat dari berdua-dua bersama Hakeem Rafei.

"I won't touch you if you ikut apa i cakap, love" lagi terbuntang mata Khalea apabila pangilan bertukar lagi. Hati berdetak kencang. Berdebar kerana risau atau jatuh hati?

"Saya tak tahu boleh percaya tuan ataupun tidak" balas Khalea. Kepalanya sudah tertunduk menatap kasut kerja dia.

"Kalau saya ikut tuan masuk macam saya masuk ke kandang buaya" sambungnya lagi.

Hakeem tergelak mendengar tuturan Khalea. Buaya? Hakeem bukan jenis yang ada perempuan keliling pinggang tau.

"Here's your phone. If i touch you. I won't stop you to even call the police" telefon bimbit Khalea kembali semula pada tuannya. Sedikit mengukir senyuman buat Khalea.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now