UR 32

3.4K 182 9
                                    

Kaki bergerak laju kehulu kehilir. Rambut dicengkam kuat menagih masalah sekarang. Baru sahaja dia dapat berita dia sudah ditendang keluar dari pangkatnya dalam RAOLIE.

Punca seluruh kehidupan mewah keluarga Airil adalah dari kerjanya dibawah RAOLIE. Sejak Tan Sri Hamdi dan Puan Sri Amina menaikkan RAOLIE dari mula sehingga dipuncak atas sekarang, Airil dan bapanya sudah bekerja dibawah mereka.

Keluarga Hakeem juga bermula dari bawah dan semejak mereka berjaya penaka kini, adik beradik dan saudara mara turut dibawa bersama. Jadi hilang kerjanya maka hilang segala kemewahan buat dirinya.

Bagaimana dia mahu berfoya-foya campur perempuan keliling pingang dan keluar masuk club jika sumber pendapatan dia hilang begitu sahaja. Tanpa fikir panjang Airil bergerak ke Headquarters RAOLIE untuk berdepan dengan Hakeem kerana syarikat itu sepenuhnya diurus oleh lelaki itu sekarang.

---

Hampir seminggu Hakeem mula bekerja, keadaam masih sama tiada perubahan. Hakeem dan Khalea berpura pura seperti tidak kenal satu sama lain walau hakikatnya lelaki itu sudahpun menyebar akan berita kononya mereka akan berkahwin tahun hadapan.

Masih sama keadaan dipejabat malangnya layanan terhadap Khalea kian berbeza dari sebelumnya. Khalea hanya bercakap bila perlu sahaja itupun dengan Tareq dan Kak Ralita. Syukur masih ada dua orang yang setia menemani dirinya di office. Jika tidak dia sudah seakan tunggul yang bergerak untuk bekerja.

Hari-hari Kak Ralita dan Tareq beriring bersamanya untuk lunch kadang apabila Kak Ralita sibuk dia lunch seorang diri. Hakikatnya masih Khalea dengar suara yang mengatai dirinya tetapi dia langsung tidak mengendahkan kerana dia tahu dirinya bukan di tempat yang salah.

"Khalea" tegur Kak Ralita. Khalea langsung menoleh.

"Tuan nak jumpa" tuturnya lagi.

Tidak menyaut hanya mata yang membesar. Ah sudah. Selama ini, mereka bekerja seperti biasa Hakeem tidak pernah memanggil atau menegurnya dipejabat.

Tangan apai-apai menyuruh Kak Ralita mendekatinya lagi.

"Tuan nak apa kak?" Khalea berbisik perlahan.

"Eh mana lah akak tahu" tersunging senyuman, kaki bergerak kembali ke bilik. Khalea masih terkial kial disitu.

Jadi dia perlu pergi ataupun tidak. Nafas ditarik dalam, badan bangun langsung berjalan ke bilik Director. Pandangan orang membuatkan Khalea meneguk salivanya.

Pintu diketuk dua kali, Hakeem menyaut sekilas tombol dipusing dan dia masuk ke dalam bilik. Bilik Hakeem tertutup hanya ada satu cermin namun cermin itu juga sering ditutup mengunakan bidai.

Mata membesar bersama kaki masih menapak satu persatu ke arah meja lelaki itu. Hakeem seperti biasa tidak lepas dari sengihan apabila melihat cinta hati yang sudah jadi miliknya.

"Kenapa tuan?" tanya Khalea formal. Tutur kata dan sikap masih dijaga. Dia di syarikat ini untuk bekerja bukan bercinta walaupun tersangkut jaring bossnya sendiri.

"Sayang saya dah makan?" soal Hakeem lembut. Lelaki ini langsung tidak kisah. Biarlah semua orang tahu hubungannya dengan Khalea dia lebih suka.

"Tuan.." suara lelah itu mula memangil.

"I know sayang i know" balas Hakeem laju. Badan mula bangun dari kerusi dan mendekati Khalea.

"Tapi saya nak lunch dengan sayang saya je hmm" alahai hati Khalea melembut mendengar butiran kata Hakeem. Dia terkaku.

Punggung disandar pada meja, tangan disandar pada meja menahan badan sendiri. Mata menatap Khalea yang berdiri tepat dihadapanya namun mata gadis itu masih pada kerusi miliknya.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now