UR 48

3.2K 199 22
                                    

Nafas digapai sedalam mungkin setelah doktor mula memulakan kata. Air mata mula bertakung menahan rasa. Perasaan apakah ini? Kenapa dia diganggu perasaan gusar dan sakit.

"...half of his body. Anak puan lumpuh" berderai seluruh badan Puan Sri Amina jatuh menyembah lantai.

"U-mi...umii" tangan menepuk-nepuk pipi umi dia yang sudah rebah. Tan Sri Hamdi tidak bereaksi, dia terlalu terkejut dengan apa yang doktor baru jelaskan. Tan Sri Hamdi duduk selaras dinding menidakkan keadaan.

Tengku Nadim dan beberapa orang nurse mula memapah Puan Sri Amina ke ward untuk dirawat.

"Anak saya lumpuh selamanya ke doktor?" tegas suara Tan Sri Hamdi mencari harapan untuk anak lelaki dia kembali pulih.

"Kami masih tidak boleh sahkan perkara ini. Semuanya bergantung pada kekuataan pesakit. Jika dia kuat mungkin cepat proses penyembuhan"

"Terima kasih, doktor" ucap Megat Zimr apabila doktor mula ingin beredar.

"Papa nak tengok umi...jaga anak papa" Megat Zimr hanya mengangguk perlahan. Tengku Fai masih berdiri dihadapan bilik operation menunggu Hakeem diubah ke ward biasa.

"Sejak Fei jumpa perempuan tu macam-macam dia perlu hadap" tiba-tiba Tengku Fai berbicara. Megat Zimr mengangkat kening tertanya apakah maksud disebalik kata Tengku Fai.

"Even when his life menjadi gadaian" sambung Tengku Fai lagi.

"I just hope they never meet" terkaku wajah Megat Zimr mendengar kata akhir Tengku Fai yang bagi dia tidak seakan tidak waras.

"Kau pernah tengok fei sebahagia sekarang?"

"Sekarang?! Dia terlentang dalam tu macam mayat hidup dan might can never walk again! Kau kata dia bahagia? Bullshit all the happiness!" bentak Tengku Fai lantang. Nurse mula menoleh kearah mereka yang kelihatan seperti akan berlaku pergaduhan.

"Kau tak nampak effort dia untuk miliki Khalea? Kau tak rasa dia buat semua tu sebab dia cintakan Khalea? You can says all those things just because love betrayed you. Tapi tak semua perempuan sama.." kolar baju Megat Zimr diceruk kuat.

Dada naik turun menahan sabar. Dia tidak mahu ingat kembali kisah silam yang hampir membuatkan dia kehilangan nyawa sendiri.

Mata merenung satu sama lain lama. Megat Zimr langsung tidak takut pada pandangan mata helang Tengku Fai. Silap dia juga kerana mengingatkan kisah malang lelaki ini.

Tangan melepaskan badan Megat Zimr lantas dia bergerak pergi.

---

Mata terkebil-kebil cuba dibuka. Hati dan badan dia sama, terasa berat. Pandangan yang kabur dipenuhi beberapa orang yang berdiri disisi dia. Dia dimana sekarang.

"DOKTORR...DOKTOR" suara jeritan kembalikan dia pada dunia yang nyata. Khalea gagahkan diri membuka mata sepenuhnya.

Masih mamai tapi Khalea yakin dia di hospital sekarang. Melihat segara wayar dipasang pada lengan sendiri. Dan doktor yang baru sahaja masuk dan mula membuat pemeriksaan keatas diri dia.

"She's fine" suara itu jelas Khalea dengar.

"Kakak" langsung tersedar habis Khalea dengar nama panggilan yang hanya ibu bapa dia yang panggil.

"Anak ayah okay tak? Ada sakit mana-mana?" soal ayah Khalea. Dato Khalef. Dengar sahaja berita dari Aileen tentang Khalea, langsung dia dan Datin Dalea bergerak ke hospital yang diberitahu Aileen.

Khalea dan dua adik dia dibesarkan dalam keadaan kampung kerana kedua ibu bapa mereka lebih selesa hidup berserdehana. Kerna itu, Khalea tidak pernah fikir dia anak orang kaya atau semahunya. Ibu bapa dia juga hanya memberi apa yang perlu selebihnya dia perlu berusaha sendiri.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now