UR 46

3.3K 208 23
                                    

Sah. Lokasi sebenar Khalea dapat Megat Zimr akses. Tengku Fai bersandar pada kereta Hakeem bersama mata yang melilau sekeliling. Selesai tugas dia dengan laptop kesayangan, kepala dijenguk keluar dari dalam kereta.

"Kau yakin biar dia masuk sorang?" soal Megat Zimr pada Tengku Fai yang sedang tenang merenung langit tanpa bintang.

"Hundred percent" bibir terjungkil sinis.

Nasib baik sesudah majlis tadi Hakeem langsung menukar baju kepada jaket tebal kerana suasana yang terlalu dingin didalam dewan. Membantu juga dalam menjalankan misi ini daripada dia berpakaian baju melayu.

Dia pejam mata sebelum menghembuskan nafas kuat. Hakeem menolak pintu rumah teres itu secara perlahan tidak mahu menimbulkan sebarang bunyi yang boleh menyedarkan pihak sana. Kosong.

Tidak fikir lain, tangga dia naik satu persatu. Tangga kayu yang sudah usang. Dari luar sudah dia perasan ada bilik yang bersinar lampu dari dalam.

Badan turut membongkok sekalian kaki ikut melangkah. Dia meletakkan diri diposisi musuh, otak duk fikir apa yang penculik akan buat pada waktu begini. Dia yakin lelaki misteri itu tahu kedatangan dia sekarang.

Tepat dihadapan pintu kaki berhenti meneruskan langkah. Mata dipejam rapat, nafas ditarik mata mengecil merenung pintu yang masih tertutup rapat. Hakeem tersenyum sinis.

Prakk

Pintu ditendang kuat terus dia melirik kearah belakang pintu. Pistol diangkat. Tepat. Seperti jangkaan target berada disitu.

"Fuck" hembus Hakeem terkedu melihat gerangan yang juga menujukan pistol kearah dia.

"Tareq?" peralahan suara dia meneliti wajah yang baru menerpa pada kornea mata dia.

"Ye aku. Why? Amazed?" Tareq menyoal persis psiko.

Tareq turunkan pistol dan dicampak keatas lantai. Dia ukir senyum. "Lets fight like a man. Shall we, Tuan?".

Hakeem angkat pistol dan dia alih ke bahagian tingkap didalam bilik itu lantas satu tembakan Hakeem lepaskan. Tangan diangkat lalu pistol ditangan dia campak keluar tingkap yang baru sahaja dibocorkan.

"Oh hes done" suara Tengku Fai pecah.

"Siapa?" soalan Megat Zimr tidak dibalas.

"Hm" Hakeem gelak sinis. Kepala sedikit menunduk, dia senggetkan lalu kelopak mata dia buka untuk memberi laluan pada anak mata untuk terus merenung Tareq yang turut tidak lepas memerhatikan gerak langkah dia. Hakeem melangkah mendekati Tareq yang berbeza ketinggian dari dia.

BUK

Belum sempat dia tiba dihadapan lelaki itu, satu penumbuk sudah melekat dipipi Hakeem. Rahang meregangkan diri, Hakeem ketap gigi. Lidah bermain sekitar kawasan yang baru sahaja disentuh.

BUK

Hakeem balas. Tidak sempat Tareq mahu berasa nikmat sakit.

BUK

Sekali lagi pipi dia merasa tumbukan keras Hakeem. Tareq jatuh tersungkur dan menahan tangan dari terus terbaring diatas lantai.

BUK BUK BUK

Satu demi satu tumbukan nafsu iblis Hakeem lepaskan disemua bahagian badan lelaki itu. Sampai satu tahap ada terdengar bunyi rangka Tareq patah dek kerana serangan yang tiada henti.

Melihat seluruh badan Tareq kian longlai. Kaki Hakeem laju menapak kearah satu cermin lama yang sudahpun pecah tinggal beberapa kepingan yang masih utuh melekat pada sang kayu.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now