UR 49

2.9K 207 23
                                    




Derapan bertemu usikan dedaun pintu, Khalea menoleh arah tepat menikam wanita yang baru sahaja melangkah masuk kedalam ward yang dia diami.

"U-umi" tegur Khalea menguatkan badan untuk duduk.

"Khalea" lembut suara Puan Sri Amina membalas kata. Jemari Khalea dicapai lantas dia usap- usap penuh kasih.

"Kenapa umi menangis?" soal Khalea apabila mata memerah Puan Sri Amina menjadi santapan.

"Khalea okay sayang? Ada sakit mana-mana?" Puan Sri Amina mengusap kepala Khalea yang terbentang tanpa seurat benang. Dia mencantas soalan Khalea dengan soalan.

"Khalea okay umi...Hakeem macam mana? Hakeem okaykan umi?" soalan demi soalan menerpa gegendang telinga Puan Sri Amina. Dia tahu jawapan yang ada pada dia akan menghancurkan hati gadis ini.

Adakah Khalea masih akan terima anak lelaki dia sekiranya gadis ini tahu tentang kekurangan yang dimiliki Hakeem kini.

"Fei okay sayang" berjurai air mata Khalea sesaat mendengar keadaan Hakeem dari Puan Sri Amina. Dia bersyukur kerana lelaki itu masih dipanjangkan umur. Dan mereka masih boleh berbahagia bersama.

"Khalea nak jumpa Hakeem umi" dia cuba jatuhkan kaki dari katil untuk berjalan mencari bilik yang menempatkan separuh jiwanya.

"Khalea sabar ya sayang. Nanti umi bawa Khalea jumpa Hakeem. Khalea kena sihat dulu" rambut Khalea dibelai lembut. Hati menahan rasa.

"Khalea nak jumpa Hakeem sekarang umi!" bentak Khalea kuat sekali lagi cuba untuk berdiri walaupun badan sendiri tidak mampu menampung keinginan diri.

"Khalea" tegur Dato Khalef hanya untuk Khalea dengar.

"Kakak nak jumpa Hakeem ayah...tolonglah" sudah berjurai tangisan Khalea seperti anak kecil mahukan ibunya. Hancur hati Puan Sri Amina memandang gengaman Khalea pada jemari dia.

"To-long umi...Khalea...nak..nak jum..pa Hakeem" tangan Puan Sri Amina di goncang beberapa kali. Dia sudah di tahap merayu.

"UMMMMI!" badan Puan Sri Amina pula diasak memaksa untuk wanita itu membawa dia keluar dari bilik itu.

"Umi..." hampir hilang nafas gadis itu mengeluarkan tangisan.

"Tolonglah umi" dia menunduk mencium tangan Puan Sri Amina berkali-kali. Habis basah tangan wanita itu dek kerana tangisan Khalea yang tidak mahu berhenti.

"Kakak" tegur Puan Dalea. Dia memeluk anak gadisnya dari belakang. Badan Khalea dia usap lama.

"Tarik nafas sayang" pinta Puan Sri Amina melihat gadis itu seakan tercungap-cungap mencari nafas. Dada gadis itu dibelai lembut.

"Ba...bawa...Khale..a....jumpa...hakeem" habis sahaja ayat Khalea. Puan Sri Amina langsung memeluk gadis itu kuat. Dia tak sanggup melihat gadis kecil ini kesakitan. Namun dia juga tak mahu kecewakan perasaan Khalea dengan keadaan Hakeem yang sebenar.

"Iskk..iskk...khalea..nak...hakeem..." hidung mula tersumbat teruk akibat dari air mata yang meluncur laju seperti air terjun.

"Baik...sayang..ki..kita jumpa Hakeem ya" pujuk Puan Sri Amina sebelum dia mengangkat wajah memandang Khalea yang juga merenung dia.

"Jom" kaki memijak lantai. Tangan laju menarik jemari Puan Sri Amina untuk keluar.

"Ye jom jom" sudah seperti anak kecil mengajak ibunya untuk ke taman permainan. Dia capai tudung sarung lantas dipakaikan buat Khalea.

Puan Sri Amina dan Datin Dalea hanya membalas senyuman.

Pintu dikuak perlahan. Muncul wajah Aaez dan Tengku Fai di sofa. Wajah Tengku Fai yang beku membuatkan Khalea meneguk liur. Aaez hanya tersenyum hambar.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now