UR 51

3K 237 28
                                    

Sepanjang beberapa bulan menginap di Quebec, Hakeem menjalankan aktiviti persis sesaat zaman belajarnya dahulu cuma tidaklah dia masuk ke universiti kembali.

Hari yang dilalui Hakeem sama dimana dia perlu menghadap machine dan kesesakan hospital. Namun, dengan adanya Puan Sri Amina disisi Hakeem bangkit dengan pantas.

Hakeem sudah tidak lagi mengunakan kerusi roda dan hanya berharap pada underarm cane. Walaupun persoalan yang tidak jelas tentang bagaimana kemalangan boleh berlaku, Hakeem langsung tidak mengeluh sepanjang proses pembedahan dan pemulihan.

Hampir empat bulan Puan Sri Amina dan Hakeem menetap di negara orang, Tan Sri Hamdi dan Aaez juga kerap datang melawat untuk beberapa bulan sekali. Khalea hanya mendapat maklumat dan update dari Puan Sri Amina yan tidak pernah putus bercerita tentang Hakeem.

Sungguh Khalea rindu pada lelaki bernama Hakeem Rafei, kadang saat dia dan Puan Sri Amina video call suara Hakeem dari jauh menjatuhkan air mata yang kian ditahan.

"Mi..." Hakeem tegur Puan Sri Amina yang leka termenung memandang suasana dicafe. Dedaun yang mulai turun menenangkan hati wanita itu. Setiap petang mereka akan keluar untuk membantu lagi dalam mempercepatkan proses berjalan Hakeem.

"Ye, sayang" dia langsung menoleh bersama usapan dipipi lelaki itu. Pandangan agak sayu, dia rindu anak dia yang dahulu. Lama Puan Sri Amina merenung dan tersadai didalam keredupan hancurnya hati.

"Sampai bila kita dekat sini?"

"A few months more"

"Kenapa? anak umi ada rindukan sesiapa kat Malaysia?" soal Puan Sri Amina kian gembira.

"Fei tak sedap hati umi...kalau fei tanya umi jangan gelak" kening sedikit terangkat mencari kepastian.

"Takkanlah umi nak gelakkan fei kalau fei tak buat lawak...cerita pada umi apa yang ganggu fikiran anak umi" tangan Hakeem dicapai dan dia usap bersahaja.

"Boleh fei tahu siapa sebenarnya perempuan yang ada masa fei sedar dan datang masa kita berangkat ke sini" Puan Sri Amina terkaku melihat anaknya yang sudah berubah kelam.

"Kenapa dengan dia?" soal Puan Sri Amina berbalik.

"fei tahu umi selalu video call dengan dia...fei tahu umi selalu tenangkan dia tentang keadaan fei. Siapa dia umi?"

"Fei dah ingat?" masih soalan dibalas soalan. Hakeem mengeluh.

"Tak...tapi fei yakin dia yang muncul dalam mimpi fei" suara Hakeem kian lemah. Dia mula menahan rasa.

"Fei mimpi apa sayang?" dahi timbul kerutan.

"Beritahu fei dia siapa? Dia punca fei kemalangan? Siapa dia dalam hidup fei umi?! Dia isteri fei ke umi?" hati Hakeem bagai dirobek apabila teringat saat dia buka mata dan wajah cantik gadis itu bak menyinar seluruh bilik. Tapi mindanya menolak kenyataan.

"She's someone important in your life and my life. She's the happiness you been looking for all this while. She is your future" Hakeem terkaku mendengar bicara Puan Sri Amina.

"Kita balik and i will tell you everything" Puan Sri Amina bangun dan memapah Hakeem berjalan ke hotel mereka.

Setiba di hotel, satu persatu kisah gadis itu menceroboh kedalam hati Hakeem, Puan Sri Amina buka. Sehingga tiba ke pengkalan dimana mereka berdua terpisah angkara kemalangan yang hampir meragut nyawa anak dia.

Mendengar kata-kata Puan Sri Amina tadi membuatkan Hakeem berfikir lama. Kepala mula berpusing di diganggu ingatan lama yang mula merasuki minda.

"ARGHH" dahi dia sentuh. Kepala dia sungguh berat seakan ada batu yang menimpa.

Puan Sri Amina yang melihat Hakeem yang terhuyung hayang bersama tongkat untuk ke bilik air dia sambut.

"Fei kenapa sayang? Nak pergi mana?"

"Fei nak pergi toilet...its okay, umi. Jangan risau" tangan Puan Sri Amina yang tersangkut pada pergelangan dia, Hakeem tolak perlahan.

Puan Sri Amina mengeluh sejenak. "Ini sebab umi tak nak cerita, umi taknak fei sakit sayang" mata menghantar Hakeem pergi.

Hakeem menekur memandang cermin, wajah dia kaji lama. Tanpa sedar air mata mengalir. Diri sendiri tersentak melihat air mata yang jatuh menerpa kulit. Fikiran dia kosong namun kenapa hati seakan dirobek.

Perasaan apa ini, Hakeem kelu.

Kenapa wajah gadis itu berlari difikiran dia. Sejak awal, gadis itu sudah menetap di kotak minda tetapi Hakeem kerap menghalau. Dia tersiksa dek kerana tiada ingatan yang tersisa buat gadis itu. Permainan minda menguris hati sendiri. Dia rindu seseorang tapi siapa? Dia rindukan siapa? Hakeem tiada jawapan.

Jemari naik menghilangkan bekas air mata. Hakeem duduk berteleku lama. Mata ditutup rapat cuba membuka minda sendiri untuk kembalikan ingatan yang lama. Air mata tidak putus dari jatuh melayari hati yang tiada asal usul.

Terkadang Hakeem mengerang peritnya rasa seperti kepalanya dipukul tanpa henti.

TOK TOK TOK

Bunyi ketukan pintu menoleh wajah Hakeem bersama pandangan yang kabur. Dia cuba untuk bangun walaupun badan tidak membenarkan. Mata hampir hilang warna daripada kesakitan yang menghasut.

Begitu sahaja, Hakeem sudah terbaring menghentam lantai.

Bunyi hentakan yang kuat menerjah badan Puan Sri Amina, tahu anaknya pasti dalam bahaya. Dia keluar untuk cari bantuan. Pintu dipecahkan dari luar untuk keluarkan Hakeem dan dibawa ke hospital berdekatan.

Suara roda berputar kuat menolak katil kedalam bilik kecemasan. Pendarahan kecil mengusarkan hati Puan Sri Amina. Langsung dia capai telefon dan mendail number Tan Sri Hamdi untuk terus berlepas ke negara ini.

Hampir setengah jam Puan Sri Amina berteleku didepan bilik kecemasan menunggu update tentang keadaan Hakeem. Bibir tidak lepas dari berzikir.

Tidak habis Hakeem kerap dimasukkan ke hospital, Puan Sri Amina jadi hampa dengan diri sendiri kerana tidak dapat menjaga anak sendiri dengan baik.

"How's my son?" terketar-ketar suara bertanya pada doctor yang baru menhempas pintu bilik kecemasan.

"He's fine" terbuntang mata Puan Sri Amina melihat doktor itu terus bergerak pergi. Mungkin ada kecemasan lain. Dia hanya bersyukur anak dia masih selamat.

Kaki mengikut langkah jururawat yang menolak katil Hakeem ke bilik Vip. Mulut juga tidak berhenti mengucap syukur sambil mata merenung wajah Hakeem yang masih tidak sedar.

Sepanjang hari Puan Sri Amina menemani Hakeem yang masih merehatkan diri. Walaupun lelaki itu masih tidak sedarkan diri, keadaan anaknya stabil. Dia hanya menunggu dan terus menunggu.

Hampir magrib, Puan Sri Amina terjaga dari tidur. Langsung dia ambil wuduk dan menunaikan solat magrib. Setelah selesai berdoa dan membaca surah dari Al-Quran, dia berdiri untuk mengambil air di sisi katil Hakeem dek kerana tekak terasa kering.

Badan berhenti berfungsi tidak menghadam apa yang sedang dia lihat. Hakeem sedar dan tersenyum pada dia.

"Umi" Hakeem tersenyum gembira.

"Ye ye sayang" rambut Hakeem dibelai halus.

"Jom balik Malaysia...fei rindu" sengihan Hakeem memberi tanda pada Puan Sri Amina.

"Rindu siapa?" masih ragu-ragu Puan Sri Amina bertanya.

"Cinta hati fei" menitis air mata Puan Sri Amina mendengar kata Hakeem. Hanya bakal menantu dia, Khalea yang dipanggil sebegitu rupa.



12 November 2023

I feel bad for the late update
I will pub one more tomoro.

To be continue...

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now