UR 29

3.6K 205 11
                                    

Malam, jam didinding menunjukkan sudah pukul 11 malam tetapi suasana di rumah agam itu masih segar dan riuh. Mungkin kerana kemudian hari adalah majlis jadi semua sedang sibuk membuat kemasan terakhir.

Khalea menuruni tangga untuk menjenguk dibahagian ruang tamu. Hanya beberapa orang sepupu Hakeem sedang berborak sesama sendiri. Namun tidak pula dia lihat kelibat Hakeem mahupun adiknya Daniel.

Baru sahaja dia hendak beredar ke dapur kaki dia terhenti mendengar inti dari perbualan dari ruang tamu.

"Her body look nice" lontar salah seorang antara sepupu lelaki yang ada disitu. Mata tertumpu pada gambar di telefon.

"Money man, give some and you can have her"

"Biasa je aku tengok" cantas Afrin.

"I'm sure Hakeem must be paying her too"

Khalea tersentak dari kata mereka, maksudnya dirinya lah yang sedang mereka bualkan. Tanpa aba dia langsung bergerak ke arah dapur. Dia langsung tidak ingin dengar apa sahaja fitnah yang mungkin mereka katakan. Dia sudah lelah.

Sedang dia berjalan di dalam rumah sebesar taman itu, ruang mata langsung tidak fokus akan perkara dihadapan.

DUSHHH

"Aduh" adu Khalea apabila dahinya terhantuk dengan benda keras tetapi masih ada rasa kelembutan.

"Sweetheart" tegur Hakeem.

"Cari apa?" soal Hakeem lagi sesaat mata Khalea mula memandangnya. Dia tersenyum manis.

"Sayang saya dah sihat?" Terjungkit kening Hakeem bertanya soalan.

Tidak diendahkan soalan Hakeem, Khalea menonong kearah dapur yang riuh rendah suaranya. Diekori badan kecil Khalea tanpa kata. Bibir tidak putus melepaskan senyuman.

"Khalea" tegur Puan Sri Amina sesaat gadis itu melangkah ke dapur.

"Ada apa-apa Khalea boleh tolong?" Tangan mencapai pisau diatas meja lantas badan didudukkan sebelah Nek Ra yang sedang mengupas bawang.

Melihat Khalea semakin selesa menyuaikan diri Hakeem beredar untuk sambung kerja yang banyak tergendala.

"Nanti suruh Hakeem hantar Khalea balik boleh umi?" Tanya Khalea bilamana bahunya terasa berat dari pelukan Puan Sri Amina.

"Eh tidur sini sajalah" jawap Puan Sri Amina.

"Haah Nek pun setuju dengan umi kamu. Tidur sini sajalah" sambung Nek Ra bersama tangan masih tidak lepas dari mengupas bawang.

"Tak boleh umi, nanti risau ibu dengan abah" sahut Khalea lembut.

"Meh umi call ibu nak?" Tercengang Khalea dibuatnya. Sah Hakeem dan Umi adalah orang yang sama hanya berbeza jantina.

Khalea tidak sempat membalas phone sudah beralih tangan. "Call ibu nanti umi cakapkan" nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan. Dia menoleh memandang kearah Nek Ra lamun hanya jungkitan manis dibibir yang dia terima.

Number didail lantas telefon dilekapkan ditelinga. Cuma lima saat dan terus suara Puan Dalea di atas talian.

"Assalamualaikum ibu, kakak ni...em ada orang  nak cakap dengan ibu" langsung terus straight to the point Khalea sampaikan.

"Siapa?" tegas balasan Puan Dalea. Telefon bimbit itu dihantar pada Puan Sri Amina yang duduk elok disebelahnya.

"Assalamualaikum Puan..Ini ibu kepada Khalea ye?" tanya Puan Sri Amina membuka ayat.

"Ye saya..boleh saya tahu siapa bercakap?" Soal Puan Dalea.

Puan Sri Amina bangun dari kerusi cepat sahaja kaki bergerak keluar dari dapur.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now