UR 31

3.6K 199 13
                                    

Telekung disarung pada badan jam sudah hampir masuk waktu isyak. Selepas makan malam bersama keluarga Hakeem tadi membuka mata dan mindanya tentang jalan hubungannya bersama Hakeem.

Azan berkumandang, selesai sahaja lantas Khalea memulakan solat isyak dengan hati yang kian tenang. Tidak lama setelah itu, kaki diubah lebih selesa untuk berdoa. Tanpa dia sedar hati bagai sebak dengan situasi dirinya sekarang.

Khalea mula tertanya-tanya siapa dirinya sekarang. Apakah ini yang bentak hatinya mahukan. Akankah fikiran membantu memahami sisi hati yang meraung mahukan sang lelaki.

Tubir mata meleleh, Khalea termenung panjang. Mampukah dia melawan segala rasa yang mungkin dia hadapi kelak. Doa dipinta Tuhan menunjuk hala tuju sebaiknya.

Sedang dia mengelamun masa bergerak laju.

TOK TOK TOK

Tersentak dari ketukan pintu, Khalea menoleh perlahan. Kaki bangun dari sejadah lalu berjalan kearah pintu. Tombol pintu dia tarik lembut menyerlakan wajah kacak Hakeem dibalik papan itu.

"Let's talk?" ajak Hakeem. Khalea hanya mengangguk. Sebenarnya sudah berapa kali lelaki itu ingin berbincang dengannya mengenai keadaan sekarang malangnya masa menghalang.

Pintu ditutup kembali, telekung dicabut dan tudung sarung diambil lalu disarung mudah dikepala. Dia keluar Hakeem masih tercegat dipintu.

"Kat luar? Boleh?" tanya Hakeem lagi meminta kepastian. Risau Khalea tidak biasa berjemur tengah malam diluar.

"Habis tu takkan dalam bilik Tuan pula" balas Khalea laju. Mata dikerling memandang Hakeem yang tersenyum.

"Dalam bilik pun boleh hehe" dia gelak risau. Mahu bergurau tapi Hakeem takut dengan gadis pendek dihadapanya ini. Risau merajuk Hakeem yang sedih nanti.

Berjalan berdua kepintu keluar sahaja sidah membuat Hakeem tersenyum lebar. Ah bahagia.

"Jangan lama-lama tak elok" tegur Tan Sri Hamdi yang sedang menonton televison di ruang tengah rumah. Hakeem hanya mengangkat tabik hormat dan Khalea tersenyum sopan.

Khalea berhenti ditepi kolam, dia duduk selamba kaki dijatuhkan didalam air malam. Jejari bermain dengan air yang kelihatan sungguh menenangkan.

Hakeem tanpa soal turut duduk dan seluar dilipat sedikir sebelum memasukkan kakinya kedalam air. Kedua mereka merenung langit tanpa bintang yang tetap menyinarkan sipi sipi cahaya bulan.

"Sayang okay?" tanya Hakeem perlahan. Kepala ditoleh memandang Khalea yang masih mendongak kearah langit.

Khalea mengerakkan kepala atas bawah beberapa kali menandakan dia baik sahaja waktu itu. Ya Khalea jujur dia gembira sekarang berada disisi lelaki yang dia cintai.

"You are not fine my love. Tell me everything hm?" Sambung Hakeem lagi.

"I know everything that happen in the office. Saya tahu sayang saya tak okay" kata Hakeem membuat Khalea menoleh memandangnya.

"Tuan tahu?" Soal Khalea.

"I know, sweetheart" jawap Hakeem

"Pastu tanya lagi buat apa" balas Khalea pantas.

Tergelak Hakeem mendengar jawapan Khalea. Dia baru mahu acah acah hero pada pandangan Khalea.

"Saya taknak ingat tentang perkara tu lagi" sambung Khalea. Suara berubah sebak.

"Alright then let's talk about something happy" Hakeem memberi cadangan.

"Apa yang happy?" Soal Khalea ragu.

"About us" suara keras Hakeem berkata.

Khalea menoleh dan merenung anak mata Hakeem lama. Dia lemas. Lemas dalam lautan cinta Hakeem Rafei.

"What about us?" Tanya Khalea. Kaki dikeluarkan dari kolam lalu dia duduk dalam keadaan bersila memandang Hakeem. Hakeem juga merubah posisi persis Khalea. Sekarang mereka duduk berdepan bersama lutut melanggar sesama sendiri.

"You know how much i want you" Hakeem terus terang. Ya dari awal hanya itu yang Hakeem mahukan. Khalea untuk menjadi miliknya.

Khalea tersenyum kuat mendengar kata Hakeem. Hatinya mencair. "Sebab?" Tanya Khalea memberi soalan sukar buat Hakeem.

"Sayang, there's no why to fall in love with anyone. Yess i do fall for this cute and beautidul face but after a while I begin to wonder why I keep falling harder." Hakeem membuka kata. Jejari memutar dihadapan wajah Khalea menerangkan katanya

"You sihir saya ke sayanggg??" soal Hakeem mengerutkan dahinya. Mata dikecilkan merenung Khalea.

"Takde makna saya nak sihir Tuan baik saya sihir abang tesla tu biar bijak sikit fikirannya" jawap Khalea melulu.

"And thats why....your personality amazed me sayang. Saya suka mulut yang main lepas je even dengan saya" sambung Hakeem.

"Tahu tak semua benda sayang buat tu comell??!" laju Khalea menunduk malu.

"Look. Hey! Sayang saya" panggil Hakeem mencari perhatian Khalea kembali.

Khalea sudah macam orang tak betul tahu sekarang. Hakeem sudah merebus hatinya mencair.

"Setiap kali saya tatap mata sayang...saya nak sayang tahu saya sudah jatuh cinta mati pada sayang. You really are my forever, and I promise to cherish and adore you all my life" Hakeem mula menutur kata.

"I'm giving you my heart for you to keep and care. My whole life is all on you now, sweetheart. I can't keep falling alone dan saya taknak jatuh cinta pada gadis lain selain sayang. If you decide to keep this heart of mine....then i will be luckiest person in the world" Hakeem membeli jiwa Khalea semampu dirinya

"Will you? make me the luckiest?" Hakeem menunduk sedikit menyamakan paras kepala mereka.

Mata Khalea bergerak gerak memikir dia terharu dan dia juga mahu. Tanpa dia sedar kepala sudahpun mengangguk memberi jawapan kepada soalan lelaki itu sebentar tadi.

"Serious?! Serious ni sayang??? Betul ni?" Hakeem bangun dan mundar mandir di tepian kolam. Hampir jatuh dia dibuatnya. Kelakuan Hakeem menimbulkan senyuman dia wajah Khalea. Lelaki itu tertawa gembira membuatkan senyumannya melebar. Dia juga bahagia. Akhirnya dia dan Hakeem Rafei..a couple?? Can you believe this.

Hakeem kembali duduk dihadapan Khalea bersama bibir yang masih tersenyum tinggi. "Thank you sayang you are the best thing that has ever happen to me" sungguh excited setiap butir kata Hakeem keluar.

"And about the office thing" tiba-tiba Hakeem berubah serius. Dia tidak mahu perkara yang berlaku di pejabat menjadi punca hubungan dia dan Khalea yang baru terjalin ini rosak.

"I know it will be hard for you to face it all...but I am here. I will be wherever you are whether you need me or not. You are my life now" lagi panjang Hakeem bercakap lagi bersunguh Khalea mendengar.

"You are mine and i am yours..we are in this together and your happiness is my priority"

"Macam kata - kata abang Bruno Mars...i would throw a grenade for you because i really would" Hakeem henti kata terakhir menghilang senyuman dibibir.

Nafas ditarik dalam dan dia hembus sedikit demi sedikit. Hatinya tenang mendengar kata-kata Hakeem. Mungkin salah dirinya juga kerana tidak pernah memcuba.

Lets give the heart a slight of happiness they deserve!

_____________________________________________

18 September 2023

Rasa nak habiskan story ni cepat-cepatt

To be Continue...

Ur The Dream | cWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu