UR 23

3.5K 190 4
                                    

Padan hari Khalea kerap melawat Hakeem dihospital. Badan makin pulih malangnya masih disekat doktor untuk setia menetap dihospital.

Mungkin kerana sibuk di pejabat dan agak penat dengan kerja, sudah hampir tiga hari gadis itu tidak datang melawat. Jika Hakeem hubungi pula banyak alasan yang diberikan. Positif mungkin benar hanya penat menghalang.

Pintu bilik terbuka luas terbentang wajah cantik Khalea menusuk lensa mata Hakeem. Tetapi wajah itu seakan sembam baru melepaskan tangisan panjang.

Di belakang turut ada Tengku Nadim dan Megat Zimr mengiringi langkah Khalea kearah Hakeem yang berdiri di jendela.

Melihat wajah Khalea yang sembab langsung berubah dingin wajah Hakeem memandang kedua makhluk yang pergi membawa Khalea kemari.

"Korang buat apa kat bini aku ni" tegas suara Hakeem berkata. Terjungkit kening Khalea mendengar perkataan bini.

"Sejak bila pula kau kahwin. Sampai hati tak ajak kami"  Tengku Nadim berbicara

"Eh tapi bukan kau baru hidup semula ke? Haritu terlentang atas katil macam mayat hidup" sambung Megat Zimr

"Keluar" satu sahaja perkataan keluar dari mulut Tengku Fai mereka berdua terus menurut. Faham Hakeem mahu masa bersama cinta hati.

Setelah ketiga orang itu hilang dari pandangan mata Khalea terus menjadi tumpuan.

"Dua ekor tu buat apa dekat sayang saya ni" kepala Khalea yang berlapis disentuh sesaat.

Digerakkan pantas kepalanya menyatakan dia tidak suka perbuatan Hakeem sebentar tadi lalu dia bergerak ke arah sofa. Tangan melibas pantas membuang habuk.

"Saya ingat saya kena culik tadi" meleleh kembali air mata Khalea yang tadi sudah berhenti. Benar dia takut apabila teringat kejadian sebentar tadi.

"Bawak Khalea datang sini" sampuk Hakeem tiba-tiba mematikan perbincangan Tengku Fai, Tengku Nadim dan Megat Zimr. Serentak mereka menoleh kearah yang berkata.

"Baik boss" ditabik hormat lelaki itu lantas tangan Tengku Nadim ditarik keluar dari ward tersebut meninggalkan Hakeem dan Tengku Fai.

"Kau kenal ke yang mana buah hati dia tu?" Soal Tengku Nadim.

"Tahu. Kalau bukan sebab aku ni kawan yang baik, Khalea tu aku dah kebas" celoteh Megat Zimr.

"Habis tu rancangan kau macam mana nak bawa dia?" Tengku Nadim dibahagian pessanger kereta hanya duduk diam dan biarkan Megat Zimr yang berfikir. Dia langsung tidak kenal akan Khalea Nur.

Setiba di bangunan Raolie pada waktu rehat. Seingat Megat Zimr Khalea akan pulang dari keluar makan waktu seperti ini.

"Tu...tu" tangan panjang menujuk gadis yang memakai shawl cream bersama kemeja putih sedang masuk kedalam bangunan itu seorang diri.

"Okay plan dia nanti aku tarik dia masuk lift, stop dekat tingkat vip kau tunggu dalam kereta. Aku sampai terus pecut" terang Megat Zimr

"Faham?" Tangan dihulurkan.

"Faham" bibir terjungkit excited mahu menjalankan misi ini.

Megat Zimr terus turun untuk mengejar langkah Khalea dan Tengku Nadim meneruskan permanduan ke parking vip dimana mereka akan bertemu.

Mereka berdua masuk didalam lift serentak dan untung buat Megat Zimr kerana hanya mereka dalam lift tersebut waktu itu.

Ur The Dream | cDove le storie prendono vita. Scoprilo ora