♚ 2 ♚

12.4K 667 7
                                    

2 Tahun Lalu...

Waktu kuliahku sudah tamat. Rakan-rakan sekuliahku mula mengundurkan diri menuju ke kuliah mereka yang seterusnya mahupun bergerak ke tempat lain. Aku menarik lengan baju lalu terlihatlah jam tangan yang terlilit pada pergelangan tanganku.

Aku menilik jam tanganku yang berjenama Adidas pemberian Haikal sebelum aku berangkat pergi ke Australia dahulu. Waktu menunjukkan pukul 3.31 petang. Ini bermakna di Malaysia baru 1.31 petang.

"Daneen? Aren't you leaving?" Soal Mrs. Aplin, pensyarah bagi kelas kuliah tersebut.

"I am." Balasku singkat.

Jika hendak diikutkan hati, mahu saja aku berada di dewan kuliah ini lebih lama. Tambahan pula dewan kuliah ini dibekalkan dengan pendingin hawa yang mampu membuat kelopak mata penagih kafein terasa berat.

Akan tetapi, Mrs. Aplin perlu menggunakan dewan kuliah ini untuk kelas seterusnya. Tidak mungkin aku mahu mendengar syarahan yang sama dua kali. Aku lebih rela kepanasan di luar.

Aku bangun dari dudukku dan secara tidak sengaja, aku terlanggar meja di hadapanku lalu terjatuhlah buku nota yang ku gunakan untuk menyalin nota sepanjang kuliah. Aku membongkok untuk mengambil buku itu semula tetapi sebuah tangan mendahuluiku.

Aku berdiri tegak semula. Well, tidaklah begitu tegak seperti hendak menyanyikan lagu NegaraKu. Aku mendongak, ingin tahu siapa gerangan yang membantuku. Mataku dan sepasang mata berwarna hazel terpaut buat seketika.

Lelaki di hadapanku itu menyuakan buku notaku yang dipungutnya dari lantai tadi ke arahku yang masih kaku berdiri. Aku berdehem kecil, ingin mengatasi atmosfera bilik yang terasa aneh.

Aku mengalihkan mataku daripada terus merenung jauh ke dalam anak matanya yang begitu mempesonakan. Selama berada di Australia, anak mata yang sering ku jumpa berwarna biru ataupun hijau sahaja. Dek kerana ini pertama kali aku menjumpai mata berwarna hazel di sini, ia bagaikan mencipta suatu medan magnet yang membuatku lebih tertarik.

Tetapi aku bukanlah gadis yang mudah didekati. Sepasang mata hazel itu tidak mungkin, bahkan mustahil untuk menjadi faktor aku menyukai lelaki di hadapanku ini. Aku berdehem kecil semasa mengambil buku notaku dari genggamannya.

"Thanks." Balasku singkat. Aku berpaling darinya dan menuju ke pintu keluar dewan kuliah. "Have a good day, Mrs. Aplin." Ucapku sebagai tanda kesopanan.

“You too.” Balas Mrs. Aplin dengan riangnya.

Apabila aku membuka pintu keluar, aku menyedari cuaca di luar tidaklah begitu panas. Bahkan, hujan turun dengan lebatnya pada hari ini dan aku pula lupa untuk membawa payung.

Haih, inilah nasib kalau tak tengok weather forecast untuk minggu ni!

Titisan hujan tidak menunjukkan yang ia akan berhenti dalam masa yang terdekat. Aku mengeluh kecil. Aku menilik jam tanganku sekali lagi. 3.53 petang.

Alamak, syif start pukul 4.10!

Aku baru teringat akan syif kerjaku yang akan bermula dalam 17 minit lagi. Aku bekerja sebagai coffee barista di Starbucks untuk menambah pendapatan. Aku tidak ingin bergantung sepenuhnya kepada wang yang diberikan oleh Mak Ngah dan Pak Ngah.

Aku juga ingin merasa hidup berdikari. Aku sudah sampai ke negara orang, takkanlah masih mahu juga bergantung pada orang lain. Buat malu kaum perempuan sahaja jika tidak mampu berdikari.

Ah, lantaklah! Nak tak nak, kau kena juga redah hujan ni.

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now