♚ 6 ♚

8.6K 518 7
                                    

Aku melihat orang yang lalu-lalang dari dalam kafe. Penduduk di sini semuanya mengejar masa. Ada yang terburu-buru, ada yang berjalan dengan tenang, ada pula yang kelihatan hanya hendak segera menghabiskan harinya.

Sedang aku memerhatikan orang sekelilingku, sebuah cawan diletakkan di hadapan. Aku mendongak dan mendapati Damian telah kembali sambil membawa pesanan kami. Aku mencapai cawan di hadapanku lalu menghirup air tersebut.

Hmm, hot chocolate!

Tawa Damian mengejutkanku dari lamunanku berkenaan rasa coklat panas kafe tersebut yang teramat sedap. Ia membuatku terlupa bahawa aku sedang bersama Damian.

“Muka awak tadi macam awak tak pernah rasa hot chocolate.” Ejek Damian lalu menghirup kopi miliknya.

Aku mengeluh sinis. “You're less annoying bila awak bisu. Boleh tak awak pura-pura bisu macam dulu?” Ejekku kembali sambil menjeling.

Dia meletakkan jari telunjuknya pada hujung bibir sambil berpura-pura sedang memikirkan akan permintaanku. Aku tidak dapat menahan diri daripada mengukirkan senyuman kecil.

“Berat sangat permintaan awak tu.” Ujar Damian akhirnya.

Aku menggelengkan kepalaku sambil tertawa kecil. “So, awak pun study business ke?” Soalku kepadanya.

Dia kelihatan tegang apabila aku bertanya akan hal itu. Dia mengangguk perlahan lalu menghirup kopi miliknya.

“Kenapa saya tak pernah nampak awak kat kelas Mrs. Aplin sebelum ni?” Soalku lagi.

“Sa—” Dia terhenti sejenak. Dia bangun dari kerusinya lalu menggalas begnya. “Saya kena pergi. See you later.” Beritahunya lalu bergegas keluar dari kafe.

Aku terlopong, tidak tahu hendak berkata apa.

Dia tinggalkan aku?

♚♚♚

Aku mengetuk pintu bilik sahabat dan juga merupakan rakan serumahku. Untuk lebih spesifik, aku menyewa di rumahnya.

“Masuklah. Pintu tak berkunci pun.” Jerit Dira dari dalam biliknya.

Aku memulas tombol pintu lalu menolak pintu. Dira mendongak ke arahku sambil tersenyum. Kelihatannya dia sedang menyiapkan tugasannya. Dira mengambil bidang fesyen di Universiti yang berada agak jauh dari Universiti.

Akan tetapi jarak dari rumah ke Universiti bukanlah suatu masalah kepada Dira kerana dia mempunyai sebuah kereta. Dira merupakan anak seorang ahli korporat yang agak terkenal di Malaysia dan sepanjang hidupnya, kekurangan wang tidak pernah menjadi masalah.

“Kau busy ke?” Soalku sambil melabuhkan punggungku pada katilnya yang empuk.

Dira menutup bukunya lalu berpusing pada kerusinya untuk menghadapku. Dia menggelengkan kepalanya.

“Kenapa?” Soalnya kepadaku.

Patut ke aku bagitahu dia pasal Damian?

“So, kau dengan boyfriend kau macam mana?” Soalku. Tidak ingin memberitahunya tentang tujuan aku datang ke biliknya. “Bila aku boleh jumpa dengan dia?” Soalku lagi.

Dira mengeluh sinis. “Dia bukan boyfriend akulah! Kitorang kawan je.” Balasnya bermalas-malasan. “And no, kau takkan jumpa dengan dia.” Tambahnya lagi. “Anyway, cakaplah apa yang kau nak cakap. Aku tahu kau datang ni bukan sebab nak tanya pasal tu je kan?” Dira terlalu mengenaliku.

Patut ke aku bagitahu?

“Okay.” Aku duduk bersila sambil memeluk anak patung beruang milik Dira. “Aku ada kenal seorang lelaki ni.” Beritahuku.

“Eh, kejap! Daneen Maleeka akhirnya dah jatuh cinta? Finally?” Dira mengusikku.

Aku menampar perlahan bahunya membuatnya mengadu sakit. Aku menggigit bibir sambil teringat semula lagak comel Damian setiap kali kami bertemu.

“Ceritalah pasal lelaki yang kau kononnya kenal tu.” Pinta Dira. Dia mula menunjukkan minat.

“Dia study business, sama dengan aku. Dia orang Malaysia and nama dia—”

“Aku tak nak tahu pasal tu semualah. Tell me, is he handsome?” Dira menari-narikan keningnya.

“Well, he's handsome tapi more like comellah.” Balasku sambil terbayangkan wajah Damian.

Dira menjerit teruja. “Oh my God! Bila aku dengar kau puji lelaki tu handsome and comel, rasa pelik giler sebab kau tak pernah sekalipun puji lelaki!” Kata Dira dengan penuh bersemangat. “Mesti dia handsome gilerkan?” Soal Dira lagi.

“Mana kau tahu? Kau bukannya kenal dia pun.” Balasku. Hanya sekadar gurauan sahaja.

“Iyalah, dah kau yang puji, mestilah dia handsome giler!” Balas Dira dengan teruja. “Bila aku boleh jumpa dia?” Soal Dira lagi.

Aku membuka mulut untuk membalas tetapi terhenti apabila telefonku bergetar. Aku membuka telefonku dan mendapati aku baru sahaja menerima sebuah pesanan ringkas.

Meet me at our place. 11 sharp, tomorrow xx – Damian

Ya Allah, macam mana aku boleh tahan diri aku dari jatuh suka kat dia?

“Siapa tu?!” Soal Dira. Dia cuba untuk merampas telefonku tetapi aku sempat mengelak.

Aku tersenyum malu. Dia menekup mulutnya sambil menjerit teruja. Dira menarik tanganku lalu digenggamnya dengan erat.

“Dia cakap apa?” Soal Dira dengan teruja.

“Kau nak tak jumpa dia esok?” Cadangku sambil tersenyum penuh makna.

Dira mengangguk laju.

“Okay tapi make sure kau siap sebelum pukul 11.” Tambahku lagi.

Dira menunjukkan isyarat ok.

♚♚♚

» Triple update, yayy 🙌 jgn lupa vote 🌟😙

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now