♚ 10 ♚

7.7K 474 4
                                    

Damian mengetap bibirnya lalu tertunduk melihat kasutnya. Dia mendongak semula dan melihat tepat pada mataku. Tiada senyuman yang terukir pada bibirnya.

“Dia mengaku kat awak?” Soal Damian.

Jadi betullah tekaan aku?

“Saya takkan nafikan apa yang Dira bagitahu kat awak.” Damian mengukirkan senyuman tetapi kelihatan begitu palsu dan terpaksa. “Saya dan Dira dah kenal sejak sekolah menengah lagi and I guess that's how it started.” Beritahu Damian.

Tiba-tiba, aku merasai sesuatu yang tidak dapat aku jelaskan. Perasaan sebak mengisi ruang hatiku. Aku seperti terdengar akan sesuatu yang kedengaran seperti kaca yang retak.

Perasaan ni... sama dengan apa yang aku rasa bila aku dengan Dira bergaduh hari itu. Perasaan apa ni?

“Awak boleh lupakan Dira yang awak kenal dan sayang sejak sekolah menengah lagi dalam masa seminggu.” Kata-kata tersebut terbit dari mulutku. “Tak mustahil awak akan lupakan dan gantikan saya dalam sehari.” Tambahku lagi.

Riak wajah Damian berubah. Kelihatannya dia terkejut dengan pernyataanku itu. Damian memanggil namaku sambil menghulurkan tangannya untuk meraih lenganku tetapi aku berundur selangkah.

Kenapa hati aku sakit sangat?

“Saya takkan lupakan awak.” Ujar Damian, cuba untuk meyakinkanku. “In fact, saya bercadang nak bawa awak jumpa family saya. Lepas je awak tamat belajar, saya ingat nak hantar rombongan meminang.” Tambah Damian lagi. Wajahnya menunjukkan dia jujur dan ikhlas.

“Macam mana dengan Dira?” Soalku kepadanya.

Damian menggigit bibir. “Diakan kawan baik awak. Mesti dia akan faham. Lagipun saya dengan dia dah tiada apa-apa hubungan.” Tambah Damian lagi. “Awak percayakan sayakan?” Soal Damian. Matanya bersinar dengan harapan.

Saya percayakan awak.

♚♚♚

Sinaran matahari sedikit demi sedikit menerobos masuk ke dalam bilikku melalui kain langsir yang agak jarang. Bunyi penggera dari telefon pintarku bergema di setiap pelosok bilik.

Aku memanjangkan tanganku dan mencapai telefonku yang berada di hadapanku. Penggera tersebut menunjukkan pukul 8.00 pagi. Aku segera mematikan penggera itu lalu meletakkan telefonku di sampingku pada katil.

Aku menyandarkan kepalaku pada kepala katil. Keluhan aku hembuskan.

Semalaman aku berjaga. Siapa sangka yang siling bilikku kelihatan menarik dalam gelap pada waktu malam? Bunyi hempasan pintu utama kedengaran dalam bilikku.

Awalnya dia pergi.

Aku dan Dira, kami masih tidak berbicara antara satu sama lain. Aku tidak menyangka seorang lelaki mampu membuatkan hubungan persahabatan kami porak-peranda.

Benarlah kata orang, cinta pemusnah segalanya.

Dulu ketika berada di bangku sekolah, aku sering mendengar dua orang pelajar perempuan yang bersahabat baik bertelingkah kerana seorang lelaki. Perkara itu kedengaran amat bodoh dan remeh padaku ketika dahulu.

Namun, pandanganku akan hal itu berubah apabila Damian muncul.

Mungkin lelaki yang kita sukai itu tidak merasakan perasaan yang sama terhadap kita. Akan tetapi jauh dalam lubuk hati kita, ada sesuatu yang membuatkan kita tidak ingin kehilangannya walaupun sejak pertama kali lagi, kita bukanlah seseorang yang penting baginya.

Oleh kerana dibutakan oleh cinta, kita terfikir kebahagiaan yang aku rasa sekarang, semuanya disebabkan oleh dia dan kerana terlalu ingin bahagia, kita cenderung untuk melakukan benda yang akan mengekalkan kebahagiaan itu.

Sedang kita asyik mengekalkan kebahagiaan sendiri, orang lain pula terluka. Ya, bahagia itu memang kita merasai tetapi ia bukanlah perasaan yang diciptakan untuk kekal selamanya.

Perlahan-lahan, kita akan mula merasai perasaan yang kita sangkakan kebahagiaan itu semakin pudar dan berganti dengan satu perasaan yang diri kita sendiri tidak dapat jelaskan.

Perasaan yang membuat kita rasa kosong. Perasaan yang membuat kita ingin bersembunyi dari dunia luar. Akhirnya, kerana dibutakan dengan perasaan cinta, kita hilang segalanya.

Cinta memang layak digelar Sang Pemusnah tetapi sedarkah kita bahawa kita sendiri yang memilih jalan ini? Jangan kerana keegoan tidak ingin mengakui salah sendiri, kita menyalahkan cinta pula.

“This is your coffee.” Ujar seorang pelayan dengan loghat Australianya yang pekat. Dia meletakkan secawan kopi pada mejaku.

“Thank you.” Balasku sambil mengukirkan senyuman.

Aku pernah menjadi gadis yang dipuja dan dikejar oleh lelaki. Ia bukanlah sesuatu yang aku banggakan kerana aku merasa diri begitu murah apabila menjadi taruhan cinta Kaum Adam.

Dari yang berupa sehinggalah yang berharta, dari yang ikhlas sehinggalah yang ingin mengambil kesempatan, semuanya aku ketepikan tanpa berfikir. Bukannya kerana terlalu menginginkan yang sempurna tetapi kerana tidak ingin membuang masa.

“Excuse me?” Suara pelayan yang sama mengejutkanku dari lamunanku. “We're closing.” Beritahunya kepadaku.

Aku melihat sekeliling dan mendapati hanya aku sahaja pelanggan di kafe itu. Aku mengerling pada jam di dinding yang menunjukkan pukul 9.18 malam.

Damian tak datang pun.

Aku mengangguk faham lalu bangun dari kerusiku. Di luar, hari sudah larut malam. Pelayan tersebut memutarkan tanda open pada pintu kafe tersebut kepada closed setelah aku keluar dari kafe.

Aku mendail laju digit nombor telefon Damian dan menunggu. Tidak lama kemudian, panggilan dijawab.

“Ian..”

“This is Damian. I can't talk right now but you can leave a message.” Ujar suara di hujung talian.

Aku mengeluh. “Kenapa awak tak datang? Did something happened?” Soalku. “Anyway, give me a call when you can.”

Butang matikan panggilan segera aku tekan.

♚♚♚

» hola amigos! thanks fr the 300+ reads 😘 jgn lupa vote 🌟

Nak Ngorat Awak, Boleh?Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ