♚ 34 ♚

6.6K 400 0
                                    

Aku menunggu di luar wad sementara Kak Mia berada di dalam bilik wad VIP yang menempatkan Damian. Jari-jemariku mengetuk kerusi kosong di sebelahku kerana perasaan resah yang bersarang di hati.

Ya Allah, Engkau lindungilah dia.

Pintu wad VIP dibuka dan seorang doktor keluar daripada bilik tersebut bersama Kak Mia. Aku bertindak balas dan segera menghampiri mereka.

“Saya minta diri dulu.” Beritahu doktor tersebut diikuti dengan anggukan daripada Kak Mia.

“Kak Mia, macam mana dengan Encik Damian?” Soalku setelah doktor tersebut berlalu pergi.

“Dia okay. The doctor said that he's been lacking some rest so, sekarang ini dia perlukan rehat yang secukupnya.” Jawab Kak Mia.

“Alhamdulillah.” Ucapku sebagai tanda syukur.

“Daneen... menangis?” Soal Kak Mia sambil tangannya diletakkan pada bahuku.

Menangis?

Aku memegang pipi dan aku dapat merasai air hangat pada pipi yang telah kering. Aku segera mengesat pipiku.

Sejak bila pula aku menangis ini? Ya Allah, kenapa kau macam ini Daneen? Kau dah janji dengan Zane nak lupakan Damian. So, kenapa kau masih menangis untuk dia?

“Mana ada. Mata masuk habuk tadi.” Nafiku dengan suara yang serak.

“Tak payah nak bohong Kak Mialah, Daneen.” Ujar Kak Mia. Suaranya kedengaran lembut sahaja.

Aku tertunduk memandang lantai. Air mata yang dari tadi mengancam akhirnya bercucuran pada pipiku. Aku menangis tersedu.

“Kenapa ini?” Kak Mia memegang kedua-dua bahuku. Kerisauan jelas kedengaran dalam suaranya. “Ceritalah dengan Kak Mia.” Rayunya.

Aku menganggukkan kepalaku. Kami berdua duduk pada bangku yang disediakan untuk pelawat di luar bilik wad Damian.

“Sebenarnya, Daneen dah lama kenal dengan Damian.” Aku menggagahkan diri untuk berbicara tentang masa laluku.

“Tapi kenapa Tuan Damian layan Daneen dengan dingin sangat? Kak Mia dah kenal dengan Tuan Damian dua tahun dan Kak Mia tahu dia akan layan orang yang dia rapat dengan ramah, dengan baik.” Jelas Kak Mia pula.

“Sebab dia tak ingat kat Daneen.” Aku mengesat air mataku. “Dua tahun lalu, Damian hilang macam itu sahaja. It turns out, dia terlibat dalam kemalangan dan tiada siapa yang bagitahu Daneen pasal kemalangan itu. Damian... dia disahkan menghidap amnesia dan sebab itu dia tak ingat Daneen.” Suaraku semakin serak.

“Cik Dira dah lama kenal dengan Daneenkan? Kenapa dia tak bagitahu kat Daneen pasal tuan?” Soal Kak Mia lagi.

“Sebab dia nakkan Damian.” Balasku. “Saya cari Damian selama dua tahun dan selama itu Dira ada di samping saya. Saya percayakan dia lebih dari saya percayakan diri saya sendiri dan dia hancurkan kepercayaan saya bila dia...” Aku meraup mukaku. “...bila dia kenalkan saya dengan tunang dia, Damian.” Aku meneruskan kata-kataku walaupun perit dapat dirasai.

“Jadi, Daneen kembali ini sebab Daneen nak bersama semula dengan... dengan Damian?” Soal Kak Mia lagi.

Aku tersenyum pahit. “Dah terlambat untuk itu, Kak Mia. Damian dah mengaku yang dia cintakan Dira dan sejahat mana pun perbuatan Dira kat saya, saya takkan lakukan benda yang sama macam apa yang dia dah lakukan kat saya.” Gumamku dengan perlahan.

Tiba-tiba, telefon milik Kak Mia berdering. Dia menjawab panggilan tersebut dan tidak lama kemudian, panggilan ditamatkan.

“Kak Mia kena pergi.” Beritahunya lalu menggenggam erat tanganku dengan lembut. “Daneen kena kuat, okay?” Katanya padaku.

Aku menganggukkan kepalaku. “Daneen minta tolong sangat jangan ceritakan pasal hal ini kat sesiapa.” Pintaku sambil memandang wajah Kak Mia.

Kak Mia mengangguk faham lalu melepaskan tanganku dari dalam genggamannya. Dia bangun dari duduknya. Aku meraih tangannya sebelum sempat dia berlalu pergi.

“Boleh tak kalau Kak Mia call tunang Encik Damian untuk beritahu dia pasal Encik Damian?” Pintaku.

“Nanti Kak Mia call. Balas Kak Mia. Take care.” Ucapnya sebelum berlalu pergi.

Aku mengesat air mataku menggunakan hujung lengan bajuku. Nafas aku tarik sedalam yang mungkin lalu aku helakan.

Bangku yang aku duduki aku tinggalkan dan menuju ke pintu bilik yang menempatkan Damian. Tombol pintu aku pulas lalu pintu bilik tersebut aku tolak.

Aku melangkah masuk ke dalam sambil tertunduk. Pintu bilik aku tutup semula dengan perlahan kemudian berpaling semula ke arah katil Damian.

Perlahan-lahan, kepalaku aku dongakkan. Hatiku bagaikan luluh melihat Damian terlantar pada katil dan kelihatan tidak bermaya. Aku menghampiri katilnya dengan perlahan agar tidak mengejutkan dia dari tidurnya.

Wajahnya yang tenang itu aku tenung. Mata hazelnya itu kini diselindungkan di balik kelopak mata yang tertutup rapat. Rambutnya yang sentiasa kemas kini kelihatan tidak terurus dan bibirnya yang sentiasa mengukirkan senyuman kepadaku suatu ketika dahulu kini tertutup rapat.

Dua tahun lalu...

Aku memutuskan untuk melelapkan mata sebentar di bangku taman di taman universiti. Tiba-tiba, cahaya matahari yang menuju terus ke mataku seakan dilindungi.

Aku membuka mataku dan alangkah terkejutnya aku apabila mendapati Damian berdiri di sampingku dan menghadang cahaya matahari daripada mengenaku.

Awak buat apa kat sini?” Soalku sambil melihat sekeliling lalu menoleh semula padanya. “Awak perhatikan saya tidur?” Soalku lagi.

Calm.” Balasnya.

Aku menghadiahkannya pandangan keliru. Dia tertawa sambil tangannya diselukkan ke dalam poket.

Saya suka tengok orang tidur sebab bila saya tengok orang tidur, saya akan rasa pelbagai perasaan. Terkadang saya rasa happy, terkadang saya rasa kosong.” Jelasnya sambil pandangannya dibuang ke hadapan. “Tetapi bila saya tengok awak tidur, saya rasa tenang.” Ujarnya sambil tersenyum kecil.

Calm.

Aku tidak dapat menahan diri daripada turut tersenyum dengannya. Dia menoleh ke arahku lalu mengenyitkan matanya dengan comel.

Aku menolaknya dengan perlahan. “Awak ini creepy, tahu tak?” Usikku.

Tahu.” Dia menjelirkan lidahnya.

Kami berdua akhirnya tertawa bersama.

“Awak tahu tak apa yang saya rasa bila saya tengok awak tidur?” Soalku kepadanya yang masih lena. “Saya rasa takut. Takut sangat yang awak takkan bangun lagi. Takut sangat yang saya takkan jumpa awak lagi.” Setitis air mata jatuh pada pipiku.

Aku membelai rambutnya yang tidak teratur itu dengan perlahan. Bilik tersebut amat sunyi buat seketika sehinggalah suara milik seseorang memecahkan kesunyian.

“Daneen?” Damian memandangku dengan riak terperanjat.

♚♚♚

» Hari ni dpt update dua bab je sbb penat sgt bru balik dri skolah. Aku still takleh believe aku brsukan tdi hahahagagagagahahaha dahlah kena jalan itik smbil menyanyi tdi hm malu tahap dewa but it's fun tho. sedih pula bila cuti panjang dah start hm bosan gilos.

Nak Ngorat Awak, Boleh?Donde viven las historias. Descúbrelo ahora