♚ 31 ♚

6.9K 404 15
                                    

Aku menghantar Haikal ke luar rumah di mana kereta Reen diletakkan. Haikal akan pulang ke kampung pada hari ini dan aku tidak mengikutinya kerana hari ini merupakan hari pertama aku akan bekerja.

Haikal menutup semula bonet kereta setelah dia selesai memasukkan bagasinya ke dalam bonet. Dia berjalan menuju ke arahku.

"Minta maaflah sebab Haikal kena balik sendiri. Akak tak tahu pula yang akak dapat kerja tu." Aku tersenyum simpati padanya.

"Takpelah kak. Tahniah sebab akhirnya akak dapat juga kerja." Balasnya sambil tersenyum.

"Terima kasih." Ucapku. "Kirim salam kat Mak Ngah dengan Pak Ngah." Tambahku lagi.

Haikal mengangguk faham. "Haikal pergi dulu. Assalamualaikum." Ujarnya lalu masuk ke dalam perut kereta yang dipandu Reen.

"Waalaikumussalam." Balasku.

Kereta yang dipandu Reen perlahan-lahan meninggalkan perkarangan rumah banglo Datin Marissa. Pagar besar banglo tersebut tertutup semula dengan sendirinya apabila kereta Reen melaluinya untuk keluar.

Aku baru sahaja berpaling untuk masuk semula ke dalam rumah apabila telefon milikku berbunyi menandakan aku baru sahaja menerima sebuah pesanan ringkas. Aku segera memeriksa pesanan ringkas tersebut.

Good morning my cute-cumber! <3 – Zane

Aku tertawa setelah membaca pesanan ringkas daripada Zane itu. Aku menaip balasan bagi pesanan ringkas itu.

Good morning too and fyi, saya bukan timun. – Daneen

Hehe. Awak dah breakfast ke? – Zane

Aku menutup semula pintu utama banglo tersebut setelah aku masuk ke dalam.

Dah. Awak kerja ke hari ni? – Daneen

Tiba-tiba, telefon yang berada dalam tanganku berdering. Nama Zane tertera pada skrin sebagai nama pemanggil.

"Kenapa dia call aku pula ni? Sepatutnya kalau orang dah text, textlah balik. Dah kenapa pula kena call?" Sempat aku mengomel sebelum menekan butang jawab panggilan.

"Kenapa awak tanya? Dah rindu ke?" Soalnya apabila aku menjawab panggilannya.

"Eh, mana ada! Nafiku. Saja tanya. Kenapa? Tak boleh?" Soalku pula.

Kedengaran dia ketawa dari hujung talian membuatkan aku tersenyum kecil. Aku mengerling pada jam di dinding dan mendapati waktu telah menunjukkan pukul 7.40 pagi.

"Saya kena hang up ni." Beritahuku.

"Okay. I love you." Sempat dia mengucapkan tiga perkataan itu.

Aku menjadi kelu.

"Bye. Assalamualaikum." Dia menamatkan panggilan apabila aku tidak bersuara.

"Waalaikumussalam." Aku mengeluh perlahan.

♚♚♚

Aku berjalan masuk ke dalam bangunan syarikat yang menjadi tempat aku bekerja buat masa kini. Sedang aku berjalan, tiba-tiba aku terlanggar dengan seseorang.

"Eh, Kak Mia!" Sapaku pada wanita yang bertudung itu.

"Daneen! Kamu buat apa kat sini? Soal Kak Mia. Kamu dapat jawatan P.A Tuan Damian ke?" Soal Kak Mia lagi.

Aku mengangguk lalu mengukirkan senyuman kecil. Wajah Kak Mia berubah teruja.

"Alhamdulillah. Nasib baiklah kamu yang dapat." Ujar Kak Mia sambil mengurut dadanya.

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now