♚ 24 ♚

6.5K 430 37
                                    

Aku mengetuk pintu di hadapanku.

“Come in!” Jerit seseorang dari dalam.

Pemegang pintu di hadapanku itu aku tolak. Kelihatannya seorang figura lelaki sedang duduk membelakangiku di dalam bilik pejabat itu.

“Duduklah.” Arahnya.

Aku mengangguk walaupun lelaki tersebut tidak dapat melihat anggukanku. Kerusi yang berhadapan dengan mejanya aku tarik lalu aku duduki.

“What's your name?” Soalnya kepadaku tetapi masih lagi membelakangiku.

Kenapa suara dia familiar sangat?

“Daneen Maleeka.” Balasku.

“Your profile said that you furthered, your studies at Australia in Business and Management.” Dia membelek-belek fail profilku pada tangannya. “Kenapa pilih nak jadi P.A pula?” Soalnya lagi.

“Sebab saya tak dapat any peluang pekerjaan dalam bidang yang saya pelajari.” Balasku pula.

Dia tertawa sinis. Kerusi yang didudukinya perlahan-lahan dipusingkan menghadap aku.

“So, you're only looking for a temporary job?” Soalnya.

Jantungku terhenti.

Lelaki di hadapanku ini... tak mungkin itu dia. Tetapi, mata hazel yang sering membuat aku lemas setiap kali mata bertaut, suara garau yang sering bermain dalam mindaku, wajah yang benar-benar aku rindui... bagaimana mungkin lelaki ini bukan dia?

“D-Damian?” Nama tersebut terlepas dari mulutku.

Lelaki di hadapanku itu melihatku dengan pandangan keliru sambil keningnya dijongketkan. Fail profilku diletakkan pada mejanya.

“Kenapa kau tengok aku macam tu?” Ujarnya dengan selamba dan sinis.

“Damian Arian?” Ucapku sekali lagi. Aku ingin memastikan lelaki yang aku lihat sekarang ini adalah lelaki yang sama telah membuat hidupku musnah.

“Kita pernah jumpa ke?” Soalnya lagi, keningnya dikerutkan disaat dia memerhatikan wajahku.

“A-awak tak ingat saya ke? This is me, Maleeka.” Mataku berkaca.

Aku rindu panggilan yang digunakannya untuk memanggilku.

“We studied together in Australia...” Belum sempat aku menghabiskan ayatku, pintu pejabat tersebut terbuka.

Aku menolehkan kepalaku ke arah pintu dan terkejut apabila seorang gadis yang sebaya denganku masuk ke dalam. Dia sempat memberikan aku pandangan sinis ketika berjalan melimpasi aku.

“Sayang!” Panggilnya.

Aku menoleh ke arahnya. Dia dan Damian berkongsi sebuah pelukan yang amat erat. Aku terbangun dari dudukku.

“Sayang, inilah kawan baik I yang I selalu ceritakan kat you.” Ujar gadis tersebut kepada Damian.

Dira... sanggup kau buat aku macam ni...

Tiada perkataan yang mampu menjelaskan perasaan yang aku lalui ketika itu. Semuanya bagaikan musnah dalam sekelip mata.

Satu-satunya orang yang aku percayai selama ini, berpelukan erat dengan satu-satunya lelaki yang pernah aku cintai.

Pengkhianat.

Air mata yang dari tadi mengancam untuk turut perlahan-lahan membasahi pipiku. Aku segera mengesatnya menggunakan tanganku.

“Damian. Damian Arian.” Damian menghulurkan tangannya kepadaku.

Bibirku terketar-ketar menahan diri daripada teresak. Nafasku tidak teratur. Jari-jemariku aku genggam dengan erat.

Lelaki di hadapanku itu menunggu aku untuk menyambut huluran tangannya. Gadis yang berdiri di sampingnya pula tersenyum puas ke arahku.

“I'm so sorry. I got to go.” Aku menggapai beg tanganku dan beredar dari situ.

Aku berpaling dari mereka berdua dan menuju ke pintu keluar. Ketika aku hendak keluar dari situ, aku terlanggar seorang lelaki dan hampir rebah ke lantai tetapi lelaki tersebut segera menstabilkan aku dengan memegang bahuku.

“So-sorry.” Aku menundukkan kepalaku dan segera berlalu pergi dari situ.

“Tunggu!” Jerit seseorang tetapi aku terlalu lemah untuk berpaling semula.

Punat lif aku tekan berkali-kali walaupun lif sudah pun bergerak menuju ke tingkat aku berada. Esakan demi esakan aku helakan. Air mata pula bercucuran tanpa henti.

Pandangan hairan dan simpati yang diberikan oleh orang di sekeliling tidak lagi aku pedulikan. Lif tiba dan tanpa berlengah, aku meluru masuk ke dalam lif yang kosong itu.

Pintu lif baru sahaja hendak tertutup tetapi seseorang menghalang pintu lif tersebut menggunakan tangannya. Aku menundukkan kepalaku.

“Daneen, awak okay ke?” Soal orang tersebut sambil bahuku berada dalam pegangannya.

Aku mendongakkan kepalaku. “Zane?”

“Why are you crying? What happened?” Zane kelihatan amat resah.

Kenapa bila aku sedih, kau ada untuk aku? Kenapa bukan dia?

“Daneen, say something. Saya tak boleh tolong awak kalau awak berdiam diri macam ni. So please, just say something.” Zane menggoncangkan bahuku.

“Tolong bawa saya pergi dari sini. I don't like it here.” Aku menggigit bibir, menahan diri daripada teresak.

“Saya hantar awak balik, okay?” Zane menenangkan aku.

Aku menganggukkan kepalaku kerana mulut tidak mampu lagi mengeluarkan sebarang kata selain esakan. Zane merenung jauh ke dalam mataku.

“It's okay.”

♚♚♚

» i'm seriously lapar + heartbroken baca chapter ni = insomnia huhuhu

Nak Ngorat Awak, Boleh?जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें