Epilog

13.1K 500 96
                                    

     Kereta yang dinaiki oleh Daneen dan Zane hilang dari pandanganku. Kini, hanya aku sahaja yang masih berada di masjid tersebut.

     Tiba-tiba, aku dikejutkan oleh suara esakan seseorang. Mataku melilar mencari punca suara tersebut dan pandanganku jatuh pada seorang gadis yang berpakaian seperti pengantin sedang menangis pada tangga di hadapan masjid.

     Aku mengeluh perlahan. Langkah aku atur menghampirinya. Sapu tangan yang berada dalam poketku aku keluarkan lalu aku hulurkan padanya.

     Dia mendongak memandangku dengan matanya yang bengkak lalu menyambut sapu tanganku. Aku melabuhkan punggungku bersebelahan dengannya.

     “Saya tertanya, apa yang seorang pengantin yang cantik buat kat sini? Siap menangis pula itu.” Tegurku sambil melihat hadapan.

     “Tunang saya lari. Dia kata dia dah tak sayangkan saya dan dia tak boleh kahwin dengan saya.” Balasnya sambil teresak-esak. “A-awak pula buat apa kat sini?” Soalnya kepadaku pula.

     “Hadir ke akad nikah ex dengan adik saya.” Balasku dengan selamba.  

     Dia meleraikan tawa. “Kisah awak lagi sedih dari kisah saya.” Katanya, tersenyum kembali.

     “Not really.” Balasku.

     Dia tidak berkata apa lagi dan kami ditemani kesunyian. Aku memerhatikannya yang sedang sibuk membersihkan kesan maskara yang cair pada bawah matanya. Tanpa aku sedari, aku meluahkan sesuatu kepadanya.

     “What?!” Dia memandangku dengan riak terkejut.

     “I said, nak ngorat awak, boleh?” Ulangku semula sambil tersenyum.

     “Awak seriously fikir cara itu boleh menjadi?” Soalnya kepadaku.

     “Well, it works before.” Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.

“So, bolehkah tak?” Soalku lagi.

     “Saya tak kenal awak.” Balasnya sambil merenung jauh ke dalam mataku.

     “Nama saya Damian Arian.” Aku memperkenalkan diriku. “Nak ngorat awak, boleh?”

♚♚♚

» Nak Ngorat Awak, Boleh? dah habisss dah 😭 thank you kpd smua yg support citer ni dri awal smpai habis. thank you jg to yg personal message saya and told me their thought abt citer ni, totally appreciate it. so thank you korang 😭

start writing: 6th of September 2017
writing end: 25th of November 2017
duration: 80 days

start writing: 6th of September 2017writing end: 25th of November 2017duration: 80 days

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now