♚ 54 ♚

6.7K 381 27
                                    

     “Panggilan untuk ketua kumpulan! Setiap ketua kumpulan di minta untuk berkumpul di hadapan!” Jerit penganjur acara pada hari itu.

     Setelah mendengar panggilan tersebut, Damian yang merupakan ketua kumpulan kami bergegas ke hadapan di mana penganjur sedang berada.

     Setiap ketua kumpulan kelihatannya diberi taklimat ringkas tentang tugas masing-masing. Setelah beberapa minit berlalu, Damian kembali semula ke kumpulan kami.

     “Diminta ketua kumpulan hantar tiga orang wakil bagi acara pertama kita pada pagi ini iaitu acara baling kelapa.” Arah penganjur tersebut.

     “Baling kelapa?” Mei Ling mengerutkan dahinya.

     “Permainan ini macam main boling tapi instead of guna bola boling, kita guna buah kelapa. Kita kena jatuhkan botol air yang dah kena isi dengan setengah air itu.” Damian menuding ke arah pekerja yang sedang menyusun botol-botol air.

     “Alah, kacang saja ini!” Aku memetik jariku.

     Semua ahli kumpulanku yang terdiri daripada sepuluh orang memberikanku pandangan hairan. Aku memandang mereka semua dengan pandangan selamba.

     “Kau boleh buatkah?” Soal Damian kepadaku.

     “Mestilah boleh. Saya dah biasa dah baling-baling kelapa ini masa kat kampung dulu. A piece of cakelah!” Aku menari-narikan keningku dengan bangga.

     “Pelik betul hobi kau ini.” Damian menggelengkan kepalanya. “Bagi permainan ini, kena ada tiga orang wakil. So, wakil pertama monyet kat sebelah aku ini...” Damian mengerling ke arahku membuatkan semua orang ketawa.

     Suka hati dia saja nak panggil aku monyet! Ada lori, ada bas. Hang tunggu aku balas!

     “Aku rasa aku nak try game ini. So, siapa nak jadi wakil ketiga? Ada yang pernah jadi juara bola baling tak?” Soal Damian.

     “Saya!” Aku mengangkat tanganku dengan bangganya.

     “Eh, monyet kau diamlah! Kaukan dah jadi wakil pertama, biarlah orang lain bercakap pula.” Damian bercekak pinggang memandangku.

     “Tahu pun marah. Tadi bukan main lagi panggil kita monyet.” Aku membuat muka selamba.

     Damian menarik nafas dengan dalam untuk menenangkan dirinya. Aku dan Mei Ling bertukar pandangan lalu tertawa kecil.

     “So, ada sesiapa nak volunteer?” Soal Damian lagi.

     “Saya.” Seorang lelaki yang kelihatannya berumur dalam lingkungan 20an mengangkat tangannya.

     “Okay. So, wakil permainan ini, saya, Yusri dan monyet seorang ini.” Beritahu Damian kepada kami semua.

     Hidungku yang tidak mancung itu aku kembangkan tanda tidak puas hati. Mulutku aku cebikkan lalu aku memandang ke arah lain.

     “Diminta wakil setiap kumpulan untuk berkumpul di tapak permainan sekarang!” Arah penganjur lagi.

     “Okay. Jom.” Arah Damian pula.

     Tapak permainan kat mana pula?

     Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Tiba-tiba, aku merasakan seseorang memegang bahuku lalu memalingkan badanku ke belakang.

     “Kau kalau tak tahu jalan, ikut sajalah orang lain.” Kedengaran Damian membebel di belakangku.

     “Ada orang kata, jangan main ikut orang saja sebab apa yang orang lain buat tak semestinya betul.” Aku memetik semula kata-katanya dahulu.

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now