♚ 29 ♚

6.4K 439 20
                                    

Damian.

Kenapa kau muncul semula? Betul ke kau dah lupakan aku? Aku rindu sangat kat kau.

Tapi, kau bukan milikku lagi.

Dira memelukku dengan erat. Aku pula kaku memandang Damian yang ekspresinya kosong. Dira meleraikan pelukan kami lalu menggenggam erat tangan Damian semula.

"Kau buat apa kat sini?" Ujar Dira sambil tersenyum palsu.

Tiba-tiba, aku dapat merasakan seseorang meletakkan lengannya di sekeliling bahuku. Aku mendongakkan kepalaku.

Zane.

"Dira. Damian. Its a pleasure to meet you." Aku tahu Zane tidak suka dengan kehadiran mereka berdua.

"You ni yang datang untuk job interview hari itukan?" Soal Damian kepadaku. "You look kind of sad the other day." Tambahnya lagi, tidak mempedulikan kehadiran Zane.

"Saya tak berapa sihat hari itu." Balasku perlahan lalu mengukirkan senyuman palsu.

Betul ke kau tak kenal aku lagi?

Aku memandang wajah Damian dengan riak sayu yang cuba aku sembunyikan. Zane menggenggam bahuku erat membuatkan aku mendongak kembali padanya. Dia menggelengkan kepalanya sedikit sebagai tanda agar aku berhenti memandang Damian lagi.

"Abang Damian!" Suara riang Reen menyapa kami.

"Reen!" Damian memeluk Reen. "How was my favourite sister?" Sapa Damian dengan riang.

Senyuman tu... aku rindu sangat senyuman tu.

"Im doing good." Balas Reen kepada sapaan Damian tadi. "By the way, this is Kak Daneen. Kak Daneen ni girlfriend Abang Zane." Reen mengenyitkan matanya padaku.

"Reen!" Aku mencubit lengannya perlahan.

"She's not saying anything wrong..." Zane memandangku sambil tersenyum. "..am I right, Sayang?" Dia sengaja mengajukan panggilan itu kepadaku.

Aku memaksakan diriku untuk mengangguk. Perasaan sebak mengisi ruang hati apabila Damian tidak peduli akan hal itu.

Kau tak nak tanya ke apa sebenarnya hubungan aku dengan Zane? Are you going to act like you dont care? Atau kau memang tak peduli langsung?

"Reen nak pinjam Abang Damian dengan Abang Zane dulu, okay?" Reen seakan hanya memberitahu akan hal itu kepadaku sahaja.

Aku mengangguk perlahan. Reen menarik lengan Zane dan Damian dan mereka bertiga berlalu pergi dari situ.

"So, kau dengan Zane?" Soal Dira dengan sinis.

Aku mengeluh sinis. Lenganku aku silangkan lalu rapatkan ke dada. Aku menjeling tajam ke arahnya dengan perasaan benci yang amat.

"Sejak bila kau kisah pasal aku?" Balasku dengan nada sinis.

Dira meletakkan tangannya pada bahuku. Daneen, aku kisah sangat pasal kau. Suaranya kedengaran terdesak.

Aku menjarakkan diriku darinya. Dia menghelakan keluhan sinis.

"If this is about Damian, its not my fault. Damian yang pilih aku." Dia menjongketkan bahunya, berlagak tidak bersalah.

"Kau tahu tak yang kau ni pathetic sangat?" Balasku. "Aku tahu Damian tak pernah pilih kau dan dia takkan pernah pilih kau selagi dia ingat aku." Aku menolak bahunya menggunakan jari telunjukku.

"What's that supposed to mean?" Soal Dira. Dia memandangku dengan tajam.

"Zane dah bagitahu aku pasal semuanya." Aku tersenyum puas.

Dua malam yang lalu...

"Daneen, kalau saya nak cakap sikit boleh?" Soal Zane kepadaku.

Aku menganggukkan kepalaku sambil melihat bintang yang menghiasi langit malam.

"It's about Damian." Ujarnya.

Aku menoleh padanya. "Kenapa dengan Damian?" Soalku.

"Dia... betul-betul dah lupakan awak." Zane merenung tepat pada anak mataku.

Dia.. betul-betul dah lupakan aku?

"My real name is Zane Arian." Jujur Zane.

"Awak ni..."

"Adik Damian. Bila awak bagitahu saya yang Damian, abang saya ialah first love awak, saya... saya tahu saya tak dapat sembunyikan kenyataan ni daripada awak. Saya tahu lambat-laun awak akan tahu juga." Zane mengeluh.

"Saya tak nak tahu..."

"Just listen. Please. Seminggu sebelum awak terima text daripada Damian, he got into an accident." Jelasnya.

"So, dia text saya lepas accident tu?" Mataku mula berkaca.

"Tak. Damian koma selama sebulan." Balas Zane. "Bila dia bangun, dia tak dapat ingat apa-apa. After two years, he slowly gain his memories back but not all of them and thats why dia tak ingat awak." Tambahnya lagi.

Aku memalingkan diriku dari Zane. Lenganku aku silangkan lalu aku rapatkan pada dada. Air mata mengalir pada pipi.

"Saya tahu, kawan baik awak yang rancang semua ni. Dira dan Damian..."

"Dah bercinta sejak kat sekolah menengah lagi, I know. And I know I should have stay away from Damian tapi saya terlampau naif and I..." Aku tidak dapat meneruskan kata-kataku dan mula teresak.

Aku rebah terduduk pada lantai. Lututku aku dekatkan pada dada lalu aku menyembam mukaku pada lutut. Esakan demi esakan aku helakan.

"It's okay." Zane membelai kepalaku perlahan.

Aku mendongak. Mataku terkunci dengan sepasang mata berwarna hazel yang penuh dengan simpati dan kasih-sayang.

"It's not okay, Zane. Its not." Aku menggelengkan kepalaku. "Saya sepatutnya just walk away tapi sa-saya..."

"Stop it." Zane merenung jauh ke dalam mataku. "It's okay."

♚♚♚

» Holaa I'm back amigos! Sorry sbb lama x update. haritu ada lalat besarrr hinggap kt tgn so phone dlm tgn tu trbaling pgi lantai so it seriously damaged right now. nak repair tpi kos smpai RM200+ hm mampuih! akhirnya trpksa pinjam tablet adik huhuhu :')

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now