♚ 56 ♚

6.4K 398 12
                                    

     Sudah beberapa jam aku mengurung diri dalam bilik. Perhatianku teralih pada suara garau yang bergema di seluruh rumah.

     Setahuku, dalam rumah ini tidak terdapat penghuni lelaki. Aku turun daripada katil dan berjalan menuju ke arah pintu. Tombol pintu aku pulas dan kedengaran bunyi pintu utama rumah banglo tersebut ditutup oleh seseorang.

     Sesampainya aku di anak tangga terakhir, kebetulan pula Reen baru sahaja masuk ke dalam rumah. Dia mengukirkan senyuman manis.

     “Siapa yang datang tadi?” Soalku kepadanya.

     “Abang Zane.” Balas Reen.

     “Zane?” Aku mengerutkan kening.
     Reen menganggukkan kepalanya lalu berjalan pergi ke dalam dapur. Aku pula bergegas keluar dari rumah dan mendapati Zane sedang dalam perjalanan menuju ke keretanya.

     “Zane.” Panggilku.

     Kakinya terhenti daripada melangkah. Sepertinya, dia bingung sama ada hendak berpaling ataupun terus melangkah pergi.

     “Daneen.” Dia berpaling jua. “Belum tidur lagi?” Soalnya dengan senyuman yang tidak bermaya.

     “Belum lagi. Awak buat apa kat sini?” Soalku kepadanya.

     “Saya... pulangkan kamera Reen yang Damian pinjam hari itu.” Jawabnya.

     “Oh.” Balasku singkat.

     “Saya balik dulu.” Beritahunya lalu berpaling semula ke arah keretanya.

     Aku dapat merasakan dia benar-benar berbeza pada malam ini. Mungkinkah dia terlalu tertekan dengan kerjayanya?

     “Tadi pagi saya datang nak jemput awak tapi Aunty Marissa kata awak dah berangkat awal pagi lagi.” Dia menoleh semula ke arahku.

     Aku baru sahaja teringat aku memintanya untuk menghantarku ke pejabat tadi pagi dan aku terlupa akan hal itu sepanjang hari.

     “Saya minta maaf sebab saya terlupa nak bagitahu awak yang hari ini hari Sukan Tahunan syarikat. Saya kena berangkat awal sikit tadi.” Aku menggigit bibirku kerana rasa bersalah.

     “Saya ada call awak tadi pagi tapi awak tak jawab pun.” Tambahnya lagi.

     “Saya tertinggal phone saya kat rumah.” Balasku lagi, semakin rasa bersalah.

     “Awak balik dengan siapa tadi?” Soalnya lagi.

     “Saya...” Aku terhenti sejenak.

     Kalau aku bagitahu aku naik cab, mesti dia tahu ada something yang terjadi.

     “Pak Mat yang jemput saya.” Aku cuba menyelindungkan pembohonganku dengan senyuman.
     “Pak Mat?” Ulangnya.

     Dia menganggukkan kepalanya tanda faham. Akan tetapi, dia seakan tidak mempercayai pembohonganku itu kerana wajahnya kekal tidak bermaya.

     “Awak tidurlah. Dah malam dah ini. Mesti awak penatkan?” Dia mengukirkan senyuman kecil.

     Aku menganggukkan kepalaku. “Awak pun jangan lupa rehat. Jangan asyik nak kerja saja. Nanti sakit pula.” Balasku.

     “Selamat malam.” Ucapnya lalu meneruskan langkahnya ke arah kereta miliknya.

     Dia masuk ke dalam keretanya lalu menghidupkan enjin. Setelah itu, dia memandu keluar dari perkarangan rumah banglo milik Datin Marissa itu.

     “Selamat malam.” Gumamku diikuti dengan keluhan.

♚♚♚

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now