♚ 16 ♚

7.1K 439 11
                                    

Waktu untuk kafe Starbucks tempat aku bekerja berbuka telah tiba. Aku masih sibuk mengelap permukaan kaunter daripada sebarang kotoran.

Bunyi loceng pada pintu bergemerincing bergema di dalam kafe. Aku tetap dengan rutinku untuk membersihkan kaunter sebelum pelanggan berpusu-pusu masuk.

"Do you know what vegetable suits you best?" Soal suara garau.

Haih, lelaki mana pula yang nak buat pickupline pagi-pagi macam ni?

"I'm really..." Kata-kataku terhenti disaat mataku berpaut dengan sepasang mata hazel yang menawan.

"A cute-cumber." Sambung empunya sepasang mata hazel itu. "If you were a vegetable, you'd be a cute-cumber." Tambahnya lagi lalu tertawa.

"Seriously?" Aku meleraikan tawa. "Dalam banyak-banyak jenis sayur, awak pilih timun?" Soalku kepadanya, tawa masih bersisa.

"Dah tu yang sesuai dengan awak. Nak buat macam mana?" Balas Zane dengan selamba sambil menjongketkan bahu.

Aku memukul bahunya menggunakan kain lap pada tanganku lalu aku meneruskan semula kerjaku dengan bibir yang muncung sedepa. Aku dapat merasakan Zane memerhatikanku sambil tersenyum.

"Sekurang-kurangnya saya ada tambah perkataan cute kat perkataan cucumber." Zane mempertahankan dirinya.

Hek eleh, mamat ni! Tak pandai memujuk langsung!

"Merajuk ke?" Soal Zane.

Tak nampak ke muka aku yang tengah monyok ni? Mestilah aku merajuk!

"Taklah." Balasku singkat.

"Okay." Balas Zane.

Aku mendongak lalu menjegilkan mataku padanya. Kain lap pada tangan aku baling pada kaunter dek kerana rasa geram yang meluap-luap dalam diri. Zane terperanjat dengan perbuatanku itu.

"Tak nampak ke orang tengah merajuk ni?!" Aku mencebikkan bibirku.

"Tadi kata tak merajuk. Sekarang kata merajuk pula." Balas Zane selamba sambil tangannya diselukkan ke dalam poket hoodie yang dikenakannya.

"Lain kali, belajarlah bahasa isyarat perempuan. If she said no, itu maksudnya yes!" Beritahuku sambil bercekak pinggang.

"If she said yes, it means no?" Soal Zane, keningnya dijongketkan.

"Dah kenapa pula dari yes boleh jadi no? Kalau dia dah cakap yes, itu maksudnya yeslah!" Aku mengerutkan keningku.

Isy, mamat ni! Tak pasal-pasal mood aku melayang.

"Marah ke?" Soal Zane lagi.

"Taklah." Balasku pula.

"Okay, no means yes, right? So, maksudnya sekarang ni awak tengah marahkan?" Soal Zane lagi.

"Taklah! Saya tak marah! No also means no!" Tambahku lagi.

Ya Allah, kau kurniakanlah kesabaran kepada hamba-Mu ini!

"Kenapa bahasa perempuan ni complicated sangat?!" Zane meraup mukanya.

Aku memutuskan untuk berdiam diri dan meneruskan kerjaku untuk mengira stok cawan yang tinggal. Zane masih lagi berdiri di hadapanku dan memerhatikan aku mencatat stok-stok cawan pada sebuah buku nota.

"Jom keluar." Ajak Zane.

Tanganku berhenti mencatit pada buku nota tersebut. Aku mendongakkan kepalaku dan memberikan ekspresi blur kepada Zane.

"Awak gila ke? Sekarang ni waktu bekerja." Beritahuku. "Kalau awak beriya sangat nak bawa saya keluar, awak pergilah tanya manager saya!" Tambahku lagi lalu meneruskan pekerjaanku.

"Okay." Balas Zane dengan selamba lalu meluru masuk ke dalam pejabat pengurus kafe sambil melaungkan "Mr. Manager?!"

Dalam sekelip mata, aku diheret keluar dari kafe oleh Zane. Ternyata, Zane dan Beau merupakan kenalan rapat dan Zane memberikan alasan bahawa aku tidak berapa sihat semata hendak keluar dengan aku.

Tahu-tahu saja, aku berada di hadapan sebuah kedai permainan yang luasnya seperti sebuah pusat membeli-belah. Aku menoleh ke arah kanan hanya untuk melihat wajah Zane yang kelihatan teruja untuk masuk ke dalam kedai permainan di hadapan kami itu.

Aku menggelengkan kepalaku. Riak Zane tidak ubah seperti seorang kanak-kanak yang mendapat PlayStation sebagai hadiah hari jadi tetapi aku agak terhibur.

Dalam aku merenungi wajah Zane itu, aku teringat akan pengakuan yang dibuatnya padaku beberapa hari yang lalu. Pengakuan yang membuatku pertama kali melihat dia memaksakan sebuah senyuman untuk terbit pada bibirnya.

2 hari yang lalu...

Aku merupakan yang terakhir berada di kafe. Sebelum menutup kafe, aku sempat membersih-bersihkan dalaman kafe tersebut.

Aku dikejutkan dengan ketukan pada pintu kafe. Aku hanya dapat melihat sebuah figura yang samar berdiri di bawah cahaya yang kelam sambil menungguku untuk membuka pintu.

"Siapa pula yang datang malam-malam macam ni?"

Aku menuju ke arah pintu. Sebatang penyapu sengaja aku bawa kerana takut sekiranya orang yang berdiri di hadapan pintu itu mempunyai niat yang tidak baik.

Aku memasukkan kata kunci lalu membuka pintu. Nafas lega aku helakan apabila mendapati figura tersebut dimiliki oleh Zane yang basah kuyup dek kerana bermandi hujan yang turun dengan lebatnya di luar.

"Awak buat apa kat sini?" Soalku, sedikit bimbang dengan keadaannya.

Zane mendongakkan kepalanya. Walaupun mukanya dibasahi dengan air hujan, aku dapat melihat air mata yang jatuh bercucuran pada pipinya ditambah pula dengan matanya yang kelihatan bengkak.

♚♚♚

» love is in the air haha. jgn lupa vote k?

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now