♚ 27 ♚

7K 433 12
                                    

Aku menuruni anak tangga dan menuju ke dapur. Gelas yang diletakkan dalam kabinet aku capai lalu aku letakkan pada kaunter dapur.

Pintu peti sejuk aku buka dan aku keluarkan sejag air kosong. Gelas yang kosong itu aku isi dengan air tersebut lalu aku teguk untuk menghilangkan dahaga.

Suara-suara yang berbicara membuatkan aku menoleh ke arah mereka. Perbualan mereka terhenti apabila mereka berdua menyedari kehadiranku.

“Kak Daneen!” Jerit Reen sambil tangannya dilambaikan ke arahku. “Reen dengan abang nak pergi mall. Abang janji nak belikan Reen hadiah. Kak Daneen nak ikut?” Ajaknya.

“Akak...” Aku cuba untuk memikirkan sebuah alasan untuk tidak turut sama bersama mereka.

“Jomlah ikut sekali. At least, saya tak berseorangan tunggu budak ni pilih hadiah dia.” Kata-kata Zane membuatkan dia menerima tamparan perlahan pada lengannya oleh Reen.

Aku pun nak pergi beli novel baru. Apa salahnya kalau pergi sekali dengan dia?

Aku mengangguk. “Saya pergi bersiap dulu.” Beritahuku kepadanya.

Setelah itu, aku mendaki tangga menuju ke bilikku. Aku masuk ke dalam closet untuk mengganti pakaian yang aku kenakan.

Aku akhirnya memutuskan untuk memakai baju berwarna merah jambu muda tidak berlengan dan memadankannya dengan cardigan berwarna putih susu. Aku turut mengenakan seluar denim dan kasut plain ballerina flats berwarna merah jambu muda.

Beg tanganku yang berwarna merah jambu aku capai lalu aku pergi meninggalkan bilikku. Aku menuju ke ruang tamu di mana Reen dan Zane sedang berbual kosong sambil menungguku.

“Kak Daneen.” Ucap Reen.

Zane yang berpaling dari aku segera bangun dari duduknya dan berpaling untuk menghadapku. Mulutnya terkunci rapat.

“Amboi, abang! Tahulah Kak Daneen itu cantik sangat tapi tak payahlah renung sampai macam itu sekali.” Reen menyiku lengan Zane.

“Mana ada!” Nafi Zane.

“Apa dia? Abang cakap Kak Daneen tak cantik?” Usik Reen lagi.

“Eh, tak!” Zane menggelengkan kepalanya lalu menoleh ke arahku. “A-awak cantik. Ca-cantik sangat.” Pujinya sambil tergagap-gagap.

Daneen, kawallah sikit perasaan kau itu. He's just being polite.

“Terima kasih.” Aku mengukirkan senyuman paksa.

“Eleh! Usik sikit, dah nak gabra!” Reen menyiku lengan Zane sekali lagi. “Akak, jom!” Reen menarik tanganku untuk mengikutinya keluar.

Aku mengikuti langkah Reen meninggalkan menuju ke luar. Kereta Zane diletakkan benar-benar di hadapan rumah. Reen berhenti lalu membukakan pintu duduk penumpang di hadapan.

“Apa kata akak duduk kat depan?” Cadang Reen.

Zane yang baru sahaja membuka pintu tempat duduk pemandu terhenti lalu memandang ke arah kami berdua. Mataku dan mata hazel itu sekali lagi terkunci. Aku segera mengalihkan pandanganku serentak dengannya.

“Tak apa. Biar akak yang duduk kat belakang.” Ujarku kepada Reen, sempat aku mengerling ke arah Zane yang segera masuk ke dalam perut kereta.

Reen akur lalu masuk ke dalam perut kereta. Aku membuka pintu tempat duduk penumpang di belakang lalu masuk.

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now