♚ 9 ♚

7.4K 462 7
                                    

Aku duduk pada katil Dira. Setiap kali aku mempunyai masa terluang, aku akan pergi ke bilik Dira untuk bersembang kerana aku bukanlah jenis yang suka menonton televisyen. Hendak melayari Instagram pula, semua kandungannya sama sahaja dan membuatkan aku jenuh.

Aku teringat akan pertelingkahan Dira bersama Damian pada hari pertama mereka bertemu. Dira kelihatan amat marah ketika itu tetapi Damian pula berlagak seperti dia tidak tahu menahu tentang apa-apa.

Patut ke aku tanya?

Dira menutup bukunya lalu mengeluh. Dia menoleh ke arah aku dengan wajah yang berkerut seribu seperti sesuatu amat membimbangkannya. Dia menggelongsor pada kerusinya dan berhenti benar-benar di hadapanku.

“Daneen, kalau aku nak cakap sikit boleh?” Soalnya.

Aku mula terasa tidak sedap hati kerana Dira bukanlah jenis yang meminta kebenaran dahulu sebelum berbicara. Aku pasti, hal yang hendak dibincangkannya ini agak serius.

Aku mengangguk perlahan.

“Aku.. aku nak kau break dengan Damian.” Ujar Dira.

Dia nak aku break dengan Damian?

“Dia tak layak untuk kau—no! Kau tak layak untuk dia.” Ujar Dira. Suaranya tiba-tiba ditinggikan.

“Maksud kau?” Soalku.

Air mata mula mengancam untuk mengalir pada pipi. Ini merupakan pertama kali aku jatuh cinta—ya, jatuh cinta. Mungkin ini kedengaran agak klise tetapi aku tidak dapat menafikan Damian merupakan cinta pertamaku.

“Aku tak layak untuk dia? Kenapa?” Aku bangun dari katilnya. “Sebab aku tak cantik macam kau dan perempuan lain? Sebab aku bukan berasal dari keluarga yang kaya?” Aku berhenti sejenak. “Atau sebab kau ada kenangan silam dengan Damian?”

Dira kelihatan terkejut dengan ayat terakhir yang aku ucapkan kerana dia serta-merta bangun dari kerusinya. Dia memegang bahuku tetapi segera aku tepis.

“It's true, right? Kau dengan Damian ada hubungan masa lalukan?” Soalku. Air mata yang mengalir aku biarkan sahaja.

Dira diam tidak berputik. Dia mengeluh perlahan sambil matanya tertutup. Apabila dia membuka kelopak matanya, aku dapat melihat anak matanya yang turut berkaca.

“Yes.” Balas Dira. “Damian.. maksud aku Ian lelaki yang suka kat aku dulu.” Beritahu Dira.

Maksudnya.. Damian sebenarnya menunggu Dira pada hari pertama kami berjumpa di kafe dahulu? Kenapa dia tak pernah bagitahu aku?

“Aku tahu yang dia tinggalkan aku untuk perempuan lain tapi aku tak tahu perempuan tu sebenarnya kau.” Jelas Dira lagi lalu mengesat air matanya.

Aku mengeluh sinis. “Tinggalkan kau?” Soalku dengan senyuman sinis. “Kau yang tak datang masa dia beriya sangat nak jumpa kau hari tu dan sekarang kau nak cakap yang dia tinggalkan kau?” Aku meninggikan suaraku.

“Macam mana kau tahu?” Soal Dira, matanya terbeliak.

“Sebab aku yang temankan dia dalam kafe tu dari pertama kali dia masuk sampailah kafe tu tutup. Dia tunggu kau berjam-jam dan kau langsung tak muncul.” Balasku. “So sekarang, siapa yang tinggalkan siapa?” Soalku lagi dengan nada yang sinis.

Dira rebah terduduk di atas katilnya. Dia mengesat air hangat yang bercucuran pada pipi mulusnya. Esakan demi esakan dapat aku dengari. Aku mengangkat tangan untuk mengesat air matanya tetapi terhenti.

Sorry Dira, but I need to be selfish just for once.

Aku menurunkan semula tanganku dan berpaling. Bibirku terketar-ketar. Ini merupakan pertama kali aku dan Dira bertelingkah selama tiga tahun perkenalan kami.

Aku menarik nafas dengan dalam lalu mengesat air mataku dengan segera. Aku memulas tombol pintu lalu keluar dari bilik tersebut. Aku menghempas pintu biliknya dek kerana rasa marah yang membuak dalam hati.

Esakan Dira masih dapat aku dengari dari luar biliknya. Aku menyandarkan belakangku pada dinding dan perlahan-lahan aku terduduk pada lantai. Aku merapatkan lututku pada dada lalu memeluknya. Mukaku aku sembamkan pada lututku dan aku menangis semahuku.

♚♚♚

Hari bersilih ganti. Sudah dua hari aku tidak bertegur sapa dengan Dira. Bahkan, bertukar senyuman juga tiada. Jika aku berada di ruang tamu, dia akan mengelak dan hanya berada dalam biliknya dan begitu juga yang sebaliknya.

Aku tahu dia rasa bersalah atas apa yang dikatakannya dua malam yang lalu dan aku juga berasa sama. Namun, egoku membuatkan aku diam tidak berputik setiap kali bertemu dengannya.

Terkadang, Dira langsung tidak pulang ke rumah. Aku menganggap dia sedang menyiapkan tugasannya di Universiti tetapi aku tahu itu hanyalah alasan untuk dia mengelak dariku.

Tiba-tiba, matahari yang tegak memancar di atas kepalaku menjadi mendung. Aku mendongak dan mendapati Damian tersenyum sambil menggunakan payungnya untuk menyekat cahaya matahari daripada mengenaku.

Aku mengukirkan senyuman kecil lalu bangun dari bangku taman yang ada pada laluan pejalan kaki di Universiti itu. Aku dan Damian berjalan bersama tanpa sesiapa pun berbicara.

Aku menggigit bibir sambil menunduk. Jari jemariku aku genggam dengan erat. Tiba-tiba, Damian menghentikan langkahnya membuatkan aku turut sama berhenti.

“Cakaplah apa yang awak nak cakap.” Ujar Damian secara tiba-tiba. Aku memberikannya pandangan keliru. “Awak gigit bibir awak then awak berjalan sambil tertunduk. Jari awak pula awak genggam. Itu maksudnya awak nak cakap something kat saya tapi awak ragu-ragukan?” Tambah Damian sambil tersenyum.

He know me well.

Aku memalingkan badanku agar menghadap ke arahnya. “Apa hubungan awak dengan Dira?” Aku mengerutkan keningku.

♚♚♚

» jeng jeng jeng arizaysk

Nak Ngorat Awak, Boleh?Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu