♚ 57 ♚

7K 408 14
                                    

     “Attention to all passengers. Please return to your seat and fasten your seatbelt. We will arrive shortly at the Catalina Airport.” Pengumuman dibuat melalui pembesar suara oleh juruterbang pesawat yang kami naiki.

     Apabila Datin Masha mengajakku untuk bercuti bersama mereka, pusat pelancongan yang terlintas dalam fikiranku hanyalah pusat pelancongan dalam negara. Akan tetapi, percutian yang dirancang oleh keluarga beliau membuatkan aku terlopong.

     Catalina Island, California. Pulau tersebut menjadi destinasi pelancongan kami. Reen memberitahuku yang keluarga mereka sering bercuti dan melancong ke tempat-tempat di Malaysia dan kali ini, Dato’ Farihin ingin merasakan pula percutian keluarga di luar negara.

     Tambahan lagi, beliau ingin meraihkan kejayaan Arian Co. yang telah berdiri teguh selama 21 tahun dan telah dinominasi sebagai syarikat pembinaan yang terbesar di Malaysia. Tidak sia-sia usaha beliau selama ini.

     “Kak Daneen.” Reen yang duduk bersebelahan denganku dalam kereta yang kami naiki mencucuk bahuku menggunakan jari telunjuknya.

     “Apa dia?” Aku menoleh ke arahnya.

     “Boleh tak kalau kita share bilik? Reen tak naklah sebilik dengan dia.” Reen mengerling ke arah Dira yang duduk di sebelahnya.

     Aku tertawa kecil lalu menganggukkan kepalaku. Reen dan Datin Marissa juga bercuti bersama kami.

     Setelah lebih kurang 40 minit perjalanan dan perjalanan sejauh 10 km, kami akhirnya tiba di destinasi kami iaitu Hotel Metropole.

     Apabila aku keluar daripada kereta, Damian kelihatannya sibuk mengeluarkan bagasi-bagasi kami dari dalam bonet kereta. Bagasi terakhir yang dikeluarkannya adalah milikku dan aku teragak-agak untuk mengambil bagasi tersebut daripadanya.

     “Siapa punya ini?” Soalnya kepada kami sambil meneliti bagasi tersebut.

     Aku membuka mulutku untuk menuntut bagasi tersebut tetapi imbasan kembali pertelingkahanku dengannya ketika berada di perhentian bas minggu lalu merasuk ke dalam fikiran membuatkan aku tergamam pada tempatku.

     Dia masih lagi meneliti bagasi tersebut untuk mengenalpasti sama ada bagasi itu milik sesiapa sahaja daripada kami ataupun bagasi tersebut milik penumpang lain yang diambil secara tidak sengaja.

     Bagaikan patung dalam butik, aku kaku pada tempatku dan tidak bergerak walaupun seinci. Mataku tekun memerhatikannya.

     “Babe.” Dira memegang bahu Damian.

     Damian sedikit terperanjat dengan kehadiran Dira tetapi dia kembali tenang. Aku cuba untuk mengalihkan pandanganku daripada mereka tetapi tidak berdaya.

     “You tahu tak ini beg siapa?” Soal Damian kepada Dira sambil memandangnya.

     Dira meneliti beg tersebut. Pandangannya jatuh pada pelekat corak bunga yang aku tampal pada tepi beg tersebut dan wajahnya berubah. Dia mendongak ke hadapan dan mata kami bertembung.

     “That would be my fiancee's bag.” Zane muncul entah dari mana lalu merampas pemegang bagasi tersebut daripada tangan Damian.

     Setelah merampas bagasiku, Zane berjalan menuju ke arahku. Pandangan Damian mengikuti figura Zane dan secara tidak sengaja, pandangannya jatuh padaku yang berdiri tidak jauh dari mereka.

     “Babe.” Dira menarik lengan Damian perlahan dengan kening yang berkerut.

     Damian akhirnya mengalihkan pandangannya daripada terus merenungku dan menoleh kepada ‘Si Dia’ yang berdiri di sampingnya. Dia mengukirkan senyuman manis kepada Dira seakan meminta maaf.

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now