♚ 20 ♚

7K 460 3
                                    

Setelah selesai membersihkan diri, aku meluru masuk ke dalam closet bersebelahan dengan bilik mandi. Aku sekadar mengenakan kemeja oxford bercorak denim dan seluar berwarna hitam.

Usai sahaja mengenakan pakaian, aku berdiri di hadapan cermin yang tergantung pada dinding. Rambutku yang mencecah bawah pinggang aku ikat agar menjadi rambut ikat ekor kuda.

Aku langsung tiada menggunakan bedak mahupun apa sahaja pada mukaku kerana di rumah ini ada kami sahaja. Lagipula, aku tidak biasa dengan solekan-solekan muka termasuklah asas solekan muka.

Jam di dinding sempat aku kerling dan waktu menunjukkan sudah hampir pukul 8 malam. Aku pun bergegas pergi meninggalkan bilikku.

Aku dapat mendengar tawa yang kedengaran agak garau dan sepertinya milik seorang lelaki yang bergema pada seluruh rumah. Aku cuba mengintai empunya suara tersebut tetapi aku tidak dapat melihat sesiapun dari berdiri di situ.

“Betullah lelaki tadi tu abang dia.” Gumamku bersendirian.

Tiba-tiba, perutku berkeroncong dan aku teringat bahawa aku tidak makan apa-apa sejak tengahari tadi. Bau harum yang datang daripada makan malam yang telah disediakan oleh Datin Marissa semakin membuatku lapar.

Tanpa berlengah, aku segera menuruni anak tangga. Aku terlalu fokus melihat gambar-gambar yang digantung di sepanjang dinding bersebelahan tangga sehinggakan aku terlepas sebuah anak tangga.

“AHH!” Jeritku apabila aku hampir terjatuh.

Mataku tertutup rapat di saat aku melayang ke hujung anak tangga dan menunggu diriku untuk rebah ke lantai. Anehnya hal itu tidak berlaku. Sebaliknya aku merasakan seseorang telah menyambutku di saat aku terjatuh.

Aku membuka kelopak mataku perlahan-lahan. Nafasku terhenti di saat aku mendapati aku sedang merenung jauh ke dalam sepasang mata berwarna hazel.

“Z-Zane?” Aku tergagap-gagap menyebut nama empunya lelaki yang menyambutku itu.

“Daneen?” Lelaki di hadapanku itu turut terkejut dengan kehadiranku.

Aku segera melepaskan diri dari berada dalam dakapannya. Suasana bertukar kekok dan tegang. Zane menggaru tengkuknya dengan janggal manakala aku pula berdiri kaku tidak tahu hendak berkata apa.

“What happened?” Aunty dengar Daneen menjerit tadi! Datin Marissa muncul di hadapan kami.

Alahai, aku nak jawab apa? Takkanlah aku nak bagitahu Datin Marissa yang Zane tak sengaja terpeluk aku bila nak sambut aku daripada jatuh tadi. Malulah aku nanti!

Aku mengetap gigi. Aku dapat merasakan pipiku berasa semakin hangat apabila berada lebih lama dalam situasi tersebut. Zane pula kelihatan agak malu juga.

“Zane?” Datin Marissa berpaling ke arah Zane untuk mendapatkan jawapan tetapi Zane tergamam pada tempatnya. “Daneen?” Datin Marissa berpaling padaku pula.

“Sa-saya.. Zane.. Ki-kitorang..” Aku cuba memikirkan jawapan bagi soalan Datin Marissa itu selagi aku tidak mendapat malu.

“Daneen ternampak cicak tadi!” Zane mencantas percakapanku. “Sebab itulah Daneen menjerit. Dia nampak cicak.” Beritahu Zane sambil tersenyum kekok.

“Cicak?” Datin Marissa sukar untuk mempercayai akan hal itu.

“Yes, cicak!” Aku menyokong pernyataan Zane itu. “Tapi cicak itu dah lari.” Tambahku lagi sambil menudingkan jariku ke arah pintu utama rumah tersebut secara spontan.

Datin Marissa akhirnya mengangguk tanda dia mempercayai penipuan yang kami cipta. Aku dan Zane menghela nafas lega secara serentak membuatkan kami berpandangan antara satu sama lain. Senyuman kecil terukir pada bibir masing-masing.

“Mama, Reen...” Reen terhenti apabila melihat aku. “Ada apa ni? Ada mesyuarat ke?” Reen bergurau.

“Eh, taklah!” Nafiku dengan segera.

“Okay. If there's nothing, boleh tak kita makan sekarang sebab Reen dah kebulur sangat!” Reen mengusap perutnya sambil mengeluh.

“Bagus juga!” Aku sekali lagi membalas kata-kata Reen membuatkan Reen terjongket kening.

“Anyway, Akak, this is...” Reen baru sahaja hendak memperkenalkan aku dan Zane.

“We know each other!” Ujarku dan Zane serentak.

Kami menerima pandangan curiga daripada Reen dan Datin Marissa. Aku dan Zane pula semakin merasai atmosfera yang kian kekok setiap minit berlalu.

“Zane dengan Daneen dah jumpa masa kat Australia dulu. Same university.” Jelas Zane sambil tangannya diselukkan ke dalam poket jeansnya.

Dia masih Zane yang sama.

Aku tidak dapat menahan diri daripada mengukirkan senyuman kepada Zane. Zane turut membalas senyumanku itu. Mata kami bertaut buat suatu masa yang lama sehinggalah Reen berdehem dan kami kembali ke alam realiti.

“So, shall we eat? Atau Kak Daneen dengan Abang Zane nak stare into each others eyes lebih lama?” Usik Reen sambil tersenyum sinis penuh makna.

“Eh, Reen ni buat lawaklah pula!” Ujarku dengan kekok.

Ya Allah, Daneen! Yang kau pergi renung dia tu kenapa? Tak pasal-pasal kau malu sendiri.

“Dah, jom makan!” Zane memalingkan Reen agar menghadap ke belakang lalu membawa Reen pergi dari situ.

Sweet juga si Reen dengan Zane ni. Tak mungkinlah diorang berdua ni adik-beradik. Muka tak sama and then sweet pula tu. Agak-agak diorang berdua ni ada apa-apa hubungan yang lebih dari sekadar kawan ke? Tunang maybe?

♚♚♚

» Sorry, trlupa pula nak update pagi tdi 😂 thank you fr the 1k+ reads within a week 😭

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now