♚ 22 ♚

7.2K 435 12
                                    

Awal pagi lagi aku sudah mencelikkan mata. Penghuni rumah ini semuanya masih lagi berada dalam bilik masing-masing. Aku memutuskan untuk turun ke bawah dan menyediakan sarapan buat diriku dan yang lain.

Sejak aku melangkah masuk ke rumah ini, aku menyedari rumah ini tidak terdapat pembantu rumah. Hanya Pak Mat sahaja pekerja di sini tetapi beliau juga tidak menetap di sini.

Bukan itu sahaja, aku turut tercari di manakah suami Datin Marissa. Aku hendak bertanya kepada Reen tetapi tidak mendapat peluang lagi setakat ini.

“I'm the one yeah, I'm the one yeah..” Aku bernyanyi sambil menuruni anak tangga.

Aku hampir terjatuh pada anak tangga terakhir apabila pintu utama yang berhadapan dengan tangga terbuka luas dan Zane tercegat di hadapan pintu. Dia juga seperti aku, terkejut dengan kehadiran masing-masing.

Dia memakai baju tanpa lengan dan seluar joging yang melepasi lututnya. Peluh menitik pada dahinya yang dilapnya menggunakan kain tuala putih dalam tangannya.

“Er selamat pagi.” Ucap Zane sambil mengurut tengkuknya dengan janggal.

“Selamat pagi.” Balasku. “J-joging ke?” Soalku.

Ya Allah, Daneen! Dah sah-sah dia baru balik dari berjoging, kau boleh tanya lagi?!

“Taklah. Berenang.” Balasnya, sengaja hendak mengusik aku.

Aku sekadar memberikan jelingan gurauan ke arahnya lalu menggelengkan kepalaku. Dia masuk lalu menutup semula pintu.

“Saya.. pergi bersihkan diri dulu.” Sempat dia memberitahu aku.

Aku mengangguk faham. Zane berlalu pergi setelah itu dan aku meneruskan perjalananku ke dapur. Dapur rumah ini sentiasa kelihatan kemas dan lengkap dengan setiap perkakas dapur yang aku perlukan.

“Nak masak apa?” Jari telunjuk aku dekatkan pada hujung bibir sambil berfikir.

Aku membuka peti sejuk dan mengeluarkan bahan-bahan yang aku perlukan. Hari ini, aku memutuskan untuk menyediakan nasi goreng sebagai sarapan pagi yang akan aku persembahkan kepada mereka.

Aku mengeluarkan sosej yang membeku dari dalam peti sejuk lalu aku rendam dalam air untuk melembutkan semula sosej tersebut. Bawang yang baru sahaja aku keluarkan dari dalam bakulnya aku letakkan pada kaunter.

“Mana pula landas pencincang ni?” Soalku sendirian.

Aku membuka semua kabinet bawah kaunter termasuklah laci-laci tetapi masih juga tidak menjumpainya. Mataku beralih kepada kabinet yang terletak di atas peti sejuk.

Aku mengatur langkah ke arah peti sejuk. Dek ketinggianku hanya 155 cm, aku terkapai-kapai untuk membuka pintu kabinet tersebut yang begitu tinggi.

Aku tersenyum apabila mendapati apa yang aku cari selama ini berada di dalam kabinet tersebut. Akan tetapi, ada satu masalah.

Macam mana aku nak capai benda tu? Aku dahlah pendek. Nak buka pintu kabinet pun susah, inikan pula nak ambil landas pencincang tu.

Aku pun memulakan misi untuk mencapai landas pencincang. Kakiku yang pendek itu terlompat-lompat hendak menggapai papan tersebut.

Tiba-tiba, sebuah tangan menggapai landas pencincang tersebut. Aku berhenti daripada menjadi kanggaru dan menoleh ke arah empunya tangan tersebut.

Zane menghulurkan landas pencincang tersebut kepadaku manakala satu lagi tangannya diselukkan ke dalam poketnya. Dia sudah pun segak berkemeja berlengan panjang berwarna biru elektrik.

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now