♚ 58 ♚

7.1K 394 16
                                    


     Aku duduk di dalam bilik yang gelap. Separuh badanku diselimuti dengan selimut tebal manakala mataku asyik menonton rancangan yang dipamerkan pada televisyen.

     “Kak Daneen buat apa ini?” Soal Reen yang baru sahaja keluar dari dalam bilik mandi.

     “Tengok tvlah.” Balasku dengan selamba.

     “Tengok tv?” Reen mengeluh sinis. “Kak Daneen travel this far semata-mata nak tengok tv?” Tambahnya lagi.

     “Hari dah malam, nak buat apa lagi kalau tak tengok tv?” Balasku pula sambil memandangnya.

     “No, no, no!” Reen menggerakkan jari telunjuknya ke kanan lalu ke kiri.

     Aku berpura tidak mendengar pembangkangannya itu dan terus menonton rancangan tersebut. Reen mula hilang sabar dan dia menekan butang matikan televisyen tersebut.

     “Reen!” Aku merengek.

     “Kak Daneen pergi bersiap, lepas itu Kak Daneen ikut Reen keluar.” Arah Reen sambil bercekak pinggang di hadapan katilku.

     “Nak pergi mana?” Aku menegakkan posisi dudukku sambil menggosok mataku.

     “Campfire night!” Jerit Reen dengan teruja. “Abang Zane, Abang Damian, perempuan sihir itu semuanya join sekali. “Tapi mama, uncle dengan aunty ada plan sendiri so diorang tak dapat join.” Tambah Reen lagi.

     “Tak nak! Akak tak nak ikut!” Aku menggelengkan kepalaku. “Akak pun ada plan sendiri. Akak nak tengok tv, makan popcorn and then tidur.” Aku menyilangkan lenganku lalu aku rapatkan ke dada sambil belakangku aku sandarkan pada kepala katil.

     “No! Akak kena ikut juga!” Reen merengek manja.

     “Let me think first.” Aku berpura-pura mempertimbangkan pelawaan Reen itu. “Eh, no way!” Ujarku sambil ketawa mengekek.

     Jika telinga berasap itu suatu perkara yang tidak mustahil, sudah tentu telinga Reen mengeluarkan asap ketika itu. Setelah berputus asa untuk mengajakku dengan cara yang baik, dia memegang kakiku lalu ditariknya.

     “Reen, lepas, lepas!” Pintaku apabila aku hampir terjatuh daripada katil.

     “Kak Daneen nak ikut atau tak? Kalau tak, Reen pun tak nak lepas.” Dia cuba untuk mengugutku.

     “Okay, okay, akak ikut.” Akhirnya, aku mengalah.

     Dia melepaskan genggamannya pada kakiku lalu tersenyum puas. Aku bangun daripada katil lalu mencapai tualaku dan menuju ke dalam bilik air.

     “I hate you!” Jeritku dari dalam bilik air.

     “I love you too!” Jerit Reen kembali membuatkan aku tertawa kecil.

     Nasib baiklah Reen ada kat sini. Terubat juga rindu aku kat Haikal sebab rasanya Reen dah macam adik aku sendiri.

     Setelah selesai membersihkan diri, aku keluar dari bilik air dan mendapati tiada sesiapa lagi di dalam bilik kami. Mataku menangkap sehelai kertas yang diletakkan pada meja solek.

     “Campfire kat pool xoxo.” Aku membaca nota yang ditinggalkan oleh Reen pada kertas berwarna kuning pucat tersebut.

     “Kenapalah aku setuju nak ikut?” Aku mengeluh perlahan lalu meletakkan semula kertas tersebut pada meja solek.

     Memandangkan cuaca di luar agak sejuk, aku memutuskan untuk memakai pakaian yang akan membekalkan kehangatan padaku. Aku mengenakan pullover sweater berwarna putih lalu aku tuck in ke dalam seluar bercorak denim yang aku kenakan.

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now