♚ 35 ♚

7.1K 423 8
                                    

"Daneen?" Damian memandangku dengan riak terperanjat.

Aku segera menjauhkan tanganku dari rambutnya. Aku melangkah selangkah ke belakang kerana takut sekiranya dia akan memarahiku.

"Aku kat mana ini?" Dia melihat sekeliling bilik.

"Ho-hospital." Jawabku dengan gagap. "Encik Damian pengsan tadi." Tambahku lagi.

Dia mengeluh sinis. Rambutnya yang tidak kemas itu diraupnya dengan kasar seperti sesuatu sedang menganggunya. Tiba-tiba, dia menoleh semula padaku.

Dia mengangkat tangannya dan membuatkan aku berpaling dengan mata tertutup. Aku menunggu sebuah tamparan darinya dan sekian lama menunggu, tiada apa yang berlaku.

Aku memberanikan diri untuk membuka mata dan berpaling semula untuk melihatnya. Tepat setelah aku memandangnya, tangannya menyentuh perlahan pipiku. Ibu jarinya mengesat air mataku yang masih bersisa.

Mata kami berpaut buat satu masa yang lama. Mata hazel yang kelihatan lelah itu merenung ke dalam mataku.

Look away, Daneen. Dia bukan milik kau lagi.

Aku menjarakkan diriku darinya. Tangannya yang tadi mengusap pipiku terawang-awang di udara. Perlahan-lahan, dia menurunkan tangannya semula.

"Habuk masuk dalam mata saya kot." Aku menggosok perlahan mataku. "Encik Damian rehatlah dulu. Kak Mia dah call tunang Encik Damian. Kejap lagi, dia sampailah itu." Beritahuku dalam nafas yang sama.

Dia mengeluh perlahan lalu mengangguk. Aku menggigit bibir, tidak tahu hendak berkata apa lagi. Berbanding di pejabat, Damian yang berada di hadapanku ini kelihatan berbeza.

Di pejabat, dialah bos yang dingin, yang tidak tahu mengucapkan terima kasih, mementingkan diri, biadap tetapi Damian di hadapanku ini, sama seperti dirinya yang dahulu.

"Hari dah nak malam. Saya balik dulu." Ujarku kepadanya.

Beg tanganku yang aku letakkan pada almari kecil bersebelahan dengan katilnya aku capai lalu aku genggam dengan erat. Aku berpaling ke belakang untuk meninggalkan bilik tersebut.

"Daneen." Panggilnya dengan perlahan.

Kakiku terhenti.

Dah lama awak tak panggil saya macam itu. Saya rindu sangat kat awak.

Aku menggagahkan diri untuk menghadapnya semula. "Ya?" Sahutku.

"Boleh tak kalau esok kau datang lagi?" Pintanya dengan selamba tetapi matanya kelihatan seperti dia merayu.

"Mestilah saya kena datang. Sayakan P.A Encik Damian." Balasku sambil memaksakan sebuah senyuman agar terbit pada bibirku.

Dia mengangguk lalu menghela nafas lega. Bibirnya ditarik agar menjadi senyuman. Kali ini, senyuman tidak lagi sinis tetapi kelihatan amat ikhlas.

"Selamat malam." Ucapku perlahan seperti berbisik.

Dia mengangguk lagi. "Selamat malam." Balasnya pula.

Aku terus meninggalkan bilik itu. Pintu biliknya aku tutup semula. Tiba-tiba, seluruh badanku terasa lemah. Sebak di hati semakin menjadi.

Aku rebah terduduk pada bangku pelawat. Aku menutup wajahku menggunakan kedua-dua tapak tanganku. Air mata yang dari tadi aku tahan mengalir semula.

"Saya rindukan awak." Hanya itu yang mampu aku ucapkan.

♚♚♚

Aku membuka pintu bilik wad Damian dengan perlahan kerana risau sekiranya dia masih berehat dan tidak ingin mengejutkannya.

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now