♚ 13 ♚

7.2K 443 4
                                    

"Daneen!" Jerit Mrs. Aplin yang bercekak pinggang di hadapan kelas.

Sekali lagi aku dikejutkan dengan suara nyaringnya. Semua mata mula memandangku. Ada yang menahan tawa, ada yang kelihatan tidak peduli, ada pula yang memberikan pandangan simpati.

"This is the third warning already." Tegur Mrs. Aplin dengan nada yang kecewa.

Ucapan maaf seakan tersangkut di kerongkongku. Aku diam tidak berputik lalu menundukkan kepalaku. Aku hanya mampu mengeluh.

Mrs. Aplin menghela nafas panjang. "Class dismiss." Ujarnya. "And you Daneen, meet me right after class." Arah Mrs. Aplin dengan renungan yang tajam.

Aku mengangguk faham. Tahniah, Daneen! Akhirnya kau dapat juga detention class. Ugh!

Para pelajar mula mengosongi dewan kuliah. Aku pun mengatur langkah menuju ke arah meja Mrs. Aplin yang terletak di hadapan kelas.

"Tell me, whats wrong with you? You were the best in my class and now you're failing." Rungut wanita kaukasia itu.

I'm heart broken. That what's wrong.

"It was nothing. I'm just feeling a bit under the weather, that's all." Balasku dengan selamba.

Wanita di hadapanku itu mengangguk sambil mengeluh perlahan. "Alright then. If there's anything I can help, you can tell me." Beritahunya sambil tersenyum simpati. "You can leave now." Tambahnya pula.

"Thank you." Ucapku sebelum berlalu pergi.

Aku berhenti setelah melangkah keluar dari dewan kuliah. Tali begku aku perbetulkan. Keluhan meniti pada bibir apabila aku melihat cahaya matahari yang benar-benar berada di atas kepala memandangkan sudah waktu tengahari.

"Haih, kenapa hari ni panas?" Aku mengeluh sambil bibirku aku muncungkan.

Aku akhirnya memutuskan untuk pulang ke rumah dan meredahi cuaca panas itu. Aku membuka langkah dan tiba-tiba aku merasakan seseorang meraih lenganku lalu memutarkan aku 180 darjah.

Mataku yang terpejam kerana terkejut secara perlahan-lahan aku buka. Alangkah terkejutnya aku apabila mataku bertaut dengan sepasang mata hazel. Aku segera menolak lelaki di hadapanku itu.

Lidahku kelu. Aku teringat semula pertemuan pertamaku dengan Damian. Hal yang sama juga berlaku di antara kami berdua.

"Awak okay?" Soal lelaki di hadapanku itu. "Awak sepatutnya lebih berhati-hati tahu?! Macam mana kalau penunggang basikal tadi tu terlanggar awak?!" Dia menengkingku.

Aku benar-benar tidak ingin berbalah apatah lagi dengan seorang lelaki yang aku tidak kenali. Aku menarik nafas dengan dalam lalu membuka mulutku untuk mengucapkan terima kasih tetapi terhenti apabila telefon milikku bergetar.

Aku menyelukkan tanganku ke dalam poket seluar jeans yang aku kenakan. Mataku terbeliak apabila aku menerima sebuah pesanan ringkas daripada Damian. Aku segera membaca pesanan ringkas yang ditinggalkan oleh Damian.

Nafasku terhenti. Mata mula berkaca. Lututku terasa lemah dan sepertinya aku akan rebah bila-bila masa sahaja.

"Tak. Tak, dia tipu. It's not true." Aku mula teresak-esak.

Hatiku yang sedia rapuh sudah pun berkecai menjadi ratusan cebisan. Pesanan ringkas yang ditinggalkan oleh Damian itu aku renungi sambil benih-benih hangat mengalir pada pipiku.

"Awak okay ke ni?" Soal lelaki di hadapanku itu dengan nada yang risau.

"Saya kena jumpa dia. All of this, it's not true." Nafiku lagi sambil menggelengkan kepalaku.

Aku berpaling dan berlari dari situ. Lututku yang terasa lemah menyukarkan lagi pergerakanku tetapi aku tidak ingin berputus asa.

Damian, awak tipu sayakan? Just say this is just a prank dan saya akan maafkan awak.

Akhirnya, seluruh kampus ini telah aku redahi untuk mencari Damian. Kafeteria, dewan kuliah, semuanya tidak menunjukkan kelibat Damian.

Para penuntut di Universiti ini juga telah aku tanya berkenaan Damian tetapi tidak seorang pun yang mengenalinya. Ia mustahil. Amat mustahil.

"Daneen? Awak okay ke?" Ternyata, lelaki yang menyelamatkan aku daripada dilanggar oleh penunggang basikal tadi mengekori aku.

Aku tidak mempedulikannya dan segera berlalu dari situ. Jika tiada sesiapa yang mengenali Damian, sekurang-kurangnya pasti pihak universiti tahu di manakah Damian menetap.

Ini peluang terakhir aku untuk jumpa dengan Damian dan dapatkan penjelasan.

"Excuse me, can I get access to a student's home adress?" Soalku kepada seorang kerani.

"What's the name?" Soal kerani tersebut.

Kebiasaannya, kerani dilarang untuk memberi maklumat peribadi penuntut di Universiti kepada orang luar mahupun sesiapa sahaja. Mungkin kerani di hadapanku ini berasa simpati ke atas diriku.

"Damian Arian." Beritahuku.

Kerani tersebut menaip nama yang telah aku sebut pada papan kekunci komputer. Jantungku begitu berdebar bagaikan hendak tercabut sahaja.

"I'm sorry but there's no one by the name Damian Arian here." Beritahu kerani tersebut.

Mustahil!

"Are you sure? Did you spelled it right?" Aku tidak percaya akan kata-kata kerani tersebut. "It's impossible." Tambahku lagi, air mata aku tahan daripada mengalir.

"I'm so sorry, dear but there's no one by that name ever goes here. Not even a teacher." Tambah kerani itu lagi dengan yakin.

Tak mungkin.

Aku faham kalau tiada sesiapa yang kenal Damian Arian tetapi tidak mungkin nama Damian Arian tidak terdaftar pada sistem Universiti ini. Ia membuat Damian seakan tidak wujud.

Aku tak bayangkan kewujudan Damiankan? So kenapa tiada sesiapa pun yang kenal kat dia?

Aku terduduk pada anak tangga. Aku mengeluarkan telefonku semula dan membaca pesanan ringkas daripada Damian. Titisan demi titisan hangat jatuh pada pipiku.

"Awak kat mana?" Soalku bersendirian sambil teresak-esak. "Kenapa awak buat macam ni kat saya?" Soalku lagi.

Aku langsung tidak menyedari hari bertukar senja. Langit yang tadinya biru, kini disirami dengan warna jingga dan ungu. Matahari juga kian terbenam.

"Daneen? Awak kenapa ni?" Soal empunya suara yang sama dari tadi mengekoriku.

Aku hanya mampu teresak-esak. Lelaki tersebut duduk di sampingku. Perlahan-lahan, dia mengambil telefon dari genggaman tanganku. Tidak lama kemudian, lelaki di sampingku itu mengeluh.

"Awak tak boleh macam ni tahu? Awak kena kuat." Nasihatnya. "Kumbang bukan seekor. There's plenty of fish in the water." Tambahnya lagi.

Aku tak kuat. Jujur, aku tak kuat sekarang. Aku dah kehilangan dia. Aku dah kehilangan satu-satunya lelaki yang pernah aku cinta. Macam aku nak kuat?

"It's okay." Bisiknya.

Dia memegang kepalaku lalu disandarkan pada bahunya. Aku menggengam hujung bajuku sambil menangis semahuku. Jaket yang dikenakannya sudah pun basah dengan air mataku.

Tangannya mengusap perlahan tanganku. Dia membiarkan aku menangis semahuku pada bahunya.

"It's okay."

♚♚♚

» an ex-friend of mine introduced the band to me two years ago haha :')

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now