♚ 32 ♚

6.8K 417 10
                                    

Aku melangkah ke balkoni untuk menghirup udara malam yang segar. Waktu baru menunjukkan pukul 8.23 malam.

Telefon yang berada dalam genggaman tanganku bergetar menandakan aku menerima sebuah panggilan. Seperti yang aku jangka, panggilan tersebut dibuat oleh Zane.

“Eleh, rindulah itu!” Omelku sendirian lalu tertawa kecil.

“Assalamualaikum.” Ucap Zane setelah aku menjawab panggilan.

“Waalaikumussalam. Kenapa awak call saya malam-malam ini?” Soalku pula setelah menjawab salamnya.

“Amboi, garangnya! Kenapa? Awak tak suka?” Soalnya pula kepadaku.

Aku meleraikan tawa. “Tak. Bukannya saya tak suka cuma...”

“Cuma apa? Awak ada orang lainkah?” Dia cuba menjeratku dengan soalan cepumasnya.

“Orang lain?”

Wajah Damian bermain di mindaku.

“Kenapa awak call saya?” Aku mengubah topik perbicaraan kami.

“Saya nak ajak awak keluar. Nak tak?” Aku dapat merasakan dia sedang tersenyum di hujung talian.

“Esok saya busy sikit...”

“Maksud saya, malam ini. Awak nak tak keluar dengan saya malam ini?” Dia mencantas kata-kataku dengan segera.

“Malam ini?” Aku menggigit bibir. “Okay.” Balasku.

“Okay. Apa kata awak bersiap dulu then awak turun.” Cadangnya.

“Turun?” Aku menjongket kening.

“Tengok bawah.” Arahnya.

Aku menjulingkan anak mataku. Pandanganku aku lontarkan ke arah jalan masuk utama ke banglo tersebut.

Zane?

Kelihatan Zane berdiri di samping keretanya sambil menyandarkan belakangnya pada pintu kereta yang tertutup. Kakinya disilangkan sambil tangan kanannya melambaikan telefon yang dipegangnya.

Dia hanya memakai kemeja T Polo berwarna putih dan mengenakan seluar jeans. Rambutnya pula kelihatan seperti selalu.

Aku mematikan panggilan telefon tersebut lalu memandang Zane sambil kepalaku aku gelengkan. Dia mengenyitkan matanya lalu tertawa.

Aku menudingkan ibu jariku ke arah pintu masuk ke dalam bilikku sebagai isyarat yang aku hendak bersiap dahulu. Dia membalas dengan anggukan faham.

Waktu aku bersiap tidak memakan masa yang lama memandangkan aku hanya berpakaian kasual sahaja. Solekan pula sekadar bedak dan pelembap bibir sahaja.

Aku mengenakan t-shirt The Fault In Our Stars dan seluar jeans sahaja. Rambut yang mencecah bawah pinggang aku biarkan begitu sahaja. Usai sahaja aku bersiap, aku turun ke bawah untuk berjumpa dengan Zane.

Zane dan Datin Marissa kelihatannya sedang berbual kosong sambil menunggu aku. Aku berdehem bagi memberitahu mereka akan kehadiranku. Mereka berpaling ke arahku.

“Dah siap pun kamu!” Getus Datin Marissa. “Zane, jangan lupa pesan Aunty. Hantar Daneen balik sebelum pukul 11 malam. Kalau tidak, siap kamu Aunty kerjakan.” Sempat Datin Marissa berpesan.

“Aye, aye, kapten!” Zane mengangkat tangan kanannya ke paras dahi, tanda tabik. “Jom?” Ujarnya kepadaku.

“Jom.” Aku mengukirkan senyuman.

♚♚♚

“Kenapa awak nak pergi sini? Rasanya barang-barang kat shopping mall lebih baik dari kat pasar malam ini.” Zane menyuarakan pendapatnya.

“Yeah, but barang kat sini lebih murah.” Balasku pula.

“Whatever.” Balasnya dengan acuh tak acuh.

Alah, Daneen! Kau kena faham Zane itu anak orang kaya. Sah-sahlah dia tak biasa dengan tempat macam ini.

“Jom kita pergi sana!” Aku menudingkan jariku ke arah sebuah gerai yang menjual kemeja T.

Zane mengangguk lemah. Aku mengeluh perlahan agar Zane tidak mendengarinya. Kami berdua berjalan menghampiri gerai tersebut.

Tanganku lantas membelek-belek kemeja T yang terdapat di situ. Sehelai kemeja T yang tertulis To The Moon And Back menarik perhatianku. Aku menggapai baju kemeja T tersebut lalu aku dekatkan ke badanku.

“Cantik tak?” Aku ingin meminta pendapat daripada Zane.

Zane melihat baju yang aku pegang itu dengan riak yang kosong. Akhirnya, dia hanya membalas soalanku dengan jongketan bahu.

“Nak beli ke, dik?” Soal empunya gerai tersebut.

Aku mengangguk sambil tersenyum kecil. “Berapa harga t-shirt ini, abang?” Tanyaku dengan sopan.

“RM10.” Balasnya pula sambil memasukkan kemeja T tersebut ke dalam beg plastik.

“Nah, ini duitnya!” Zane menghulurkan sekeping not RM10 kepada empunya gerai tersebut.

“Eh, biarlah saya yang bayar!” Aku menolak pemberian Zane itu.

“It's okay. Setakat RM10, saya boleh bayarkan.” Ujarnya kepadaku pula.

Kenapa dia ini moody semacam? Tadi dia yang beriya nak ajak aku keluar.

“Terima kasih.” Ucapku kepada empunya gerai tersebut setelah beg plastik yang berisi kemeja T yang aku pilih bertukar tangan.

Zane berlalu pergi dahulu tanpa menungguku. Aku mengeluh sekali lagi dan segera mengejarnya. Aku meraih lengannya dengan perlahan membuatkan dia terhenti.

“Kita balik, jom?” Ajakku.

“Kenapa tiba-tiba nak balik?” Soalnya, kening dikerutkan.

“Saya penat.” Balasku dengan dingin.

“Penat? Kita kat sini tak sampai sepuluh minit lagi rasanya tapi awak dah penat?” Tambahnya lagi.

Sepuluh minit? Rasanya macam dah sejam aku layan perangai moody kau.

“Iyalah, iyalah. Saya hantar awak balik.” Akhirnya dia akur.

Sepanjang perjalanan pulang menuju ke rumah Datin Marissa, aku memutuskan untuk berdiam diri. Zane juga tidak mengeluarkan sebarang kata. Kami bagaikan melayan perasaan masing-masing.

“Terima kasih sebab ajak saya keluar and belanja saya t-shirt ini.” Ucapku.

“Sama-sama. By the way, esok saya kena outstation lagi. Mungkin dalam seminggu.” Ujarnya kepadaku.

“Outstation? Tapi, awak baru saja balik dari outstation kelmarin dan sekarang awak nak pergi lagi?” Dahiku berkerut seribu.

“Saya kena pergi.” Jawabnya.

Aku tertawa sinis. “Zane, we've been together for a month now and saya tak pernah jumpa keluarga awak lagi sebab awak selalu sangat outstation. About the wedding, awak belum jumpa keluarga saya lagi dan...”

“Saya rasa saya tak perlu jumpa keluarga awak. I mean, merisik, hantaran semua itu rasa macam kuno sangat.” Balasnya dengan selamba.

“Kuno?” Aku tertawa sinis.

Ya Allah, Engkau tabahkanlah hatiku.

“Itu adat istiadat kita, Zane. Look, saya tahu yang awak membesar kat luar negara, kat Australia but that doesn't mean that you can abandon... Ya Allah!” Aku meraup mukaku. “Kalau awak serius nak memperisterikan saya, then please do it in the right way. Jumpa keluarga saya dan minta restu diorang. No matter how kuno you think it is.” Aku mengeluh.

Dia diam membisu. Aku membuka pintu dan keluar dari perut kereta. Baru beberapa langkah aku berlalu dari keretanya, aku dapat mendengar bunyi enjin kereta yang berderum dengan kuat tanda Zane memandu dengan marah.

Aku berpaling semula dan melihat kereta yang meluncur laju meninggalkan perkarangan banglo Datin Marissa.

“Kenapa kau berubah, Zane?” Gumamku bersendirian.

♚♚♚

» knp Zane moody semacam? dtg bulan kot hahahahagagahahaha

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now