♚ 3 ♚

10K 655 26
                                    

“Welcome to Starbucks. What can I get you?” Aku menyapa pelanggan yang datang ke kaunter.

Chelsea, cashier yang sering bekerja sama waktu denganku tidak dapat menghadirkan diri pada hari ini. Menurut Beau, Chelsea sakit diarea a.k.a cirit birit.

“Just Flat White, please.” Beritahu wanita di hadapanku itu.

Sekilas pandang, dia kelihatan seperti sebayaku. Ramai penuntut universiti yang sama denganku mengunjungi Starbucks di tempat aku bekerja kerana ia merupakan kafe Starbucks yang terdekat dengan alma mater kami.

“Here you go.” Aku memberikan pesanannya. “That'd be $3.80.” Ujarku lagi kepadanya.

Dia memberikan aku empat keping not 1 Dolar Australia. Aku menekan butang pada mesin wang lalu memberikannya baki duitnya.

“Have a nice day and please come again!” Sempat aku berpesan sebelum pelanggan tersebut meninggalkan kafe.

Aku mengeluh kepenatan. Memandangkan hari ini aku tiada kelas, aku memutuskan untuk bekerja setengah hari untuk menambah lebih pendapatan. Lagipula, hari ini kami kekurangan pekerja.

Aku menilik jam di dinding dan mendapati aku baru bekerja selama dua jam dan aku ada empat jam lagi sebelum syifku pada hari ini tamat. Lagu The Answer oleh Kodaline berkumandang di seluruh kafe.

Loceng yang diletakkan pada pintu kafe bergemerincing membuatkan aku mendongak ke arah pintu. Sekumpulan remaja yang rata-ratanya kaukasia masuk ke dalam kafe dengan membuat kafe hingar-bingar dengan loghat Australia mereka.

Mereka semua duduk pada sebuah meja tanpa memesan apa-apa. Kerja sebagai pelayan bukanlah kerjaku jadi aku memutuskan untuk tidak mempedulikan mereka.

“Hey Leroy, that's her! The Arabic looking girl in your class.” Ujar sebuah suara.

Aku mengeluh kecil kerana aku tahu gadis yang kelihatan seperti orang Arab yang mereka maksudkan itu adalah aku. Aku dapat melihat dari hujung anak mataku yang mereka semua sedang memerhatikanku.

Mukaku kelihatan seperti orang Arab. Aku berasa yang aku mendapat kacukan ini dari ibu atau bapa kandungku yang selama ini tidak pernah aku temui. Aku merupakan anak angkat kepada adik Pak Ngah tetapi setelah adik Pak Ngah meninggal dunia, aku dijaga oleh Pak Ngah dan Mak Ngah.

Mungkin jika ayah masih hidup, aku dapat mengetahui siapa ibu bapa kandungku yang sebenar tetapi ikutkan hati, aku sebenarnya tidak ingin tahu. Pak Ngah pernah menceritakan kepadaku bahawa ayah menemuiku di tepi sungai ketika aku masih bayi lagi. Ayahlah yang menyelamatkanku.

Sungguh jelas, terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa kandungku tidak menginginkanku. Mengapa pula aku perlu mencari mereka?

“Hey.” Tegur seseorang.

Aku mendengus kasar. Sudah tentu orang yang menegur itu ialah seorang daripada remaja yang baru sahaja masuk ke dalam kafe tadi. Aku mengeluh apabila menyedari aku perlu melayannya kerana dia merupakan seorang pelanggan.

Tak guna punya polisi kafe!

Aku mendongak sambil tersenyum paksa. “Welcome. What can I get you?” Soalku kepada remaja lelaki kaukasia di hadapanku.

“Daneen?” Dia membaca teg namaku pada apron yang aku gunakan. “Cute name. I'm Leroy by the way.” Dia memberitahuku.

Dei tambi! Saya tara tanya nama awaklah!

Aku masih dengan senyuman palsuku. “Would you like for me to write it on your cup?” Aku cuba berlagak professional seboleh yang mampu.

Kalau ikutkan hati, nak je aku bagi pelempang kat mamat ni! Eee, geram ah!

“No, but I would like to get your number.” Dia mengenyitkan matanya sambil memberikan aku pandangan menggoda.

Okay, thats it! Aku memang tak tahan dah dengan mamat ni!

“Look, Levi? Is that your name? You know what? I don't care what's your name is. I'm working right now so if you have no business here, you can get the hell away from here. Am I being clear?” Kataku dengan nada yang tegas.

Haa, siapa suruh kau kejutkan harimau yang tengah tidur? Tak pasal-pasal kau kena baham!

Aku memberikannya jelingan tajam lalu mengalihkan pandanganku semula pada telefon pintarku. Aku menganggap lelaki tersebut telah meninggalkanku. Tiba-tiba, Beau iaitu pengurus kafe ini keluar dari pejabatnya dan kelihatannya dalam tergesa-gesa.

“I need to go to meet Chelsea, she's in the hospital. Can you—”

“It's okay. I'll take care of everything.” Aku mencantasnya.

“Thanks! I'll double your pay!” Jeritnya sebelum meninggalkan kafe.

Yes! Dapat gaji lebih! Oh yeah!

Aku perasan yang Beau jatuh suka pada Chelsea sejak kali pertama Chelsea bekerja di sini. Aku juga tahu mereka berkongsi rasa yang sama tetapi mereka berdua menganggap mereka tidak berkongsi rasa yang sama.

Kiranya macam ego jugalah. That's why dua-dua belum nak mengaku yang dua-dua suka sama suka. Cerita Beau dan Chelsea ni macam kena import dari drama Melayu. Sama giloss!

Sebenarnya aku tidak mengerti perasaan minat, suka, sayang dan cinta.

Minat? Aku meminati artis-artis korea tetapi tidak pernah meminati lelaki yang aku kenali dalam dunia realiti. Suka? Aku suka makan tetapi tidak pernah jatuh suka kepada sesiapa.

Sayang? Aku sayang arwah ayah aku, Mak Ngah, Pak Ngah tapi sayang terhadap orang lain selain keluargaku? Kawan mungkin? Last but not least, perasaan cinta.

Salah satu benda yang otakku tidak boleh hadam. Apa sebenarnya cinta? Kenapa orang boleh jatuh cinta? Macam mana nak tahu kau tengah jatuh cinta? Macam mana nak luahkan rasa cinta? Perasaan cinta tu boleh kekal ke?

Betul ke cinta takkan mengkhianati?

Bagiku, perasaan cinta amatlah asing kerana aku sendiri tidak pernah merasainya. Kalau boleh, aku tidak ingin merasainya kerana pada masa kini, banyak orang yang berubah kerana cinta.

Dari yang happy-go-lucky menjadi murung. Dari yang taat kepada Sang Pencipta menjadi manusia yang lalai dan alpa. Dari yang normal menjadi psikopat dan terakhir sekali, dari yang bahagia menjadi derita.

Adilkah untuk mengambil risiko yang mampu mengubah hidup kita selamanya semata demi cinta? Aku rasa tidak. Ia amatlah membuang masa tetapi ini hanya pendapat aku.

Loceng pintu bergemerincing sekali lagi tetapi kali ini aku tidak mendongak untuk melihat siapa yang masuk semula. Kemungkinan ia hanyalah Beau yang terlupa akan kunci keretanya.

Deheman seseorang mengejutkan aku dari lamunan. Aku mendongak dan lidahku menjadi kelu apabila mataku bertaut dengan sepasang mata berwarna Hazel.

♚♚♚

» Jeng jeng jeng 👿😂 jgn lupa vote 😉

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now