♚ 7 ♚

7.8K 477 3
                                    

Sudah beberapa kali pakaianku aku tukar. Akhirnya aku memutuskan untuk menggunakan baju panas yang dikait berwarna putih telur, seluar legging berwarna hitam, kasut Converse berwarna putih dan topi beanie berwarna kelabu.

Hari ini, hujan turun ke bumi sebagai gerimis sahaja tetapi cuaca tetap sejuk. Aku dan Damian sudah berjanji untuk bertemu pada hari ini. Dira juga akan menyertai kami.

“Daneen! Kau dah siap ke?!” Jerit Dira dari ruang tamu.

“Dah siap dah!” Jeritku pula.

Aku mencapai beg sandangku lalu pergi meninggalkan bilikku. Dira sudah pun menunggu di dalam keretanya. Dia mempunyai kuliah setelah janji temu kami bersama Damian. Oleh itu dia memandu kereta sekaligus untuk menghantarku ke tempat janji temuku bersama Damian.

Sudah dua minggu aku berkenalan dengan Damian. Sudah dua minggu sejak pertama kali aku mendengar suaranya. Aku akui, dia mempunyai tarikan yang tersendiri. Suatu tarikan yang tidak dapat aku rasakan apabila lelaki lain yang menghampiriku.

Suaranya yang agak garau, rambutnya yang sering jatuh menutupi dahinya, mata hazel yang mengancam, wangian badannya yang sama seperti bau buah lemon, lirikan matanya, semua tentang lelaki yang bernama Damian Arian itu benar-benar membuatku angau.

Mungkinkah ini yang dikatakan perasaan suka?

Kereta yang dipandu Dira berhenti. Dira mendapat tempat meletakkan kenderaan benar-benar di hadapan kafe yang sering aku kunjungi bersama Damian. Kami berdua keluar dari perut kereta lalu masuk ke dalam kafe.

Aku memerhatikan setiap pelosok kafe untuk mencari kelibat Damian. Aku mengukirkan senyuman apabila seseorang melambaikan tangannya ke arah kami.

Aku meraih lengan Dira. “Jom.” Ajakku.

Dira mengangguk faham dan mengikuti langkahku. Semakin dekat, semakin aku dapat melihat wajah Damian tetapi dia tidak lagi tersenyum. Sebaliknya wajah dirinya tertulis dengan riak kecewa.

“Dira, inilah Ian.” Aku memperkenalkan mereka berdua.

Dira kaku tidak bersuara. Damian yang berdiri di hadapan kami juga tidak bersuara. Mata mereka bertaut buat suatu jangka masa yang panjang.

Tiba-tiba, Damian menghulurkan tangannya. “Damian. Panggil je Ian.” Ujar Damian, tersenyum kecil.

Dira melihat tangan yang dihulurkan oleh Damian dengan riak muka keliru. Aku melihat ke arah Damian lalu melihat semula ke arah Dira.

Dira menghulurkan tangannya lalu menyambut tangan Damian. “Qadira Radwa. Panggil je Dira.” Suara Dira kedengaran serak dan perlahan.

“Dira, kau okay ke? Kenapa dengan suara kau?” Soalku kepada Dira. Perasaan risau menerpa ke arahku.

Dira mengangguk. “Tekak aku gatal sikit.” Balasnya perlahan.

“Apa kata korang berdua duduk dulu and biar aku pesan minuman?” Cadangku.

Dira mengangguk lalu duduk pada sebuah kerusi berhadapan Damian. Damian pula duduk semula pada kerusinya. Aku berlalu ke arah kaunter untuk membuat pesanan minuman.

“Hi! Can I have two diet coke and—do you have plain water?” Soalku kepada pelayan di kaunter tersebut.

“Yes, we do.” Balas pelayan di kaunter tersebut.

“Then, two diet coke, a glass of water and three Portuguese Tart, please.” Beritahuku kepada pelayan tersebut.

Pelayan tersebut mengangguk lalu menyediakan pesananku. Aku menoleh ke arah Damian dan Dira. Mereka berdua kelihatannya sedang berbincang tentang sesuatu.

Aku diselubungi rasa keliru apabila Dira jelas kelihatan marah terhadap Damian. Damian pula memandang Dira dengan keningnya dikerutkan seperti dia sedang mempertahankan diri sendiri.

Dira dengan Damian dah kenal satu sama lain ke? Kenapa diorang berdua macam terkejut apabila nampak satu sama lain tadi?

“Here's your order.” Suara pelayan tersebut mengejutkanku dari lamunan.

Aku membayar jumlah pesanan tersebut lalu mengambil baki duit. Setelah itu, aku menatang dulang yang berisi dua tin air berkarbonat, dan sebuah pinggan yang diisi dengan Portuguese Tart. Aku menatang dulang tersebut dengan berhati-hati.

“It's not my fault, Dira! Awak yang tak datang hari tu and now awak cuba nak salahkan saya? I moved on.” Sempat aku dengan Damian berkata kepada Dira.

“What's that supposed to mean?” Soalku kepada mereka berdua.

Perbualan mereka terhenti apabila mereka terdengar suaraku. Dengan serentak, mereka berdua menolehkan kepala mereka ke arahku. Aku menunggu untuk salah satu daripada mereka mengatakan sesuatu.

Dira bangun dari tempat duduknya. “Aku kena pergi. Kelas aku dah nak start.” Beritahu Dira kepadaku lalu mengambil setin diet coke dari dulang yang telah aku letakkan pada meja. “Thanks for the coke.” Tambah Dira lagi.

Aku mengangguk lalu mengukirkan senyuman kecil. Aku perasan Dira sempat menjeling ke arah Damian sebelum berlalu pergi. Damian mengeluh dengan kuat sambil meraup mukanya. Aku duduk di tempat Dira tadi.

“Awak okay ke?” Soalku kepada Damian.

Damian sekadar mengangguk kecil sambil tersenyum. Dia mengangkap cawannya lalu menghirup minumannya. Aku melontarkan pandanganku ke luar tingkap dan memerhatikan Dira yang masuk ke dalam perut keretanya dan memandu pergi.

Tiba-tiba, seleraku untuk menjamah Portuguese Tart hilang begitu sahaja. Entah mengapa aku berasa tidak sedap hati setelah mempertemukan Dira dan Damian. Seakan-akan sesuatu buruk akan berlaku.

Dari apa yang sempat aku dengari daripada perbualan mereka tadi, kedengarannya Dira menuduh Damian tentang sesuatu dan Damian pula mengaku tidak bersalah. Perkataan terakhir yang diucapkan oleh Damian benar-benar membuat aku berfikir.

I moved on? Apa maksud Damian dengan I moved on.?

Aku teringat semula malam di mana Damian meninggalkan payungnya di kafe Starbucks, tempat aku bekerja tempoh hari. Damian ada memberitahuku bahawa dia menunggu teman wanitanya.

Takkanlah Dira kenal dengan bekas teman wanita Damian? Kawan Dira ke?

Dira menguasai skil berkomunikasi. Oleh itu, tidak hairanlah dia mempunyai banyak rakan tidak kira di mana jua dia berada. Tidak mustahil juga salah satu daripada rakannya merupakan bekas teman wanita Damian.

Patut ke aku tanya Dira pasal ni?

♚♚♚

» stuck at school. bored asf

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now